BAB 6

Romance Series 21703

Pada malam Harith membawa Adelia ke rumah yang mereka mahu duduki hanya Adelia dan Harith sahaja di rumah itu.

Harith keluar dari perut kereta lalu meninggalkan Adelia yang berdiri terkulat kular di situ

"yang kau tercegat kat situ dah kenapa kau tak nak masuk ke nak tidur kat luar kalau kau nak tidur luar dipersilakan..bawa semua barang barang aku"kata Harith lalu masuk ke dalam rumah

Terlopong mulut Adelia apabila suaminya berkata membawakan barang barangnya.

"Dia ingat aku ni apa mesin angkat beg ke apa senang senang nak suruh orang ambil"kata Adelia sendirian

Adelia angkat beg melangkah masuk ke dalam rumah.Dia meletakkan beg di ruang tamu lalu mengesat peluh di dahinya.

Adelia melihat Harith baring di atas sofa sempat dia mengutuk suaminya.

"Muka handsone tapi tak berguna langsung otak letak mana entah suruh orang angkat beg dia besar gajah ni'bebel Adelia

"Kau kata apa tadi otak letak mana eh sepatutnya aku yang kena tanya kau otak letak mana"kata Harith dengan nada geram

"Awak ingat saya ni apa ada banyak tangan ke..awak tolong lah saya angkat beg awak ni berat sangat lenguh tangan saya"kata Adelia dengan lembut dia tahu salah kalau meninggikan suara pada suami.

"kau boleh tak jangan bantah kata aku..aku ni suami kau bukan kawan kau...sekarang kau angkat barang ni pergi letak dalam bilik aku kat atas tu..faham"marah Harith

"Tapi awak tangan saya lenguh lah sakit"kata Adelia

"Aku tak kisah tangan kau lenguh ke apa ke..sekarang kau buat apa yang aku suruh"kata Harith

Adelia mengangkat beg Harith lalu melangkah naik tangga.

Harith tersenyum sinis

"Ini baru sikit kau tunggu lah nanti"bisik hati Harith

Sesampainya di bilik dia melangkah masuk ke dalam bilik belum sempat dia menjejakkan kaki Harith sudah menarik lengan Adelia.

"Kau tak payah masuk dalam bilik aku..kau letak je beg kat sini kau takde hak nak masuk dalam bilik aku"kata Harith

"Habistu saya nak tidur mana"tanya Adelia

"kau nampak tak ada bilik kat situ kau tidur kat situ je ataupun kau tidur kat tandas ke longkang itu suka hati kau"kata Harith

Cis!Sedapnya kata kat orang macamtu..takpe bersabarlah Adelia.

Adelia melangkah masuk ke dalam bilik dan membaringkan tubuhnya di atas katil dan melepaskan keluhan kecil

"Apalah nasib aku dapat suami macam tu..tapi aku perlu sabar mana tahu bahagia sedang menanti aku..walau dia buat apa apa atas diri aku,aku perlu sabar sebab aku dah janji nak menginsafkan Harith jadi aku kena tunaikan janji lagipun dia bukan sesiapa pun...kuatkan lah aku"kata Adelia sendirian.

Adelia bangun dan mengambil tuala lalu bergegas masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience