BAB 27

Romance Series 21703

Adelia menelefon Doktor peribadi keluarganya iaitu Doktor Uwais Daniyal untuk merawat luka Elia di tangannya. Uwais Daniyal telah lama bekerja sebagai Doktor peribadi dalam keluarga Tuan Razak.Uwais Daniyal adalah orang yang sangat setia.

"Assalamualaikum doktor wais..boleh datang rumah saya tak."tanya Adelia

"kenapa siapa sakit Adelia."tanya Uwais dengan cemas di corong telefon.

Adelia tersenyum kecil tapi dapat didengari oleh Uwais di dalam talian itu.Sejak dulu lagi Uwais sangat prihatin dan juga sayang akan keluarga Tuan Razak.

"Elia sakit..tangan dia luka sampai darah."kata Adelia

Uwais terdiam sejenak ketika wanita pujaan hatinya sakit di rumah.Ya Uwais sudah lama mempunyai perasaan terhadap Elia tetapi sayangnya dia tidak dapat meluahkan isi hatinya kepada wanita itu kerana dia takut Elia tidak dapat menerimanya dan dia juga tidak mahu menghancurkan kepercayaan Tuan Razak kepadanya jika dia mengatakan bahawa dia mencintai Elia.Biarlah dia mencintai wanita itu secara senyap-senyap sahaja.

Disebabkan Uwais mencintai Elia seorang sahaja semua wanita di luar sana yang tergila-gila mahu menjadi kekasihnya semuanya Uwais tolak kerana dia hanya mencintai Elia seorang sahaja.Elia adalah orang yang paling istimewa di dalam hati seorang Uwais Daniyal.Cinta Uwais pada Elia tidak dapat berkata dari mulut sahaja betapa cintanya dia pada wanita itu.

"Doktor wais dah kenapa diam je ni..awak nak datang ke tak ni."tanya Adelia

"Er..haah ye mestilah saya akan datang sebab orang yang saya sayang tengah sakit tu."kata Uwais dengan gelabah

"Orang yang awak sayang?Siapa Elia ke orang tersayang awak tu."tanya Adelia ingin kepastian.

"Err..t-tak..maksud saya..err..saya kan doktor peribadi keluarga awak so saya akan datanglah walaupun saya busy dengan kerja saya ni."Nafi Uwais.

"Ohh macam tu..okay lah cepat datang tau."kata Adelia lalu menamatkan panggilan itu.

Setelah beberapa minit kedengaran bunyi deruan sebuah kereta memasuki halaman rumah,Adelia yakin itu Uwais dan tekaannya benar.Uwais masuk ke dalam banglo itu dengan gelabah.

"Assalamualaikum uncle,aunty..apa dah jadi dengan Elia."tanya Uwais dengan cemas

"Waalaikumsalam,amboi kamu ni datang-datang je,kalut nak tanya pasal Elia..tak tanya pun khabar uncle dan aunty."kata Tuan Razak

Uwais menepuk dahi sendiri.Itu lah kalut sangat.

"Er..sorry uncle,aunty..uncle and aunty sihat."tanya Uwais sambil menyalam tangan Tuan Razak dan Puan Kaira.

"Uncle and aunty sihat..Haah Elia dekat atas dalam bilik kamu pergilah rawat dia."kata Puan Kaira

"Ehh..boleh ke masuk dalam bilik..bukan apa tak elok kalau masuk bilik anak dara orang."kata Uwais seolah-olah menolak keizinan Puan Kaira.

Tuan Razak menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil.Ada-ada je si Uwais ni.Tapi betul apa lelaki tak boleh masuk dalam bilik anak dara orang?

"Takpe tak salah sebab kita orang ada..kalau kita orang takde tu baru tak boleh masuk."kata Tuan Razak sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

Uwais menganguk tanda faham lalu meminta diri untuk pergi merawat Elia.

Sesampainya di hadapan pintu bilik Elia,Uwais mengetuk pintu bilik Elia terlebih dahulu.Nanti kalau tak ketuk pintu tak pasal-pasal kena marah pula.Uwais mengetuk pintu beberapa kali namun tiada sahutan dari wanita di dalam itu.Uwais mengambil keputusan untuk membuka pintu sahaja.Perlahan-lahan dia memegang tombol pintu dan memulas tombol pintu itu.

Uwais tertancap pada susuk tubuh Elia yang sedang tidur dengan lasak.Uwais tersenyum kecil,kakinya melangkah ke arah Elia dan lalu mengejutkam wanita itu sambil menepuk-nepuk badan Elia.

Elia yang terasa seseorang memanggil namanya dan lenanya diganggu,terus dia menggosok mata dan perlahan-lahan membuka mata.Tertancap wajah Uwais yang kacak itu di hadapan muka Elia sambil tersenyum.Elia masih lagi di dalam posisi membaring,mata mereka saling bertembung.Cepat-cepat Elia menggagahkan diri untuk bangun dari perbaringan untuk duduk,badannya saat ini lemah sangat.

"Elia..awak tak sihat ke."tanya Uwais lalu meletakkan tapak tangannya di dahi Elia,namun dengan pantas Elia menepis tangan itu dan mengesotkan badannya di tepi katil sambil memegang kedua lututnya.

"Jangan sentuh saya..saya takut."kata Elia dengan perasaan takut.Uwais pula mengerutkan dahi tidak faham dengan kelakuan Elia.Uwais menarik nafas dan menghembus.

"Elia tangan awak tu luka..saya datang sini pun nak rawat awak dan suhu badan awak juga terlalu panas..jangan takut,saya tak buat apa-apa pun."kata Uwais dengan lembut.

"Saya tak nak..tolong jangan kacau saya..saya nak bersendirian."kata Elia.

"Elia,badan awak tu panas..saya risau..badan awak juga lemah..bagilah saya rawat awak..sedih saya tengok awak macam ni."kata Uwais lagi.

Elia masih lagi trauma dengan apa yang menimpanya.Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Zafran sudah meragut mahkotanya dan dia juga tidak suci lagi seperti wanita lain di luar sana itu.Sungguh dia tidak menyangka Zafran akan memperlakukannya gara-gara nafsu syaitannya.

"awak tak perlu risau untuk saya..saya bukan sesiapa pun dalam kehidupan awak."kata Elia.

Uwais meletakkan jari telunjuknya di bibir wanita itu dan menggelengkan kepala.Terkedu Elia apabila Uwais melakukan begitu.

"Nope.Don't say like that Elia.Are you understand?"tanya Uwais

"Come..saya nak letak ubat kat luka awak tu."kata Uwais dan menarik tangan Elia.

Elia hanya membiarkan Uwais merawat lukannya.Kalau cakap dengan lelaki di hadapannya memang tak boleh,hanya membazirkan air liur sahaja bertekak dengan lelaki bernama Uwais Daniyal.

"Awak ada masalah ke Elia."tanya Uwais setelah berdiam agak lama.

Elia hanya mendiamkan diri tidak menjawab pertanyaan Uwais itu.Uwais melihat Elia hanya mendiamkan diri,dia melepaskan keluhan kecil.

"Takpe saya faham."kata Uwais,namun di sudut jauh,dia bertekad mahu tahu apa masalah wanita di hadapannya itu.

"Take this,sehari kena makan dua kali ubat ni sebab awak demam panas."kata Uwais sambil menghulurkan ubat yang perlu dimakan oleh Elia.

Elia hanya mengangguk,tidak larat untuk bercakap.

"Take care Elia..saya pergi dulu tau..makan ubat tu,jangan tak makan pula..Assalamualaikum."kata Uwais.

"Waalaikumsalam."kata Elia perlahan

Uwais keluar dari bilik Elia lalu menutup pintu bilik wanita itu.Kakinya menuruni anak tangga.

"Macam mana dengan Elia sekarang."tanya Adelia setelah melihat Uwais menuruni anak tangga.

"She's fine now..but she has a high fever..take care of her..saya balik dulu uncle,aunty, Adelia..Assalamualaikum."kata Uwais.

"Waalaikumsalam."kata mereka serentak.

Uwais melangkah keluar dari rumah itu dan menghidupkan enjin kereta,dia menekan pedal minyak.Kereta dia meluncur di atas jalan raya.

•••

Seperti yang dijanjikan oleh Adelia,dia akan keluar bersama Airil.Selepas bersiap Adelia menuruni anak tangga.Kakinya melangkah ke arah Puan Kaira yang sedang berbincang sesuatu dengan Tuan Razak.

"Mak Adelia nak keluar kejap dengan kawan Adelia..adik tak makan lagi tu nanti mak tolong buat bubur untuk Elia ye..risau pula tengok adik macam tu tak makan sejak tadi lagi."kata Adelia,kakinya melangkah keluar dari rumah itu.

Puan Kaira mengangguk kepala.Walaupun Elia bukan anak kandung Puan Kaira dia tetap sayang akan anaknya itu.Cinta seorang ibu memang tiada batasnya.Ia mencintai anaknya lebih dari apapun di dunia ini.Tak terkecuali pada anak angkat yang telah diadopsinya.

Ye,Elia adalah anak angkat kepada Tuan Razak dan Puan Kaira.Setelah kedua orang tua kandung Elia sudah meninggal dunia akibat kemalangan.Pada masa itu Elia baru menginjak berusia sembilan bulan dan dihantar ke rumah anak yatim piatu.Kebetulan Tuan Razak dan Puan Kaira yang selalu pergi ke rumah anak yatim piatu untuk memberi sumbangan pada anak-anak yatim piatu yang ada disitu dan mereka tertarik sangat dengan Elia yang baru berusia sembilan bulan itu.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menjadikan Elia anak angkatnya dan memberikan nama Elia Hana lebih kurang sama dengan nama anak kandung mereka Adelia Hanan.Hingga ke kini Puan Kaira dan Tuan Razak termasuk Adelia tidak memberitahu perkara sebenar pada Elia,cukup mereka sahaja yang tahu perkara sebenar itu.

Puan Kaira memasak bubur untuk anaknya.Dia meletakkan bubur itu di dulang dan mengambil segelas air.Selepas semuanya telah disiap,dia menaiki anak tangga sambil membawa dulang itu ke bilik anaknya.Dia mengetuk pintu tiga kali namun tiada sahutan dan dia memulas tombol pintu itu.

Elia mengalihkan pandangan pada susuk tubuh ibunya yang membawa dulang yang berisi makanan.Puan Kaira meletakkan dulang itu di meja yang terletak di tepi katil.Puan Kaira menggengam tangan anaknya itu sambil tersenyum.

"Elia mak masak bubur untuk kamu,kamu makan ye nanti kalau tak makan badan kamu akan jadi lemah."kata Puan Kaira.

Elia menggelengkan kepala.

"Elia kamu ada masalah ke..mak tak pernah tengok anak mak macam ni..mana pergi Elia yang dulu yang kuat.Tolong cakap dengan mak apa masalah Elia."tanya Puan Kaira.

"Elia t-takde m-masalah..Elia okay je."kata Elia

"Kalau Elia okay kenapa semalam baru hari ni kamu balik,call tak angkat,lepastu bila ayah tanya kamu diam sahaja..itu ke maksudnya okay."kata Puan Kaira

"Elia busy sebab tu tak angkat call mak."kata Elia

"Elia busy apa..elia bukan kerja pun kan..cuba cakap kamu busy dengan kerja apa."tanya Puan Kaira.

Elia mengunci mulutnya tidak tahu mahu berkata apa.

"Elia kalau kamu ada masalah tolong cakap,jangan pendam seorang-seorang.Luahkan semua kesedihan yang kamu pendam dalam hati,mana tahu mungkin mak ayah atau kakak boleh tolong.Ingat pesan mak..kakak ayah dengan mak sayang sangat kat Elia..Elia bukan keseorangan,Elia ada keluarga."kata Puan Kaira.

Setitis air mata jatuh dari celah mata Elia setelah mendengar kata-kata ibunya.

"Mak suap Elia ye."kata Puan Kaira menyuapkan bubur itu.

•••

Airil yang perasan akan Adelia yang termenung sendirian,dia menjentik tangan wanita itu menyebabkan Adelia merintih kesakitan.

"Haaih awak ni termenung apa..awak je yang ada kat sini tapi fikiran awak entah ke mana..dari tadi saya tengok awak termenung seorang-seoang awak ada masalah ke."tanya Airil.

Adelia menggelengkan kepala.

"Takde apa pun.."kata Adelia pendek.

"Kalau awak ada masalah awak boleh je cerita dekat saya"kata Airil

"Terima kasih."kata Adelia tersenyum manis

Airil tersenyun jahat di dalam hati kerana dia dapat menipu wanita di depan matanya dan wanita itu juga percaya akan dirinya.Memang wanita di hadapannya bodoh.Dia buat semua ini kerana dia mahu dapatkan Adelia menjadi miliknya selama-lamanya tiada siapa boleh rampas wanita itu darinya.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience