BAB 15

Romance Series 21703

Di suatu rumah seorang susuk tubuh lelaki berbincang sesuatu dengan seorang perempuan dengan serius seperti merancang sesuatu.

"So bila kita nak mulakan rancangan kita"tanya lelaki itu

"Tunggulah kita kena hati hati tak boleh sampai dia tahu rancangan kita"kata perempuan itu

Lelaki itu tersenyum sinis

"Akhirnya aku akan dapat Adelia buat selamanya...sudah beberapa tahun aku tunggu masa ini dan sekarang aku dapat juga peluang ni..Adelia kau tunggu lah apa aku buat,dulu kau tolak cinta aku tapi sekarang kau akan terpaksa cintakan aku..aku akan jadikan kau isteri aku buat selamanya"kata lelaki itu sambil tersenyum jahat

Perempuan itu tersenyum bila mendengar kata kata lelaki itu

"And aku akan miliki apa yang Adelia miliki termasuk Harith...Harith is mine,aku akan kaya selepas khawin dengan Harith aku akan buat Harith jatuh cinta pada aku and selepas itu aku akan miliki semuanya"kata perempuan itu.

Adelia merebahkan tubuhnya di atas katil,dia mengambil gambar perkahwinan dia dan Harith di atas meja itu lalu melihat gambar itu tanpa sedar air matanya mengalir di celah mata.Dia tidak tahu sampai bila hidupnya begini dia betul-betul cintakan Harith tetapi Harith tiada secebis cintapun pada Adelia apatah lagi sayang.

Suara telefon berdering menghentikan lamunan Adelia,dia mengambil telefonnya tertera nama Aira terus dia mengambil panggilan itu

"Aku kat depan rumah kau ni...turunlah"kata Aira di telefon

Adelia menamatkan panggilan lalu turun dari katil mengatur langkah ke pintu utama.

"Masuk lah"kata Adelia pada Aira

Aira melabuhkan pungung di sebelah kawannya.Dia melihat muka Adelia pucat dan sembab seperti baru habis menangis.

"Kau menangis ke Adelia"tanya Aira

"Tak lah..mata aku ni masuk habuk"kata Adelia sambil menggosok mata

Aira mengecilkan mata melihat Adelia seperti tidak percaya akan kata-kata kawannya.Ada ke mata masuk habuk sampai muka sembab macam itu.

"Aku tahu kau macam mana,kau jangan tipu aku..cuba cakap apa masalah kau..mana tahu aku boleh tolong kau"kata Aira

"Aku tak tahu hidup aku sampai bila nak macam ni"kata Adelia

"Maksud kau"tanya Aira tidak faham

Tiba-tiba Adelia menangis dia tak boleh pendam apa yang dia rasa.Dia mula menceritakan al kisah hidupnya.Aira mula simpati dengan Adelia tidak pernah dia melihat kawannya menangis begini.Dia ingat kawannya akan bahagia tetapi dia tersilap.Aira memeluk kawannya itu sambil menepuk nepuk bahu untuk menenangkannya tanpa sedar airmata Aira turut mengalir.Sunguh dia sedih akan kehidupan Adelia.

"Semua masalah ada jalan penyelesaian..bersabarlah demi rumah tangga kau kuatkan diri kau...aku akan selalu ada dengan kau walau susah atau senang"kata Aira.Adelia masih lagi dalam tangisan. Aira lah tempat dia mengadu kesakitan.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience