BAB 22

Romance Series 21703

Telefon milik Adelia berdering menandakan ada panggilan masuk dia berjalan ke arah meja lalu mengambil telefonnya,dia melihat di skrin telefonnya ada nombor yang tidak dikenali tanpa membuang masa dia mengambil panggilan itu.

"Hello..siapa ni"tanya Adelia

"Aku Aira lah..aku nak jumpa dengan kau rindu sangat"kata Aira

"Laa Aira..kau pergi mana selama sebulan aku call tak angkat..aku risau tahu tak"kata Adelia

"Alaa..sorry lah aku busy selama sebulan ni..aku nak jumpa dengan kau..aku datang ambil kau ehh"kata Aira

"Mm yelah-yelah..takpe aku datang sendiri..nak jumpa kat mana"tanya Adelia

"kita jumpa kat tempat biasa shopping mall"kata Aira

"Okay"kata Adelia lalu menamatkan panggilan

Dia mencari nama Harith di telefonnya,setelah mendapat nombor Harith lalu dia mendail nombor itu untuk meminta izin keluar dengan Aira namun sayang Harith tidak menjawab panggilan itu,tapi Adelia tidak berputus asa dia menelefon lagi beberapa kali tapi tidak juga dijawab oleh Harith mungkin lelaki itu sibuk dengan kerjanya.Adelia melepaskan keluhan kecil lalu kakinya melangkah ke arah bilik untuk bersiap.

Setelah bersiap dia menuruni anak tangga dan mengambil kunci kereta lalu melangkah ke arah keretanya,Adelia menekan pedal minyak keretanya meluncur di atas jalan raya.Sesampainya di sebuah Shopping mall dia keluar dari kereta perut lalu kakinya melangkah ke dalam shopping mall itu,matanya tercari-cari susuk tubuh Aira dan akhirnya dia jumpa juga dia mengatur langkah ke arah Aira dan melabuhkan punggung di tepi Aira.

"I miss you so much beb"kata Adelia sambil memeluk Aira.

"I miss u too beb"kata Aira

"Kau lah pergi macam tu je tak cakap apa-apa pun dengan aku"Kata Adelia sambil memuncungkan mulutnya

"Sorry lah..aku kan busy"kata Aira

"Busy sampai lupakan kawan..kau kerja ke..kerja apa"tanya Adelia

"Err..er..aku..aku kerja kat office lah tak besar mana pun kecil je"kata Aira dengan gagap

Adelia mula ragu dengan Aira sedangkan dia hanya bertanya kerja di mana,perlu ke Aira cakap dengan gagap seperti Aira menipu dengannya,tapi Adelia membuang perasaan buruk sangka pada Aira dia berfikir begitupun kerana dia kurang percaya akan kata-kata Aira.

"Weii kau tunggu jap aku nak pergi beli air untuk kita..kau nak air apa"tanya Aira

"Beli je apa-apa pun"kata Adelia

Aira mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Adelia.Tiba-tiba Adelia meingatkan kejadian dimana Aira memarahinya sebulan yang lepas,Adelia merasakan seperti Aira menyebunyikan sesuatu darinya tapi dia juga tidak mahu bertanya dia takut nanti jika dia bertanya Aira akan memarahinya dan persahabatan mereka akan berakhir,dia tidak mahu semua itu terjadi,Adelia mengambil keputusan mendiamkan diri sahaja.

Selepas beberapa minit Aira membawa dua gelas air lalu diberikan kepada Adelia sambil mengukir senyuman manis.

Adelia mengambil air itu lalu meneguknya sehingga habis.Aira terasa pening kepala dia memicit pelipisnya dengan lembut,di tepi Aira sudah tersenyum sinis.Ye dia mencampurkan ubat tidur di dalam air yang diminum oleh Adelia.Mata Adelia kabur dan perlahan-lahan gelap.Semua itu terjadi dengan sekelip mata.Aira membawa Adelia ke dalam keretanya.

Di dalam kereta Elia tersenyum puas kerana rancangan mereka sudah berhasil.Aira meletakkan Adelia di belakang tempat pemandu.Aira mengambil tefonnya lalu mendail nombor Airil.

"Airil perempuan tu ada dalam kereta aku..kau datang lah sekarang"kata Aira

"Okay korang tunggu di situ..aku datang"kata Airil

Selepas beberapa minit Airil datang untuk membawa Adelia.Airil membuka pintu kereta lalu mencempung tubuh kecil Adelia masuk ke dalam kereta miliknya.

"Kau send gambar tu okay"kata Elia

"Takde masalah..Adelia kau akan jadi milik aku"kata Airil tersenyum jahat

Harith mengambil telefonnya yang diletak di atas meja,Dia membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat sesiapa yang menghantar mesej kepadanya kerana tadi dia berbincang tentang sesuatu projek disebabkan itu dia tidak membawa telefonnya supaya tidak menggangu perbincangan mereka.Harith melihat ada panggilan masuk dari Adelia selama sepuluh kali,lantas dia mendail nombor Adelia namun sayang panggilan itu tidak masuk,dia cuba lagi tetap tidak dapat.Harith melepaskan keluhan panjang.

"tadi dia call sekarang aku call tak angkat pulak..Hishh"bisik hati Harith

Selepas habis kerja Harith pulang ke rumah.Kereta Harith masuk ke dalam perkarangan rumah dia memarkirkan kereta lalu keluar dari kereta,dia melihat kereta yang dibagi olehnya pada Adelia tiada di rumah ternyata wanita itu sudah keluar.Kakinya melangkah ke arah bilik untuk membersihkan diri.Selepas beberapa minit Harith sudah membersihkan diri,dia melabuhkan punggung di sisi katil sambil bermain telefon.

Airil membawa Adelia ke Hotel lima bintang,kebanyakkan orang kaya akan datang ke Hotel lima bintang itu untuk menginap.Airil mencempung tubuh Adelia lalu membawanya ke satu bilik,Airil membuka bilik itu mengguna satu card.Setelah membuka pintu itu dia meletakkan Adelia di atas katil perlahan-lahan nampaknya wanita itu tidak sedar apa yang sedang berlaku mungkin ubat itu berkesan sangat sampai dia tidak sedar.

Airil membuka bajunya lalu melamparkan di bawah katil,dia meletakkan tangan Adelia di pinggangnya dan dia meletakkan tangannya di pinggang Adelia,perlahan-lahan dia mengambil telefon bimbitnya lalu menangkap gambar dan dia menghantar gambar itu pada Aira,Airil tersenyum sinis akhirnya dengan fitnah ini Adelia sudah jadi miliknya kerana sesiapa yang melihat gambar yang ditangkap oleh Airil pasti mereka akan berfikir mereka melakukan hubungan.

Aira melihat gambar yang dihantar oleh Airil kepadanya perlahan-lahan bibir itu mengukir senyuman jahat.Akhirnya Harith akan benci Adelia dan dia akan dapatkan hati Harith sepenuhnya...

Aira menghantar gambar itu pada Harith,sempat dia mengambil nombor Harith dari Adelia semasa Adelia pengsan.Selepas menghantar gambar itu pada Harith dia menulis sesuatu pada Harith...

'isteri kesayangan kau bermain dengan lelaki lain di Hotel lima bintang' Aira menekan butang send sambil tersenyum sinis.Adelia kau akan berambus dari hidup Harith dan aku akan gantikan tempat kau dan aku akan jadi isteri Harith buat selamanya..Get lost Adelia.

Harith melihat nombor yang tidak dikenali olehnya menghantar mesej kepadanya lalu dia menekan nombor itu untuk melihat mesej yang dihantar oleh seseorang itu.Alangkah terkejutnya dia bila melihat Adelia bersama lelaki lain di atas katil sambil memeluk.Wajahnya sudah merah menahan kemarahannya rahangnya bergerak ke kiri dan kanan.Sungguh dia rasa pedih dan sakit bila isterinya bersama lelaki yang tidak dikenali sedangkan dia tidak mencintai wanita itu tapi bila melihat Adelia bersama lelaki lain hatinya terasa hancur sangat.

Harith memakai baju dan mengambil kunci keretanya lalu menekan pedal minyak dengan kuat,Harith membawa kereta dengan laju-selajunya ke Hotel lima bintang.Sungguh dia tidak sangka Adelia akan membuat perkara terkutuk seperti itu sedangkan wanita itu baik dengannya.Betul lah orang kata kita tidak boleh mudah percaya dengan perwatakan baik dan lembut sebab mereka juga akan memperbodohkan kita dari belakang.

Happy reading :)) kesiannya Adelia :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience