BAB 28

Romance Series 21703

Harith melangkah memasuki dalam pejabatnya.Semua staf di situ menundukkan kepala tanda hormat tetapi Harith tidak melayan.Harith duduk di kerusi dan menyemak dokumen projek di atas meja itu.Sedang elok dia membuat kerja,Haikal masuk ke dalam pejabat Harith tanpa mengetuk pintu.Haikal melabuhkan punggung di hadapan Harith.

"Kau asal masuk pejabat aku tak ketuk pintu?tanya Harith dengan marah tidak suka bila kawannya masuk ke dalam pejabatnya tanpa mengetuk pintu.Ingat bapa dia punya pejabat ke,main masuk sahaja.

"Ala rilex laa bro...hubungan kau dengan isteri kau macam mana..ok ke?tanya Haikal.

Harith tersenyum sinis.

"Dah sebulan lebih aku ceraikan dia"kata Harith.

Mulut Haikal terlopong.Dia sudah salah dengarkah?

Haikal terkejut dengan apa yang kawannya berkata.Setahunya hubungan Harith dan isterinya semakin lama semakin maju.Ini tiba-tiba kata sudah bercerai.

"Kau dah ceraikan dia?tapi kenapa"tanya Haikal.

"perempuan tu ada hubungan dengan lelaki mana entah."kata Harith

Harith benci dengan Adelia,apatah lagi bercakap fasal bekas isterinya membuatkan dia meluat dengan wanita itu.Bagi Harith bekas isterinya sudah mengecewakannya,dia benci dengan wanita bernama Adelia Hanan.

"Kau siasat ke tak..aku tak rasa dia buat macam tu."kata Haikal.

"Buat apa nak siasat..aku tengok depan mata aku sendiri memang jelas dia tidur dengan lelaki lain."kata Harith

"Haih..suka hati kau laa..aku tak nak masuk dalam hal peribadi kau."Haikal melepaskan keluhan kecil.

Haikal hanya mendiamkan diri melihat kawannya membuat kerja.Tiba-tiba kedengaran bunyi ketuk pintu,setelah Harith mengizinkan orang di luar itu masuk ke dalam pejabatnya,susuk tubuh seorang wanita masuk ke dalam pejabat Harith sambil tersenyum manis,dia tidak lain tidak bukan adalah Aira.

Aira menuju ke arah Harith lalu memegang lengan Harith sambil tersenyum menggoda.

"I miss you Harith."bisik Aira di cuping telinga Harith dengan gedik tapi dapat didengari oleh Haikal.

Haikal yang terkejut dengan adegan di depan matanya,pantas dia melangkah ke arah Harith dan menepis tangan Aira yang memegang lengan kawannya itu.

"Hey...kau siapa haah..nak menepis tangan aku."marah Aira tidak suka bila Haikal menepis tangannya.

"Sepatutnya aku yang kena tanya kau..kau siapa.Datang-datang je nak gedik bagai..Uwerrkk..nak muntah aku tengok kau."kata Haikal menunjuk muka mimik muntah.

Aira yang sudah naik geram dengan Haikal,pantas tangan kanan Aira mahu menampar Haikal tetapi Haikal terlebih dahulu memegang tangan Aira dan mencengkam dengan kuat.

Aira merintih kesakitan.Harith yang terkejut dengan itu menarik tangan Aira dari cengkaman Haikal.

"Weii..kau kenapa nak cengkam tangan dia."tanya Harith tidak puas.

Aira sudah tersenyum puas kerana Harith menyokongnya.Dengan itu dia berpura-pura sakit.

"Aww..sakit..sakit."kata Aira seolah-olah menahan kesakitan.

"Haah kau tengok laa tu dia pura-pura sakit"kata Haikal sambil menjeling ke arah Aira.

"Pura-pura apa kau ni..kau tengok lah kau buat apa...merah tangan dia."kata Harith.

"Ohh kau nak support dia..suka hati kau lah nak layan pompuan ni ke apa ke aku tak kisah.Tapi kan aku syak lah dengan pompuan ni entah-entah pompuan ni yang fitnah Adelia tidur dengan lelaki lain lepastu depan kau pura-pura baik."kata Haikal.

Aira yang terkejut dengan kata Haikal,dia mula membuka bicara.

"Heyy..kau jangan nak main tuduh-tuduh orang boleh tak.."kata Aira.Pandai dia menipu sedangkan dia yang buat semua itu.

"Harith kau percaya sangat ke dengan pompuan ni..cubalah kau fikir sikit..dah lah aku nak balik kalau duduk sini lama-lama aku boleh muntah tengok pompuan ni."kata Haikal lalu keluar dari situ.

•••

Tuan Razak menuruni anak tangga dan menuju ke arah Adelia yang sedang layan drama Hindustan tanpa berkelip mata.Tuan Razak menggelengkan kepala.

"Adelia hari tu kamu pergi cari kerja kan..dapat tak kerja."tanya Tuan Razak.

"Takde jawatan kosong pun ayah..semua company dah cukup orang..Adelia too late."kata Adelia membuat muka sedih.

Tuan Razak menarik hidung mancung anaknya itu.Adelia merintih kesakitan.

"Hish..ayah ni suka sangat tarik hidung Adelia..tahulah Adelia ni cantik tapi tak payah laa tarik tarik hidung."kata Adelia.

"Perasan laa Adelia ni..mak kamu lagi cantik masa muda-muda macam ni..sebab tu ayah dah terpikat dengan mak kamu."kata Tuan Razak sambil tersengih.

"Ade-ade je lah ayah ni."kata Adelia

"Ni kamu tak payah susah-susah cari kerja..kamu jadi CEO di syarikat ayah satu lagi tu..okay kan?tanya Tuan Razak.

"Seriously laa ayah..Adelia jadi CEO kat syarikat ayah tu..wahh bestnya..tq ayah..i love you so much ayah."kata Adelia dan memeluk ayahnya itu.Tuan Razak tersenyum dengan kelakuan anaknya itu,tidak berubah seperti budak kecil.

Sorry, chapter kali ini pendek je

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience