BAB 19

Romance Series 21703

Harith tersenyum sendirian di sebuah kafe sambil meneguk kopi di dalam cawan itu.Haikal yang sudah lama perhatikan kawan baiknya dari arah belakang yang senyum senyum itu menggelengkan kepala.Tidak pernah dia melihat Harith tersenyum begitu boleh dikatakan kali pertama.

"Jauh termenung sahabatku"kata Haikal menepuk bahu Harith,terkejut Harith sejak bila dia datang.

Haikal melabuhkan punggung di hadapan Harith.

"kau kenapa senyum sorang-sorang dah gila ke"kata Haikal

"Entah lah aku pun..Adelia tu baik tahu tak"kata Harith

"Kau baru tahu ke dia baik..yang kau tiba-tiba puji dia kenapa..dulu main marah lah apa lah"kata Haikal

"Aku tak tahu lah..aku jadi suka kat dia..selama sebulan aku tak balik rumah tapi selama tu juga aku rindu dia"kata Harith

"Maknanya kau dah cintakan dia lah..kau tahu tak Adelia perempuan yang baik sopan santun cantik..kau nak apa lagi..cukuplah tu..buang ego kau tu and most important buang perangai playboy kau tu and mula sayangkan Adelia..kalau kau tak buang perangai playboy kau tu sampai bila-bila hidup kau akan macam ni"kata Haikal

"Kau tahu tak bila aku marah dia,dia tak pernah pun meninggikan suara pada aku malah dia diam je..apa aku cakap dia akan buat tanpa bantahan"kata Harith

"Untung kau dapat isteri macam Adelia tapi aku kalau aku marah isteri aku dia pun marah aku kau tahu tak pening kepala aku"kata Haikal

Harith ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata kawannya itu.Haikal memikir apa yang lucu sangat sampai kawannya itu ketawa.

"Tu lah masa kat Universiti dulu Farhana tak nak kat kau,kau nak juga kat dia..sekarang padan muka kau"

Tanpa sedar Farhana iaitu isteri kepada Haikal sudah lama berdiri di belakang Haikal.

"Mm Haikal cuba kau tengok belakang"kata Harith

Tanpa membuang masa Haikal menoleh ke belakang,terkejut dia bila melihat isterinya sudah berdiri di situ sambil bercekak pinggang wajahnya sudah merah menahan marah pada Haikal.

"Err..s..sayang bila datang"kata Haikal sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Awak ni jahat sangat tahu tak..sampai hati kan cakap pasal isteri sendiri kat kawan awak..hish bencilah..kalau awak dah tak suka saya macam kat Universiti dulu tu..pergilah kat perempuan lain"marah Farhana lalu beredar dari situ.Harith pula ketawa sambil memegang perutnya tidak tahan.

"Now kau puas hati kan..kalau bukan sebab kau aku takkan cakap pasal Farhana"kata Haikal

"bukan sebab aku..kau tu bodoh sangat sape suruh cakap pasal Farhana"kata Harith

"Cakap dengan kau memang tak boleh menang baik aku pergi pujuk isteri aku"kata Haikal lalu mengejar Farhana.

"Sayang tunggu kejap"kata Haikal

"kenapa kejar saya pergi lah kat perempuan lain tu"kata Farhana

"Alaa..abang tak nak perempuan lain..abang nak sayang seorang je"pujuk Haikal

"Habistu kenapa awak buruk pasal saya kat Harith..awak memang tak sayangkan saya"kata Farhana

"Betul lah tu..kalau abang marah sayang,sayang pun marah abang kan tapi comel lah sayang masa marah tu nak cubit pun ada"kata Haikal sambil menarik pipi Farhana.Farhana sudah tersenyum lebar bila mendengar suaminya berkata dirinya comel.

"Haah boleh pun senyum..macam ni lah isteri abang cantik"kata Haikal

Zafran membalingkan barang-barang yang di dalam biliknya habis semua barang jatuh pecah berderai di lantai.Macam ini lah jadinya apabila lelaki itu marah yang malangnya barang-barang di biliknya itu jugalah.Dia marah kerana tidak dapat apa yang diinginkan kalau perempun itu tidak mengacau plannya pasti dia dapat merasai tubuh Elia.Ye selama ini dia mahu tubuh Elia sahaja bukan kerana cinta.Cinta?memang tak lah dia nak jatuh cinta dia hanya mempermainkan perasaan wanita sahaja baginya wanita hanya mahu kemewahan.

"Aku akan rasai tubuh kau Elia..aku nak kau..kau jangan ingat kau dah terlepas dari aku..aku akan dapatkan kau..kau tunggu untuk aku my dear Ana"kata Zafran tersenyum jahat.

Puan Azhara iaitu ibu kepada Zafran memasuki bilik Zafran kerana mendengar jeritan Zafran seperti orang kena rasuk pun ada.Terkejut Puan Azhara bila melihat keadaan bilik anaknya itu semua barang sudah pecah berderai Puan Azhara menggelengkan kepala lalu menutup pintu anaknya dan menuruni anak tangga.Kakinya melangkah ke arah suaminya iaitu Tuan Hadi yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Abang saya risau lah dengan Zafran tu"kata Puan Azhara lalu melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Dah nak masuk setahun dah Zafran macam ni..saya sedih tengok dia"kata Puan Azhara

"Saya pun sedih juga..dah nak masuk setahun dah arwah Naura pergi tinggalkan kita..awak pun tahu kan Zafran jadi macam tu sebab Naura dah meninggal..kita kena banyakkan berdoa"kata Tuan Hadi

Naura ialah arwah isteri kepada Zafran,sudah setahun Naura meninggal dunia disebabkan itu juga Zafran sudah jadi begini.Naura mengidap penyakit rahim disebabkan itu juga dia tidak boleh mengandung.

Harith menuruni anak tangga kakinya melangkah ke arah isterinya yang sedang menonton televisyen,lalu dia melabuhkan pungung di sebelah isterinya.Adelia tersenyum manis dan sambung menonton televisyen

"Pergi bersiap aku nak bawa kau pergi shopping mall"kata Harith

"Betul ke..wow..ok tungu jap"kata Adelia dengan teruja lalu berlari naik ke atas,Harith menggelengkan kepala perangai isterinya seperti kanak-kanak.

Selepas beberapa minit mereka telahpun bersiap.Merekah mengatur langkah ke arah kereta.Kereta milik Harith meluncur di atas jalan raya.Sesampainya di shopping mall Harith memarkir keretanya di tempat yang disediakan lalu mereka keluar dari kereta dengan serentak,tanpa membuang masa mereka memasuki shopping mall itu.Sudah berjam-jam juga mereka jalan kesini kesana tetapi tidak membeli apa-apa pun.Kaki Adelia terasa lenguh lalu dia menarik lengan Harith untuk duduk di bangku yang disediakan di situ.

"Kenapa kau tak nak jalan-jalan lagi ke"tanya Harith

"Kaki saya lenguh sangatlah..yelah sudah berjam-jam juga kita jalan sana jalan sini tapi tak beli apa-apa pun"kata Adelia

Harith mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya dan menghulurkan pada Adelia,Adelia menyambut huluran itu.

"Apa ni"tanya Adelia sambil membelek-belek kotak kecil tersebut

"Kau ni banyak tanyalah buka lah"kata Harith

Adelia membuka balutan di kotak tersebut lalu membuka kotak itu.

"Awak untuk saya ke..cantiklah"kata Adelia dengan gembira apabila melihat rantai yang berbentul love itu.

"Terima kasih awak"kata Adelia mencium pipi Harith,tergamam Harith dengan tindakan isterinya,Adelia ketawa kecil melihat muka Harith yang terkejut dan matanya kembali fokus pada rantai itu.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience