BAB 26

Romance Series 21703

Elia melangkah ke kelab malam.Kelab malam itu bising dengan bunyi suara di kelab malam.Elia duduk di meja yang terletak di hujungnya agar tidak mengganggu fikirannya,lagi yang dipasang di kelab malam bergema di tempat itu.Pelayan datang mengambil pesanan,Elia hanya memesan minuman ringan.Setelah beberapa minit pelayan datang dengan segelas air yang dipesan olehnya dan pelayan itu beredar dari situ.

Seorang lelaki menghampiri Elia dari belakang dan memeluknya dengan erat seolah-olah tidak mahu melepaskan kekasihnya,lelaki itu meletakkan dagunya di bahu Elia dan membisikkan sesuatu di cuping telinga Elia..

"I really miss you" Kata lelaki itu penuh kharisma.

Elia memusingkan badannya untuk melihat lelaki yang memeluknya sesuka hati dan lelaki itu tidak lain adalah Zafran.

Pang!!

Elia menampar pipi Zafran dengan kuat dan sampaikan kemerahan pipi Zafran.Zafran tergamam sejenak kerana ini adalah kali pertama Elia bersikap kasar kepadanya,dia menyentuh pipi yang sudah merah,rahangnya bergerak ke kiri dan kanan menahan amarahnya.

"Awak jangan nak sentuh saya dengan tangan jijik aw.."belum sempat Elia menghabiskan katanya badannya terasa panas dan kepalanya terasa pening sangat.

Elia memicit pelipisnya dia tidak tahu kenapa tiba-tiba jadi begini.Elia menyentuh badannya terasa panas sangat.Zafran pula sudah tersenyum puas kerana rancangannya berjaya.

Ye,dia meletakkan ubat peransang di dalam air Elia.Dia datang ke kelab malam juga untuk memuaskan nafsunya terhadap Elia.

Elia seakan tidak sedarkan diri,dia menarik Zafran lalu memagut bibir Zafran dengan kasar.

"You are very rougher than me ana"kata Zafran dan membalas ciuman itu dengan kasar.

Ciuman mereka terlerai,Zafran menarik lengan Elia lalu mereka keluar dari kelab malam itu dan mereka memasuki sebuah hotel untuk memuaskan nafsu masing-masing.Ubat peransang itu betul-betul terkesan untuk Elia dia hanya mengikut kehendak Zafran sahaja.

•••

Puan Kaira memundar mandir di ruang tamu menunggu kepulangan anaknya itu.Sudah berkali-kali dia menelefon Elia namun tidak diangkat.Puan Kaira mengerling jam di dindingnya menunjukkan pukul sepuluh setengah,dia mula risau dengan anaknya.

Adelia menuruni anak tangga dia melihat Puan Kaira memundar-mandir di ruang tamu,Adelia mengerutkan dahi.

"Mak buat apa tu mundar-mandir"tanya Adelia

"Ni adik kamu ni..call tak angkat..mak risau lah apa-apa jadi pada Elia"kata Puan Kaira dengan risau

"Hishh..apa mak cakap macam tu..selalunya Elia akan balik lewat macam ni ke"tanya Adelia ingin kepastian

"tapi selalunya tak lewat lah sampai macam ni..mak tak sedap hati lah"Kata Puan Kaira.

"Mungkin ada kerja yang perlu dibuat la tu..mak jangan risau lah nanti dia balik laa tu..mak pergi tidurlah ye"kata Adelia menenangkan ibunya.

Puan Kaira menaiki anak tangga,selepas bayangan Puan Kaira hilang dari pandangan Adelia,Adelia melepaskan keluhan kecil.Adelia juga risau akan Elia kalau terjadi apa-apa pada Elia tetapi dia menepis perasan itu dan dia yakinkan dirinya semuanya akan baik-baik sahaja.

Adelia menaiki anak tangga dan memasuki dalam biliknya,dia merebahkan tubuhnya di atas katil.Adelia membuka laci meja yang terletak di tepi katil lalu dia mengambil sebuah kotak kecil dan dia membuka kotak itu di dalam itu ada seutas rantai yang diberi oleh Harith dahulu.Sudah sebulan lebih mereka bercerai,walaupun Adelia mencuba untuk melupakan bekas suaminya namun bayangan Harith tetap bermain di kepalanya.Adelia menyentuh rantai itu setitis airmata tumpah membasahi pipinya dengan pantas dia mengesatkam airmata.

Dia perlu melupakan Harith walau apa-apa pun terjadi,mungkin lelaki itu gembira tanpa Adelia.Adelia menutup balik kotak kecil itu dan meletakkan di dalam laci semula.Dia menarik selimut menutupi tubuhnya lalu memejamkan mata.

satu saat..dua saat..tiga saat..

Kring!!!

Telefon milik Adelia berdering menandakan ada panggilan lantas dia mengambil panggilan itu,dia melihat di skrin telefon tertera nama Airil.

"Hello Airil ada apa telefon malam-malam ni"tanya Adelia.

"Awak marah ke kalau saya telefon awak malam-malam macam ni"tanya Airil di corong telefon.

"Bukan macam tu..tapi ada hal penting ke awak telefon saya ni..saya dah mengantuk ni"kata Adelia sambil menguap.

"Sorry..takde ape saje saya telefon..esok.awak busy tak"tanya Airil

"Tak busy pun kenapa"tanya Adelia

"Saya nak bawa awak pergi makan..esok saya datang ambil awak kat rumah okay..pukul satu setengah macam tu saya datang ambil..get ready okay..bye good night"kata Airil

"Okay lah jumpa esok lah ye..bye good night too"kata Adelia lalu menamatkan talian.Adelia merebahkan tubuhnya lalu terbuai mimpi.

•••

Elia mengeliat sambil menggosok mata,kepalanya terasa pening sangat dia memegang kepalanya itu.Perlahan-lahan dia membuka mata terkejut dia kerana sekarang dia berada di dalam sebuah bilik.Dia memicit pelipis untuk mengingati apa yang berlaku sebenarnya.Elia membuka selimut yang menutupi tubuhnya,alangkah terkejutnya dia kerana dia sekarang dia berada dengan tubuh tanpa berpakaian.Dia sudah ingat semuanya apa yang berlaku semalam Zafran telah merogolnya.Airmata Elia turun membasahi pipinya.

Puan Kaira duduk di sofa sambil termenung sendirian,sungguh dia risau dengan anaknya itu yang belum pulang dari semalam.

Adelia menuruni anak tangga lalu melabuhkan punggung di sebelah ibunya.

"Mal adik belum balik lagi ke"tanya Adelia

Puan Kaira menggeleng tanda tidak.

"Mak risau..mak risau kalau apa-apa terjadi pada adik kamu"kata Puan Kaira dengan deraian airmata.

"Mak jangan macam ni..Adelia pasti adik akan balik mak jangan nangis"kata Adelia sambil menepuk-nepuk bahu ibunya.

Elia keluar dari perut kereta lalu berjalan dengan lemah memasuki dalam rumah.

Puan Kaira dan Adelia mengalihkan pandangan ke arah Elia yang sedang berjalan lemah.

"Kamu pergi mana dari semalam"Tanya Tuan Razak yang baru menuruni anak tangga.

Tapi Elia tidak membuka mulut hanya berdiam sahaja.

"Elia kamu pergi mana..kamu suka kan buat mak risau..kenapa baru balik"tanya Puan Kaira pula.

Tetap Elia mendiamkan diri.Dia tidak tahu mahu buat apa dunianya seperti gelap selepas Zafran memperlakukan begitu.

Tuan Razak yang sudah naik geram dengan anaknya,kakinya melangkah ke arah Elia lalu menamparnya.

Pang!!

Puan Kaira dan Adelia yang terkejut dengan tindakan ayahnya lalu menghalang Tuan Razak untuk memberhenti menampar Elia.

Air mata Elia turun membasahi pipinya dia sakit hati sangat-sangat bila Zafran dengan senang hati merogolnya dan ayahnya pula memukul tanpa belas kasihan tetapi dia tahu dia salah kerana pergi ke kelab malam sedangkan kedua orang tuanya menghalang pergi ke situ.

Adelia seperti terasa sesuatu yang tidak kena dengan adiknya dan juga dia pasti adiknya mengalami masalah yang tidak dapat luahkan pada sesiapa pun.

Elia berlari masuk kedalam biliknya dan menghempas pintu bilik dengan kuat sekali.Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa hatinya hancur bila masa hadapannya sudah gelap-gelita dengan sekelip mata.

Elia jatuh terkulai di lantai,dia menangis teresak-esak dia tidak tahu membuat apa lagi.Dia sudah memalukan kedua ibu bapanya dan juga keluarganya.Maruahnya sudah tiada dan dimeragut oleh Zafran.

Elia membalingkan semua barang-barang yang ada di dalam biliknya,dia menarik rambut panjangnya sendiri sambil menangis.

Adelia yang mendengar bunyi dari bilil Elia,terus dia menaiki anak tangga dan memulas tombol pintu bilik adiknya tetapi pintu terkunci dan Adelia berlari mengambil kunci pendua lalu memulas tombol itu.

Terkejut Adelia kerana tangan adiknya berlumuran dengan darah.Barang-barang yang berada di dalam bilik adiknya juga sudah pecah berderai di lantai.

"Ya-allah adik kenapa ni..apa dah jadi"tanya Adelia mendekat dengan adiknya.

"Keluar!!!..."jerit Elia

"Adik jangan buat macam ni"kata Adelia memegang bahu adiknya.

"Keluar...keluar...keluar dari bilik aku!!!"jerit Elia dengan deraian air mata.

"Aku tak nak tengok muka sesiapa pun..aku benci!!!"kata Elia lagi dengan tangisan.

Adelia keluar dari bilik itu,dia mahu adiknya tenang dan memberi ruangan untuk adiknya.Tapi Adelia pasti adiknya mempunyai masalah yang membuat Elia jadi begini.

Sorry lambat update..happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience