BAB 10

Romance Series 21703

Adelia menyiapkan sarapan buat suaminya.Harith melangkah ke arah isterinya dari belakang.

"Sayang buat apa tu"kata Harith dengan lembut.

Terlopong mulut Adelia bila suaminya memanggil sayang.Aku tak mimpi kan sungguh aku gembira bisik hati Adelia.Harith ketawa terbahak bahak melihat reaksi isterinya.

"kau ingat aku nak sangat ke panggil kau dengan panggilan sayang jangan haraplah..hari ini mama akan datang jadi kita kena berlakon macam bahagia faham"kata Harith

"Ok..saya akan berlakon"kata Adelia

"Nanti kau jangan panggil aku awak pulak..panggil aku abang faham"Kata Harith

"aku tak boleh percaya lah dengan kau ni..cuba kau berlakon sekarang"kata Harith

"Err..abang jom makan sayang dah siapkan makanan..macam tu kan"kata Adelia

"Bagus practice make perfect ye sayang"kata Harith mengusap pipi isterinya.

Selepas beberapa minit Puan Zarihah sampai di rumah anaknya lalu dia memberi salam dan mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Mama dah sampai..jemput masuk lah mama"pelawa Adelia pada mak mertuanya itu.

"Mana Harith Adelia"tanya Puan Zarihah

"Abang Harith tengah mandi mama"kata Adelia

"Mama jom lah makan..makanan dah Adelia dah sediakan ni"kata Adelia dari dapur.

Puan zarihah mengatur langkah ke arah menantunya lalu menggenggam tanggan Adelia dengan kemas.Adelia pelik dengan kelakuan mak mertuanya.

"Adelia bahagia dengan Harith"tanya Puan Zarihah

Adelia tidak tahu mahu menjawab apa pada mak mertuanya.

"Err..ee..ye Adelia bahagia sangat dengan Abang Harith..dia jaga Adelia dengan baik sangat untung Adelia dapat suami macam Harith"bohong Adelia

"Betul ke ni Adelia"tanya Puan zarihah

"Betul mama..mama jangan risau ye"kata Adelia.

Puan zarihah tahu Adelia membohong padanya tapi dia tidak mahu memaksa untuk Adelia memberitahunya.Sebagai seorang ibu dia mampu berdoa agar rumah tangga mereka akan kekal sampai bila bila.

Tanpa mereka sedari Harith mendengar perbualan antara ibunya dan isterinya di sebalik dinding.

"Haah mama jom pergi makan"kata Adelia

Harith lantas berlari ke arah meja lalu duduk di kerusi seolah olah baru sahaja sampai.

"Awa....err..abang dah mandi"kata Adelia

"Dah baru jee sayang..jom makan"kata Harith

Mereka menikmati makanan itu.Selepas beberapa minit Puan zarihah meminta diri untuk pulang.Setelah bayangan Puan Zarihah sudah hilang Harith membuka bicara.

"Bagus kau berlakon..."kata Harith

Adelia hanya tersenyum tipis.

Pada malam Adelia menonton televisyen selepas makan.Harith menuruni anak tangga lalu mengatur langkah untuk keluar rumah.Belum sempat dia melangkah Adelia sudah memanggilnya.

"awak nak pergi mana"tanya Adelia

"Bukan urusan kau..kau tak payah masuk campur lah"kata Harith dengan datar.

"Saya isteri awak saya juga ada hak nak bertanya"kata Adelia

Adelia sudah janji pada diri sendiri untuk menginsafkan suaminya jadi dia mengambil langkah untuk menghalang suaminya pergi jumpa kekasihnya.Kalau bukan sekarang bila bila pun suaminya tidak akan berubah.

Harith tersenyum sinis bila mendengarnya

"apa kau kata ada hak..kau hanya isteri atas kertas kau faham tak"kata Harith lalu meningalkan Adelia

Adelia terduduk di atas lantai sambil menangis teresak esak sungguh dia sakit hati bila mendengarnya.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience