BAB 25

Romance Series 21734

Kereta Harith memasuki perkarangan rumah orang tuanya.Dia memarkir kereta dan keluar dari kereta lalu kakinya memasuki rumah orang tuanya.Puan Zarihah yang sedang menonton televisyen mengalihkan pandangannya ke arah Harith dan dia tersenyum dan berjalan ke arah anaknya.

"Mana Adelia Harith..mama rindu kat menantu mama"tanya Puan Zarihah

Harith merengut wajahnya dengan kasar,selalu sahaja Adelia berada di mata ibunya,itulah dia.Semua orang mengingati Adelia sebagai wanita yang baik tetapi dia satu-satunya yang tahu seperti apa Adelia.

"Harith dah ceraikan perempuan tak guna tu..dah mama jangan tanya lagi pasal tu"kata Harith

Semakin lama dia bercakap tentang Adelia semakin dia membenci Adelia.

"Apa kamu cakap ni..kamu jangan main-main"kata Puan Zarihah tidak percaya akan kata-kata anaknya itu.

"Buat apa Harith nak main-main betul lah Harith dah ceraikan perempuan tu..mama tahu tak dia buat apa..dia ada hubungan dengan lelaki lain..Harith sendiri nampak dengan mata Harith sendiri tahu tak..perempuan tak guna"kata Harith

"Harith mama tak percaya dengan semua tu..Adelia bukan perempuan macam tu mama tahu dia macam mana..Harith dah salah faham dengan dia sampai kamu ceraikan dia..mama tak sangka Harith akan buat macam ni"kata Puan Zarihah

Harith mencapai telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya lalu menunjukkan gambar Adelia dengan Airil yang dihantar oleh Aira kerana Puan Zarihah tidak mempercayai kata-katanya.

Mata Puan Zarihah terbeliak ketika melihat gambar itu.Menantu yang selalu dia sayangi ternyata sudah menipunnya.

Tuan Amar yang baru bersiap hendak pergi ke kerja memberhentikan langkah bila melihat Harith berdiri di situ,dia mengerutkan dahi kerana mata Puan Zarihah bertakung dengan air mata.

"Kamu kenapa macam sedih je"tanya Tuan Amar

"Harith dah ceraikan Adelia..sebab Adelia berhubung lelaki lain"kata Puan Zarihah

Terkejut Tuan Amar bila isterinya mengatakan anaknya sudah bercerai tanpa pengetahuannya,dan dia juga tidak percaya dengan khabar itu yang Adelia ada hubungan dengan lelaki lain.

"Papa tak perca.."belum sempat Tuan Amar menghabiskan katanya Puan Zarihah sudah memotong.

"saya tahu abang takkan percaya..tapi Harith tunjuk gambar Adelia bersama lelaki lain..saya kecewa dengan dia sangat abang"kata Puan Zarihah dengan penuh kecewa.

Tuan Amar hanya menggelengkan kepala tidak tahu mahu kata apa lagi dia kecewa dengan menantu itu lebih tepat bekas menantu.

"Papa tak tahu nak cakap apa..apa-apa pun papa dengan mama akan berdoa untuk kamu Harith..papa pergi kerja dulu"kata Tuan Amar lalu beredar dari situ untuk pergi kerja.

•••

Adelia duduk di atas katil melihat gambarnya dengan Harith perlahan-lahan air matanya membasahi pipinya.Bukankah ini semua terjadi kerana dia,dia yang meminta cerai pada Harith ? Patutkah dia gembira ?

Kebahagiaan dan kesedihan dalam hidup ini akan datang silih berganti.Setiap hari kamu boleh bertemu dengan orang-orang baru dan berpisah dengan orang lama.Terkadang tak semua pertemuan boleh memberi kebersamaan.Bahkan ada yang berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan.

Namun setiap perpisahan dan kata selamat tinggal bukanlah akhir dari sebuah kehidupan.Bahkan terkadang dari perpishan itu kamu mendapatkan banyak pelajaran.

Puan kaira yang mahu masuk kedalam biliknya tiba-tiba dia mendengar Adelia menangis.Dia memasuki dalam bilik anaknya lalu melabuhkan punggung di sisi katil.Puan Kaira menggenggam tangan anaknya.

"Adelia jangan macam ni..masa ni lah kamu kena kuat..ini semua takdir kamu perlu hadapi semua ni..lupakan harith mak percaya suatu hari nanti Adelia akan jumpa lelaki yang baik dari Harith"kata Puan Kaira

"Tapi bukan senang nak lupakan Harith..Harith cinta pertama Adelia"kata Adelia dengan deraian airmata.

"Mak tahu..mak nak pesan satu je Adelia kalau takdir jodohkan kamu dengan Harith percayalah walau pergi sejauh manapun tetap kamu akan jumpa dengan"kata Puan Kaira,Adelia mengangguk tanda faham

Puan Kaira keluar dari bilik anaknya lalu memasuki biliknya.

"Macam mana dengan Adelia"tanya Tuan Razak

"Macam tu lah bang"kata Puan Kaira dan melepaskan keluhan kecil.

"Anak kita kena fitnah tapi siapa yang buat semua tu saya tak tahu..setahu saya Adelia takde pun musuh saya pasti orang terdekat dengan Adelia yang buat semua ni"kata Tuan Razak dengan penuh yakin.

"ra pun rasa macam tu juga"kata Puan Kaira

"Saya tahu Adelia tu kuat..kita sama-sama doakan dia ye"kata Tuan Razak

•••

Harith memasuki kelab malam itu lalu melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan di situ.Dia mengamnbil air coke itu lalu meneguknya.Walaupun dia selalu datang kelab malam itu dia tidak pernah pun mengambil air alkohol dia lebih memilih air biasa-biasa sahaja.Tiba-tiba dia mengingatkan kata-kata Adelia tempoh hari.

'Tapi awak kena tahu saya tak pernah pun buat benda terkutuk macam tu..'

Harith tersenyum sinis.

"apa yang keluar dari mulut kau semuanya tipu"kata Harith sendirian

Seorang perempuan datang dekat dengan Harith sambil tersenyum goda.Dia meletakkan tanggannya di dada bidang Harith dan dia tidak lain tidak bukan adalah Aira,lantas Harith menepis tangan Aira.Aira berdecit tidak suka.

"Kau sape haah tiba-tiba datang goda aku"kata Harith sambil menjeling

"I tahu u kan dah cerai dengan isteri u"kata Aira sambil senyum

Harith agak terkejut dengan apa yang dia dengar bagaimana wanita di depan matanya tahu dia sudah bercerai kerana perceraian mereka hanya kelurganya sahaja yang tahu akan itu.

"Macam mana kau tahu..kau siapa"tanya Harith

"i tahu semua pasal u..i sudi dengar masalah u,i selalu ada untuk u..ingat ye Harith"kata Aira

•••

Pada paginya Adelia bersiap untuk mencari kerja.Dia sudah berjanji pada dirinya akan memulakan kehidupan baharu dan melupakan kisah silamnya dan melupakan Harith

Akan tiba masa ganjil berubah genap,penantian berbuah kebahagian,sabar berujung indah.Hanya saja itu perlu berdoa dan berusaha.

Selepas bersiap Adelia menuruni anak tangga,wajahnya begitu ceria.

"Morning mak,ayah"kata Adelia sambil senyum kakinya melangkah ke arah meja makan.

Tuan Razak dan Puan Kaira begitu gembira bila anaknya sudah melupakan kisah silamnya dan memulakan kehidupan baharu.

"Adelia nak pergi mana ni..pakai cantik-cantik ni"tanyaTuan Razak

"Adelia nak pergi cari kerja"kata Adelia sambil mengunyah roti

"Bagus lah tu..ayah pergi kerja dulu ye"kata Tuan Razak lalu beredar dari situ

Adelia mencari kelibat adiknya tapi tidak dijumpai.

"Mak mana Elia"tanya Elia

"Macam lah kamu tak tahu dia mana pernah bangun awal"kata Puan Kaira

Adelia tersenyum kecil bila ibunya mengatakan begitu.Dulu sampai sekarang Elia tidak pernah bangun awal.

"Mak Adelia pergi dulu ye"kata Adelia

"Baiklah hati-hati bawa kereta tu"pesan Puan Kaira

Adelia mengangguk kepala lalu beredar dari situ.Kakinya melangkah ke arah kereta yang telah ditutup dengan sehelai kain,kereta itu telah dihadiahkan oleh Tuan Razak kepadanya sempena ulang tahun yang ke dua puluh satu.Adelia mengambil kain itu dari menutupi kereta,Kereta itu masih lagi bersih dan tidak kotor seperti baru beli,sudah empat tahun dia menggunakan kereta itu.Perlahan-lahan bibir itu mengukir senyuman.Dia menekan pedal minyak itu dengan kuat,keretanya meluncur di atas jalan raya.

Sudah berjam-jam juga Adelia mencari kerja tapi tetap tiada jawatan kosong di mana-mana pun.Adelia memberhentikan keretanya di tepi jalan raya kerana tekaknya terasa haus.Tiba-tiba dia ternampak sebuah gerai yang menjual pelbagai air.Selepas dia membeli,Kakinya melangkah ke arah kereta belum sempat dia membuka pintu keretanya tiba-tiba..

"Hi...Adelia"kata seorang lelaki

Adelia menoleh kebelakang.Adelia mengerutkan dahinya dia seperti kenal dengan wajah itu dan dia tidak lain tidak bukan adalah Airil.

"Awak sape..saya kenal ke awak"tanya Adelia

"Kenal sangat..saya Airil lah"kata Airil sambil tersenyum

Adelia terkejut bila Airil di depan matanya.Lelaki yang cintakan Adelia sejak di bangku sekolah lagi tetapi Adelia tidak mencintai Airil.Selepas tamatkan sekolah dia tidak lagi bertemu dengan lelaki ini dan sekarang dia bertemu balik.

"Jangan takut saya dah lupakan awak dah pun..saya tak cintakan awak lagi..boleh tak kita jadi kawan"kata Airil

"Betul ni awak tak cintakan saya dan takkan kacau saya lagi masa dekat sekolah dulu"tanya Adelia ingin kepastian.

Airil tersenyum kecil.

"Betul lah saya..boleh tak kita jadi kawan."tanya Airil

"Okay...boleh je sebab awak kan dah berubah"kata Adelia sambil senyum

"Okay..mulai hari ini kalau awak ada masalah apa-apa cerita je dekat saya..saya sudi dengan sama juga saya..okay deal"kata Airil

"Okay..deal"kata Adelia sambil senyum.

Happy reading :)) Sorry lambat update sebab sha telah edit semua chapter kerana ada sedikit kesalahan ejaan dan kesalahan bahasa so sha betulkan kesilapan itu.Sha juga telah edit bab 24 tuu sebab sha tersilap tertukar nama watak. Tuan Amar-Papa Harith Tuan Razak-Ayah Adelia Tuan Hadi-Papa Zafran Puan Zarihah-Mama Harith Puan Kaira-Mak Adelia Puan Azhara-Mama Zafran So inilah nama-nama watak sampingan..sebab dalam bab 24 ada banyak kesilapan nama watak but now sha dah edit dah semua tu. Novel dialah yang kedua mungkin sha akan update esok tapi x janji tau..follow saya untuk dapatkan notifications bila saya update :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience