BAB 17

Romance Series 23302

Keesokkan harinya Adelia bangun awal untuk mengemas rumah.

"Uishh..banyaknya habuk..padan muka kau Adelia sape suruh tak kemas rumah"kata Adelia sendirian

Sedang elok dia mengemas rumah sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah Adelia.Adelia mengerut dahi siapa yang datang.

"Harith ke datang.."kata Adelia

Harith keluar dari kereta perut lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ehh awak dah balik..ingatkan tak balik dah"kata Adelia

"Rumah aku..suka hati aku lah nak balik bila pun"kata Harith

Adelia hanya menundukkan kepala.Harith mengatur langkah ke arah sofa lalu melabuhkan punggung di sofa sambil memicit pelipisnya,Adelia perasan akan itu mahu sahaja dia membantu memicit pelipis suaminya tetapi dia takut kalau Harith memarahinya ye lah dia kan isteri atas kertas je itu kan pengakuan daripada Harith.Tiba-tiba Harith memanggilnya tanpa membuang masa Adelia mengatur langkah ke arah suaminya.

"Tolong picit pelipis aku ni"kata Harith

"Err..ye ye.."kata Adelia lalu mengatur langkah membelangkangi Harith dan mengurut pelipis suaminya perlahan lahan

"Kenapa kau lembik sangat ni..kau makan nasi ke tak.."tanya Harith

"Makan lah takkan tak makan pulak..mati lah kalau tak makan"kata Adelia

Harith memerhati tubuh Adelia atas hingga ke bawah tanpa berkelip mata.

"Tapi tubuh kau kecil je..tak nampak pun macam gemuk"kata Harith

"Mana lah saya tahu..tanyalah tubuh saya"kata Adelia selamba

Harith pantas menarik tangan Adelia dari belakang menyebabkan dia terduduk di atas riba Harith,terkejut Adelia dengan tindakan suaminya.Harith memerhatikan wajah Adelia satu persatu semuanya cantik,mata Harith berhenti di bibir merah isterinya.Perlahan lahan dia mendekatkan bibirnya pada bibir Adelia,Cepat cepat Adelia bersuara.

"Err..aw..awak saya nak pergi masak ni"kata Adelia terus bangun dari riba dan mengatur langkah ke arah dapur,Harith menggelengkan kepala.

Selepas beberapa jam Adelia sudah siap memasak,dia membuka apron dan menggantungkan di tempat penggantung dia melangkah ke arah Harith yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Awak saya dah masak..jomlah makan"kata Adelia

Harith mengangguk dan mengatur langkah ke arah meja dan melabuhkan pungung di kerusi.

"Kau tercegat kat situ kenapa..tak nak makan"kata Harith pada Adelia yang sedang berdiri di tepi meja.

Adelia melabuhkan pungung di hadapan Harith lalu mencedok nasi di pinggan.

"Err awak saya nak tanya satu boleh tak"tanya Adelia

Harith mengangguk kepala

"Lama awak tak balik rumah sekarang tiba tiba awak datang..kenapa ehh"tanya Adelia

"Suka hati aku lah..aku rindu rumah aku sebab tu aku balik"kata Harith

Adelia mengangguk tanda faham

"Ingatkan rindukan aku..hrmm"bisik hati Adelia

"Aku rindukan kau jugak"bisik hati Harith

Ye selama dia tidak pulang ke rumah selama itulah dia rindukan Adelia,dia juga tertanya tanya kenapa dia perlu rindukan isterinya sedangkan dia tidak mencintai isterinya.Kebelakangan ini dia sering memikirkan isterinya sebab itu lah dia pulang ke rumahnya.

Pada malam Adelia melangkah ke arah biliknya sambil menguap.Dia mengerling ke arah bilik Harith di sebelah biliknya yang sudah tertutup mungkin lelaki itu sudah tidur.Belum sempat Adelia memulas tombol pintu biliknya Harith menarik tangan Adelia dengan pantas.

"Ehh awak tak tidur lagi..ingatkan dah tidur dah...saya nak pergi tidur ni selamat malam"kata Adelia berpusing ke hadapan untuk masuk ke dalam bilik.

"Tidur dalam bilik aku"kata Harith selamba

Terkaku Adelia adakah dia salah dengar,Adelia memusingkan tubuhnya menghadapap Harith

"Awak kata apa tadi"tanya Adelia

"Aku kata tidur dalam bilik aku"kata Harith

"Tapi..."belum sempat Adelia menghabiskan katanya Harith sudah memotong

"Takde tapi-tapi dah jom"kata Harith menarik lengan isterinya,Adelia hanya mengikut kehendak suaminya.

"Pergilah tidur kat katil"kata Harith sambil memuncungkan bibirnya ke arah katil

"Habistu awak nak tidur mana kalau saya tidur kat katil"kata Adelia

"Aku pun tidur kat katil juga..kita sama-sama tidur kat katil okay"kata Harith

Adelia hanya mengangguk sahaja,walaupun dia menunjuk reaksi tidak suka tidur di katil bersama tetapi dalam hati berbunga bunga.

Adelia merebahkan badan di atas tilam lalu memejamkan matanya.

"Good night my Adelia"kata Harith lalu memejamkan matanya

Happy reading :)) Cinta dah berputik ke harith..hihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience