BAB 24

Romance Series 21703

Setelah menyelesaikan urusan di mahkamah,Adelia pulang ke rumah untuk mengemas barang kerana mereka sudahpun bercerai secara sah jadi buat apa lagi dia mahu bersama Harith.Adelia tidak menyangka hubungannya dengan Harith akan berakhir begitu cepat.Perlahan-lahan airmata Adelia jatuh membasahi pipinya.Sungguh dia terluka,dia menyangka masih ada masa untuk membuat Harith membuka hatinya untuk menerimanya tetapi sebaliknya dia harus berpisah dengan harith selamanya mungkin Adelia bukan yang terbaik untuk Harith.Adelia percaya suatu hari nanti Harith akan mencari wanita yang lebih baik daripada dia dan layak memiliki cinta Harith,dia tahu dia tidak layak memiliki cinta Harith.

Setelah mengemas barang Adelia menuruni tangga sambil menjinjing beg berisi pakaiannya.Harith mengalihkan pandangannya pada Adelia sejenak dan kemudian meliriknya,Adelia tersenyum pudar pada Harith.Kakinya melangkah ke arah Harith yang sedang berdiri di pintu utama.

"Tahniah Harith sebab awak berjaya lepaskan saya,ini yang awak nak kan..tapi awak kena tahu saya tak pernah pun buat benda terkutuk macam tu dan awak boleh percayakan fitnah tu dari isteri awak sendiri..saya rela pergi dari kehidupan awak mungkin ada yang lebih baik dari saya untuk awak..awak akan bahagia kan tanpa saya sebab saya tahu cinta saya untuk awak hanya tepuk sebelah tangan sahaja..sebelum saya kahwin dengan awak saya ada buat janji dengan diri saya sendiri akan menginsafkan awak tapi saya dah mungkir janji,maafkan saya..saya takde masa lagi untuk menginsafkan awak tapi saya nak minta satu je dengan awak tolong berubah jadi insan yang baik itu je saya nak..saya pergi dulu mungkin ini kali terakhir kita bertemu..selamat tinggal Harith semoga awak bahagia tanpa saya"kata Adelia dengan deraian airmata.

Adelia melangkah keluar dari rumah itu dengan deraian airmata yang tidak dapat ditahan lagi.

'Melepaskan dan merelakan semuanya memang sangat sulit.Namun aku sudah lelah untuk bertahan,saatnya belajar untuk melepaskan...'

Kita tidak perlu menyalahkannya kerana perpisahan,kita juga tidak perlu menyalahkan diri sendiri kerana perceraian.Anggap saja itu takdir dan peringatan agar boleh menjadi lebih baik untuk pasangan masing-masing nantinya...

Adelia memberhentikan sebuah teksi untuk pulang ke rumah ibunya.Di dalam kereta dia hanya mendiamkan dirinya dia masih lagi belum menyangka hidupannya bersama orang dicintai sudah berakhir begitu sahaja.

Ada cinta dalam mempertahankan,ada cinta dalam melepaskan itu yang menimpa oleh Adelia.

Sesampainya di rumah ibunya dia menekan loceng rumah terlebih dahulu.Seseorang membuka pintu utama dan dia tidak lain tidak bukan adalah Puan Kaira ibu Adelia.Terkejut Puan Kaira bila melihat anaknya dengan membawa beg besar dan wajahnya sembab seperti baru menangis.

"Mak..."kata Adelia sambil menangis lalu memeluk ibunya itu.

Tergamam Puan Kaira bila anaknya menangis sebegitu.Dia masih lagi bingung apa yang menimpa anaknya itu.

"Adelia kenapa ni..kenapa bawa beg besar-besar ni"tanya Puan Kaira

"M-mak..Adelia d-dah bercerai"kata Adelia susah mahu membuka mulut.

Puan Kaira tergamam mendengarnya kemudian dia turut mengalirkan airmata.Sebagai ibu dia juga sakit hati bila mendengarnya apa lagi Adelia yang menanggung semuanya itu betapa sakitnya hati dia.

Adelia menceritakan semuanya apa yang menimpanya sambil menangis.Puan Kaira memeluk anaknya itu dengan erat.

"Adelia kena bersabar ye ini semua takdir..mungkin ada yang lebih baik untuk Adelia..jangan macam ni ye sayang"kata Puan Kaira sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Adelia pergi rehat dulu ye dalam bilik"kata Puan Kaira lalu meninggalkan Adelia.Adelia menganggukkan kepala lalu dia mengambil beg itu untuk naik ke atas belum sempat kakinya melangkah satu suara memberhentikan langkah Adelia.

"Perempuan jalang..kau patut pun diceraikan kau memang tak layak untuk Harith lah..tak sangka kau akan buat macam ni"kata Elia lalu beredar dari situ.

Adelia mengalirkan airmatanya itu sekali lagi dengan cacian itu sedangkan dia tidak pernah melakukan benda terkutuk itu.

Adelia menangis di dalam biliknya sepuas-puasnya kerana sesiapa pun tidak akan mendengar dia menangis.Dia mahu melepaskan kesemua kesedihan yang dia tanggung selama ini dan dia mahu mencari kebahagiaan sendiri dan juga mahu bermula kehidupan baru.

'Suatu hari kau akan mencintaiku seperti aku mencintaimu,memikirkanku seperti aku memikirkanmu,menangisi kepergianku seperti aku menangisi kepergianmu.Suatu hari engkau akan menginginkanku kembali,tapi aku sudah tak menginginkanmu...'

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience