BAB 16

Romance Series 21734

Angin bertiup kencang di Taman permainan itu,Adelia duduk di bangku yang disediakan di Taman itu sambil termenung sendirian.Tiba tiba dia tertancap pada sepasang kekasih yang berjalan sambil berpegangan tangan tanpa sedar bibir itu tersenyum manis melihat pasangan kekasih itu dan senyuman itu tidak lama lekang di bibir itu senyuman Adelia memudar.

"Kalau aku dengan Harith macam ni mesti best kan.."kata Adelia sendirian tanpa sedar dia mengalirkan airmatanya

Aira yang sudah lama berdiri di belakang Adelia melepaskan keluhan kecil,lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Adelia,dia memegang kedua bahu Adelia.

"Bila kau datang Aira"tanya Adelia sambil mengesat air matanya.

"kau tak payahlah nak mengesat air mata tu aku dah lama berdiri kat belakang tu"kata Aira,Adelia hanya menundukkan kepala.

"Ingatlah walau apa-apa pun jadi aku akan sentiasa ada dengan kau..kau lah satu satunya kawan aku,aku sayang kau Adelia"kata Aira lalu memeluk Adelia

"Terima kasih Aira sebab kau selalu ada untuk aku..aku pun sayang kau"kata Adelia lalu menyambut pelukan kawannya itu.

"So kita pergi jalan-jalan nak aku belanja aiskrim,kfc,dan banyak lagi nak tak nak tak"kata Aira kelakuan seperti budak kecil
Adelia tersengih menampakkan gigi putihnya itu pandai Aira mengambil hatinya.

Sesampainya di shopping mall mereka mengatur langkah memasuki shopping mall itu.

"Aira tu aiskrim jom cepat cepat"kata Adelia dengan teruja sambil menarik tangan kawannya itu

"Ishh..kau ni sabarlah..kang tak pasal aku jatuh dah lah aku pakai kasut tumit ni"kata Aira

"Hihihi...sape suruh pakai kasut tumit"kata Adelia

"Suka hati aku lah..kau ni pun..dah lah jom jom"kata Aira sambil memegang tangan Adelia

Selepas membeli aiskrim mereka mengatur langkah ke kerusi yang di sediakan di situ

"Adelia aku nak tanya satu benda boleh tak"tanya Aira

Adelia mengangguk sambil makan aiskrim

"Kenapa kau tak minta cerai je dengan Harith"kata Aira

"Aku tak boleh nak minta cerai..aku cintakan dia sangat-sangat Aira"kata Adelia dengan deraian air mata

"Maafkan aku kalau buat kau menangis..aku nak kau bahagia je..kalau kau hidup lagi dengan dia kau takkan bahagia hanya derita saje ada.."kata Aira

"Aku tahu tapi aku tak boleh..aku sayang dia"kata Adelia lagi

"Dah lah jangan nangis..aku akan doakan yang terbaik untuk kau"kata Aira

Di sebuah rumah seorang lelaki menghisap rokok sambil melihat ke arah jendela.

"So macam mana plan kita berjalan lancar tak"tanya lelaki itu

"Yes..tak lama lagi kau akan dapat Adelia..aku akan dapat Harith dan harta Harith"kata perempuan itu

"Bagus..jangan sampai dia syak kita faham..kalau tak siap kau"kata lelaki itu dengan nada geram

"Aku tahulah nak buat apa"kata perempuan itu

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience