BAB 8

Romance Completed 25394

" Ayah, kenapa ayah ajak uncle Faqih sekali tadi? Tadi kan semua family kita jer yang berkumpul. Uncle Faqih kan kawan ayah jer. Kenduri malam esok kan dia boleh datang " soal Safiya.

Ketika itu mereka di ruang tamu rumah. Mereka baru sahaja pulang daripada rumah Nek Mah.

" Uncle Faqih tu dah macam adik-beradik ayah jugak Fiya. Lagipun dah lama ayah tak jumpa dia. Banyak benda yang nak diborakkan. Lagipun ahli keluarga kita yang lain kenal sangat dengan uncle Faqih tu " jelas Encik Hisham.

Safiya mengangguk perlahan.

" Ariz balik bila? " soal Encik Hisham.

" Katanya esok. Mungkin petang baru dia sampai " jawab Safiya.

Dia sebenarnya bengang dengan Ariz. Sudah naik kebas jarinya mendail nombor lelaki itu tadi tetapi satu panggilan pun tidak berjawab. Ariz cuma menghantar mesej daripada aplikasi whatsapp yang mengatakan dia akan pulang esok.

" Fiya dah bersedia nak jadi isteri orang? " soal Encik Hisham tiba-tiba.

" Kalau tanya perempuan lain pun dia akan jawab tak ready. Tapi insya Allah Fiya akan cuba jadi isteri yang baik ".

Encik Hisham tersenyum kecil.

" Ayah yakin anak ayah ni akan jadi isteri yang solehah. Fiya tu satu-satunya anak ayah. Ayah nak yang terbaik untuk Fiya " .

" Insya Allah ayah " .

" Tadi uncle Faqih ada tanya tentang Fiya. Dia baru ingat nak pinang Fiya untuk Zafran. Tapi sayang Fiya dah bertunang. Dah nak kahwin dah pun".

Safiya tersenyum nipis.

" Fiya bukannya baik sangat ayah. Ramai lagi perempuan kat luar sana tu yang lagi baik daripada Fiya. Berapa umur Zafran tu? " .

" Tak silap ayah umur dia dah 28 tahun. Tua tiga tahun daripada Fiya kan. Umur macam ni sesuai sangat dah kalau nak kahwin " .

Safiya mengangguk-ngangguk. Benar tekaan Hani saat pertama kali dia melihat Zafran dulu, Hani meneka Zafran seorang lelaki yang berada. Encik Faqih memang lahir daripada keluarga yang berada. Dia juga mempunyai syarikat sendiri. Pasti Zafran juga mengikut jejak langkah ayahnya menjadi businessman.

" Nanti tiba masa sampailah jodoh dia tu " .

" Itulah. Uncle Faqih tu risau sangat Zafran tak kahwin-kahwin lagi. Zafran tu dah terbiasa hidup tanpa perempuan. Mak dia pun dah lama meninggal. Dia pulak anak tunggal. Sama macam Fiya " .

" Isteri uncle Faqih dah meninggal ke ayah? " soal Safiya.

Kali terakhir dia berjumpa dengan Encik Faqih dan Puan Mastura kira-kira 10 tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience