BAB 21

Romance Completed 25394

" Then kenapa tak beritahu? " soal Zafran. Tajam pandangannya pada Safiya.

" Benda ni tak penting. Jadi Fiya rasa tak patut pun beritahu abang " .

" Tak penting bagi awak. Tapi penting bagi saya. Ariz tu bekas tunang awak. Suami mana yang tak cemburu tengok isteri dia dengan bekas tunang? Sepatutnya awak beritahu saya " .

" Fiya minta maaf kalau dah buat abang terasa. Fiya tak berniat pun nak buat abang sakit hati " .

" Awak dah pun buat saya sakit hati. Awak buat saya ni macam tak penting dalam hidup awak. Saya ni suami awak. Saya berhak tahu. Bukannya awak diamkan jer " suara Zafran mula meninggi.

Sejujurnya Safiya memang lupa soal Ariz. Baginya tidak penting. Bukan niatnya untuk merahsiakan daripada Zafran. Lagipun dia ingin menjaga hati Zafran. Tapi dia silap. Zafran sudah salah faham dengannya.

" Fiya minta abang. Maafkan Fiya. Fiya janji Fiya tak akan buat lagi lepas ni " .

" Dah lah Fiya. Berkali awak minta maaf pun, hati saya ni tetap sakit " Zafran terus memakai kasutnya dan berlalu keluar daripada rumah.

Dia masuk ke dalam kereta dan beberapa minit kemudian keretanya meluncur laju meninggalkan rumah banglo dua tingkat itu. Air mata Safiya mengalir perlahan. Terasa hati dengan sikap Zafran. Namun dia tidak boleh menyalahkan Zafran.

Safiya cepat-cepat mengesat air matanya apabila tersedar dia sudah lambat untuk masuk ke pejabat. Dia segera mencapai tas tangannya. Hari ini terpaksalah dia memandu sendiri ke tempat kerja. Selalunya Zafran yang akan menghantar dan menjemputnya pulang.

Zafran terus memecut laju menuju ke Hospital Besar Melaka apabila mendapat panggilan telefon yang menyatakan Safiya kemalangan sewaktu pulang daripada pejabat. Bagai nak tercabut jantungnya saat mendengar berita itu.

Sampai sahaja di hospital, Zafran terus mencari wad yang menempatkan Safiya. Mujur kecederaan yang dialami oleh Safiya tidak teruk. Dia cuma luka di kepala dan badannya terhentak sedikit sewaktu kereta belakang melanggar keretanya dari arah belakang.

" Sayang " panggil Zafran lembut.

Dia rasa bersalah kerana telah mengabaikan Safiya. Kalau dia tidak bersikap begitu, pasti Safiya akan baik-baik saja dan tidak akan kemalangan.

Safiya membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang terhantuk pada stereng kereta masih lagi terasa sakit.

" Abang? " kabur-kabur sahaja wajah Zafran di hadapannya.

Zafran terus memeluk Safiya.

" Maafkan abang sayang. Maafkan abang. Semua ni salah abang. Kalau tak disebabkan abang mesti semua ni takkan terjadi " dahi Safiya dikucup lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience