BAB 6

Romance Completed 25394

Safiya bersiap-siap untuk ke rumah neneknya. Malam ini mereka sekeluarga akan berkumpul. Sudah menjadi kebiasaan buat mereka apabila ada kenduri, sehari sebelum kenduri mereka akan berkumpul bersama untuk membantu membuat persiapan kenduri dan meluangkan masa bersama.

Safiya memakai baju kurung cotton bercorak bunga kecil dipadankan pula dengan tudung bawal cotton berwarna dusty pink. Dia memakai baju kurung kerana malam ini Nek Mah mengajak mereka semua membaca yassin bersama-sama di rumahnya.

Setelah puas hati dengan penampilannya, Safiya terus keluar daripada bilik. Dia berjalan sendirian menuju ke rumah Nek Mah. Puan Adira dan Encik Hakim sudah berada di sana.

Sewaktu tiba di rumah Nek Mah, mata Safiya meliar memerhati sekeliling. Saudara maranya yang lain sudah ada yang sampai. Kaum lelaki rancak berborak di pangkin tepi rumah Nek Mah sementara menunggu waktu Isyak. Kanak-kanak pula ada bermain kejar-kejar di hadapan rumah.

Matanya tiba-tiba terpandangkan lelaki yang sedang duduk di bangku tepi pokok bunga orked milik Nek Mah.

" Siapa pulak tu? Macam pernah nampak sebelum ni " soalnya sendiri.

Dia cuba mengingati wajah lelaki itu. Rasanya dia pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini.

" Akmal, sini kejap " Safiya memanggil adik sepupunya yang sedang memerhatikan sepupu-sepupunya yang lain bermain kejar-kejar.

" Ya kak Fiya? " .

" Siapa lelaki tu ea? " soal Safiya sambil jarinya menunjukkan ke arah lelaki yang sedang duduk di bawah pokok itu.

" Oh tu anak kawan pak ngah. Mal tak ingat lah siapa nama dia. Kawan pak ngah pun ada sekali " jawab remaja berusia 19 tahun itu.

Safiya mengangguk perlahan.

" Oh okay-okay " .

Dia bersoal jawab dalam fikirannya. Sejak bila pulak ayahnya ada kawan lain selain kawan yang dia kenal selama ini. Gaya lelaki itu seperti orang kaya saja. Pasti bukan orang kampung ini.

Tiba-tiba matanya dan mata lelaki itu bertentangan buat seketika. Safiya cepat-cepat melarikan pandangan matanya. Lelaki itu tersenyum kecil pada Safiya.

Safiya hanya beriak biasa sahaja. Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Sempat dia menoleh semula ke arah lelaki itu. Lelaki itu masih memandang ke arahnya sambil tersenyum kecil.

Cepat-cepat Safiya masuk ke dalam rumah. Dia tidak selesa apabila lelaki itu memandangnya begitu.

Sebaik masuk ke dalam rumah, Safiya menjengah lelaki itu melalui tingkap. Lelaki itu sudah tiada. Dia terus menoleh ke belakang.

" Mak! " jerit Safiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience