BAB 14

Romance Completed 25394

Safiya tiba di kampungnya tepat jam 4.15 petang. Encik Hashim dan Puan Adira yang mendesaknya untuk pulang ke kampung. Katanya ada hal penting yang ingin dibincangkan.

" Assalamualaikum " laung Safiya.

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun. Mari masuk " Puan Adira terus mengajak anaknya itu masuk ke dalam rumah.

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ibu apa khabar? " soal Safiya.

" Alhamdulillah ibu sihat. Fiya? " .

" Fiya pun sihat " .

" Fiya tahu kan yang Ariz dah nikah minggu lepas? " .

Safiya mengangguk lemah.

" Anak ibu ni kuat kan. Fiya anggap jer lah jodoh Fiya dengan Ariz tak ada. Insya Allah ada lelaki yang lebih baik untuk Fiya " .

" Insya Allah ibu. Ayah mana? " .

" Ayah pergi kebun sekejap. Kejap lagi balik lah tu " .

" Sebenarnya ada apa ea ibu dengan ayah nak sangat Fiya balik? " soal Safiya.

" Ada orang hantar rombongan meminang Fiya. Ayah dah terima lamaran tu " .

" Ha? Ayah terima? Siapa ? " soal Safiya terkejut.

" Ayah terima sebab nak jaga air muka Fiya. Fiya tahu kan kad kahwin Fiya dah diedarkan. Ayah tak nak Fiya tanggung malu. Kebetulan ada yang menawarkan diri untuk jadi pengganti Ariz. Jadi ayah terima. Ibu pun setuju " jelas Puan Adira.

" Tapi ibu..Fiya tak tahu apa-apa pun. Fiya tak kenal pun siapa dia. Takkan Fiya nak kahwin dengan orang yang Fiya tak cinta? " .

" Fiya kenal dia. Anak uncle Faqih, Zafran. Dia yang tawarkan diri untuk kahwin dengan Fiya. Cinta tu boleh dipupuk Fiya " .

Safiya terkedu. Zafran? Tak mungkin lelaki itu yang akan menjadi suaminya nanti.

" Ibu, Fiya.. " .

" Fiya, ni untuk kebaikan kita. Fiya tak nak kan maruah keluarga kita tercalar? Ayah dah buat yang terbaik untuk Fiya. Fiya boleh belajar mencintai Zafran selepas kahwin " .

Safiya diam. Dia hilang kata-kata.

Safiya termenung sambil melihat bintang di langit. Lagi seminggu dia akan berkahwin dengan Zafran. Segala persiapan semuanya telah diuruskan oleh Zafran dan Puan Adira.

Safiya hanya menurut saja. Jika dahulu dia lah orang yang paling teruja apabila tarikh perkahwinannya semakin hampir. Namun itu semua sudah tiada ertinya lagi apabila orang yang dia cinta sudah bahagia dengan orang lain.

Bukan mudah untuk Safiya menerima Zafran di dalam hidupnya. Dia langsung tiada sekelumit perasaan pada lelaki itu. Perkahwinannya dengan Zafran hanya kerana ingin menutup malunya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience