BAB 9

Romance Completed 25394

" Ha'ah. Aunty Mastura meninggal sebab sakit " .

" Fiya tak tahu pun yang aunty dah meninggal. Bila dia meninggal? Sebab apa? " soal Safiya.

" Dah 7 tahun aunty Mastura meninggal. Uncle Faqih cakap aunty Mastura kanser tulang " .

Safiya mengangguk. Dia tidak sangka Puan Mastura sudah lama meninggal dunia. Patutlah dia hanya lihat Encik Faqih dan Zafran sahaja.

" Ariz balik bila? " soal Encik Hashim.

" Katanya esok. Petang esok sampailah dia agaknya " jawab Safiya.

Sebenarnya dia agak bengang dengan Ariz kerana sudah kebas jarinya mendail nombor Ariz, satu panggilan pun tidak berjawab.

" Ohh. Iyalah. Ayah masuk tidur dulu ya. Dah mengantuk ni. Ibu kamu dah mimpi sampai ke bulan agaknya. Fiya jangan tidur lewat pulak. Esok banyak benda nak buat " .

" Baiklah ayah. Selamat malam " .

" Selamat malam " .

Encik Hashim terus berlalu masuk ke dalam bilik. Tinggallah Safiya sendirian di ruang tamu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Ariz di skrin telefonnya.

" Hello. Assalamualaikum Fiya. Tengah buat apa tu? " soal Ariz di talian.

" Waalaikumsalam. Fiya tak buat apa pun. Baru balik daripada rumah nenek " .

" Oh. Mesti seronok kan tadi berkumpul ramai-ramai " .

" Ha'ah. Abang pulak tak ada ".

" Tu lah. Takpa esok abang balik. Lepas zohor abang gerak daripada rumah. Petang esok Insya Allah abang sampai " .

" Okay. Abang tengah buat apa tu? Dah makan? " .

" Abang baru balik office. Belum sempat makan lagi. Sekejap lagi abang masak jer lah maggie " .

" Baru balik? Lewatnya abang balik. Banyak sangat ke kerja dekat office tu? Kesian abang. Makan maggie jer. Kalau abang ada kat sini, macam-macam makanan ada. Lauk favourite abang pun nenek ada masakkan tau tadi " .

" Ha'ah banyak kerja Fiya. Nak buat macam mana kan. Terpaksalah abang korbankan masa. Iya ke? Abang pun rindu sangat nak makan masakan nenek. Esok abang balik, abang makan puas-puas " .

" Fiya tunggu abang balik " .

" Sebenarnya Fiya, abang ada hal penting nak bincang dengan semua orang " .

" Hal apa? " soal Safiya.

" Susah kalau nak cakap dalam telefon. Esok abang beritahu. Okaylah abang dah nak letak telefon ni. Assalamualaikum jumpa esok " .

" Okay. Waalaikumsalam " .

Panggilan terus ditamatkan. Safiya rasa tidak sedap hati. Fikirannya melayang memikirkan hal penting yang ingin dibincangkan oleh Ariz.

Safiya terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Matanya juga sudah mula mengantuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience