BAB 5

Romance Completed 25394

Tepat jam 6.15 petang, Safiya tiba di kampung halamannya. Sudah dua bulan dia tidak pulang kerana sibuk dengan kerja.

" Assalamualaikum " laung Safiya.

" Waalaikumusalam. Haa sampai pun anak ibu " Puan Adira terus mendapatkan anak tunggalnya itu.

Safiya terus bersalaman dengan Puan Adira. Mereka berpelukan seketika melepaskan rindu.

" Ibu sihat? " soal Safiya.

" Alhamdulillah ibu sihat. Fiya sihat? Macam mana perjalanan tadi? Okay tak? " soal Puan Adira.

Pada awalnya dia agak risau Safiya memandu seorang diri kerana anaknya itu sudah lama tidak memandu sendiri pulang ke kampung.

" Alhamdulillah semuanya okay ibu. Cuma tu lah Fiya letih sikit ni. Ayah mana? " .

" Oh ayah pergi teman nenek jemput orang-orang kampung untuk kenduri esok " .

Safiya mengangguk faham.

" Oh okay-okay. Ibu masak apa hari ni? " .

" Masak lauk kegemaran Fiya lah. Ketam masak lemak cili api. Suka tak?" .

" Yeke ibu? Yeay tak sabarnya nak makan " sorak Safiya riang.

Puan Adira tersenyum kecil melihat anaknya itu.

" Ariz balik esok ya? " soal Puan Adira.

Mereka berdua sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ha'ah ibu. Banyak kerja katanya. Tu yang tak boleh balik hari ni " .

" Biasalah tu. Fiya selalu tak jumpa Ariz kat sana? " .

Safiya diam seketika.

" Ariz asyik sibuk jer ibu. Kita orang pun memang dah jarang jumpa. Walaupun dekat jer " .

" Ibu harap Fiya faham lah keadaan Ariz tu. Dalam hubungan ni kena mengalah sikit " .

" Fiya okay jer ibu. Cuma tu lah majlis kan dah nak dekat. Banyak persiapan yang nak kena buat " .

" Takpa. Nanti ibu dengan mak long tolong Fiya uruskan semua tu " .

Safiya mengangguk.

" Terima kasih ibu " .

" Sama-sama. Dah Fiya pergilah rehat dulu. Ibu nak jengah rumah nenek sekejap. Mana tahu kot-kot ada benda yang nak dibuat. Malam nanti Fiya jangan lupa datang rumah nenek pulak " .

" Okay ibu. Fiya masuk bilik dulu ea. Nanti Fiya datang rumah nenek " .

" Haa iyalah " .

Safiya terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Puan Adira pula sudah berlalu menuju ke rumah Nek Mah. Jarak rumah Nek Mah hanya selang dua buah rumah sahaja dengan rumah mereka. Jalan kaki sahaja sudah sampai.

Sebaik masuk ke dalam bilik, Safiya terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia meregangkan tubuhnya. Disebabkan dia sudah lama tidak memandu jauh, tubuhnya terasa lenguh-lenguh kerana tidak biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience