BAB 7

Romance Completed 25394

" Mak! " .

Safiya terkejut apabila lelaki yang dia lihat tadi tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya sambil tersenyum.

" Awak ni kenapa ha? " marah Safiya.

Dia mengurut dadanya. Mujur sahaja dia tiada penyakit jantung kalau tidak sudah lama mati terkejut.

" Kita macam pernah kenal lah. Awak masih ingat saya? " soal lelaki itu.

Safiya memandang lama wajah lelaki itu. Dia cuba untuk mengingat. Belum sempat Safiya menjawab, namanya sudah dipanggil oleh ayahnya.

" Fiya sini sekejap " panggil Encik Hisham.

Safiya terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum kecil pada Encik Hisham.

" Ya ayah? " soal Safiya.

" Nenek cari Fiya kat dapur tu " beritahu Encik Hisham.

" Oh okay. Fiya pergi dapur dulu " baru selangkah, Encik Hisham memanggilnya lagi.

" Fiya, sekejap " .

Safiya menoleh.

" Kenapa? " soalnya hairan.

" Fiya kenal Zafran ke? " soal Encik Hisham.

" Zafran? " soal Safiya semula.

Encik Hisham mengangguk.

" Ha'ah Zafran. Yang tu " jarinya dihalakan pada Zafran yang sudah keluar daripada rumah semula.

" Tak. Fiya tak kenal " Safiya menggelengkan kepalanya.

" Ayah ingat Fiya dah kenal. Zafran tu anak uncle Faqih " beritahu Encik Hisham.

Safiya hanya mengangguk.

" Dah. Fiya pergilah tengok nenek kat dapur tu " .

" Okay " Safiya terus berlalu ke dapur semula.

Zafran? Safiya baru teringat lelaki itu lah yang melanggarnya minggu lepas di Mahkota Parade. Rupanya dia anak uncle Faqih. Kata Safiya dalam hati.

Encik Faqih ialah kawan baik Encik Hisham ketika mereka masih sekolah lagi. Selepas habis sekolah Encik Faqih telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sejak itu mereka jarang bertemu. Kadang-kadang sahaja Encik Faqih pulang ke kampung. Safiya tidak menyangka Zafran ialah anak kepada Encik Faqih. Sebelum ini dia tidak pernah tahu siapa anak Encik Faqih.

Selepas menunaikan solat Isyak dan bacaan Yasin, kaum wanita mula sibuk menghidangkan makanan untuk mereka makan.

Safiya membawa lauk-pauk yang telah siap diletakkan di dalam mangkuk ke ruang tamu untuk dihidangkan pada ahli keluarganya.

Saat itu matanya bertentangan dengan Zafran. Zafran tersenyum lagi padanya.

" Fiya, bagi lauk tu dekat Zafran " kata Puan Adira.

" Alah kena bagi dekat dia ke ibu? " soal Safiya.

" Iya. Daripada tadi Zafran yang tolong susun lauk-pauk tu " jawab Puan Adira sebelum berlalu ke dapur semula.

Safiya terus melangkah ke arah Zafran.

" Awak dah ingat siapa saya? " soal Zafran.

Safiya tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menghulurkan mangkuk lauk itu pada Zafran dan terus berlalu ke dapur semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience