BAB 1

Romance Completed 25394

Safiya mengeluh perlahan. Sudah naik lenguh jarinya mendail nombor Ariz. Tapi satu panggilan pun tidak bersambut.

Entah kenapa semakin hari Ariz semakin berubah. Tunangnya itu sudah tiada masa langsung untuk dirinya. Bila ditanya jawapannya ialah sibuk kerja.

" Call siapa tu? " tegur Hani.

Hani melabuhkan punggungnya di sebelah Safiya.

" Kenapa ni? " soalnya apabila Safiya tidak menjawab soalannya.

" Ariz. Aku tak tahu kenapa dengan dia. Makin lama dia makin berubah. Aku call dia sebab nak settle kan persiapan perkahwinan kita orang jer. Bukannya nak ganggu dia " cerita Safiya.

" Mungkin dia sibuk agaknya " .

" Takkanlah 24 jam sibuk. Majlis kita orang lagi 3 bulan jer. Banyak benda yang kita orang nak prepare " .

" Sabar eh Fiya. Nanti dia call lah balik tu " pujuk Hani.

" Ni hujung minggu ni kau tak balik kampung? " soal Hani.

" Ikutkan aku memang nak balik kampung. Balik sekali dengan Ariz. Tapi tu lah tak tahu jadi ke tak " .

Safiya dan Ariz ialah sepupu. Ibu Safiya adik kepada ibu Ariz. Jadi setiap kali pulang ke kampung mereka akan pulang bersama memandangkan rumah ibu bapa mereka juga bersebelahan sahaja.

" Ohh " Hani mengangguk faham.

" Hani, jom kita keluar. Makin aku fikir, makin serabut kepala aku " .

Hani ketawa kecil.

" Boleh jer. Nak pergi mana? ".

" Kita pergi makan ke. Shopping ke " .

" Okay nice. Dah pergi siap " .

" Yeay thank you. Ni yang sayang kau lebih " .

Hani hanya ketawa. Hubungan persahabatan mereka memang rapat. Sejak daripada zaman universiti sehinggalah mereka berdua sudah masuk ke alam pekerjaan. Kebetulan, mereka bekerja di syarikat yang sama.

Safiya memilih untuk memakai blouse berwarna dusty pink. Dipadankan pula dengan seluar jeans berwarna putih. Tudung berwarna senada dengan seluarnya menjadi pilihan.

Sedikit lipstick berwarna nude dioles pada bibirnya. Minyak wangi jenama victoria secret disembur sedikit pada badannya. Setelah puas melihat penampilannya di cermin, Safiya terus mencapai tas tangan jenama dior dan berlalu keluar daripada biliknya.

IPhone 6s nya tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej masuk. Safiya pantas membuka mesej itu.

From : Ariz
Sorry sayang. I'm busy right now. See you soon.

Safiya mengeluh perlahan. Dia sudah mengagak jawapan Ariz.

" Ariz mesej ke? " soal Hani yang baru keluar daripada biliknya.

" Ha'ah " .

" So apa jawapan dia kali ni? " .

" Copy paste jawapan biasa dia " .

Hani ketawa kecil. Dia faham maksud Safiya.

" Dah biarlah dia. Jom kita pergi enjoy! " .

Safiya ketawa melihat gelagat Hani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience