BAB 18

Romance Completed 25394

" Fiya tak tahu macam nak balas, tapi terima kasih sangat-sangat " Safiya sudah menukar kata ganti namanya.

Zafran tersenyum kecil.

" Cukup Fiya balas dengan cinta Fiya pada abang " .

Tanpa sedar bibir Safiya juga mengukirkan senyuman.

" Fiya akan cuba. Fiya akan belajar untuk cintakan abang " .

" Apa Fiya cakap tadi? " soal Zafran.

" Fiya cakap, Fiya akan cuba. Fiya akan belajar untuk cintakan abang " ulang Safiya semula.

" Fiya panggil abang? " soal Zafran.

Safiya baru tersedar. Dia sudah mula memanggil Zafran 'abang'.

" Ha'ah tak boleh ke? " soal Safiya.

" Ehh boleh sangat " .

Mereka sama-sama ketawa. Ariz yang melihat kemesraan mereka hanya mampu menahan rasa. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa cemburu melihat kebahagiaan Safiya dan Zafran. Padahal cintanya pada Safiya sudah beralih arah pada Erni.

Hari ini Zafran dan Safiya akan pulang semula ke Melaka. Memandangkan cuti mereka tinggal lagi 3 hari saja. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Zafran memang tinggal di Melaka. Kerana dia mempunyai syarikat sendiri di Melaka. Encik Faqih pula tinggal di Kuala Lumpur memandangkan syarikatnya berada di sana.

" Fiya kerja dekat mana ea? Abang lupa nak tanya " soal Zafran.

Ketika itu mereka di dalam kereta.

" Maju Holdings " jawab Safiya.

" Oh Maju Holdings. Dah dekat dah tu dengan office abang. Nanti kita boleh pergi kerja sekali. Abang hantarkan Fiya nanti. Dah lama Fiya kerja dekat situ? " .

" Apa nama office abang? Lebih kurang 2 tahun Fiya dah kerja kat situ" .

" Zafran Global Resources " .

" Lah tu rupanya syarikat abang. Fiya kenal sangat " .

Zafran ketawa kecil.

" Siapa sangka selama ni kita dekat jer kan " .

" Tu lah. Cantik jer Allah aturkan " .

" Allah tu sebaik-baik perancang " .

Zafran membawa Safiya ke rumah sewa Safiya dan Hani terlebih dahulu untuk mengambil barang-barang milik Safiya. Selepas ini terpaksalah Hani mencari housemate yang baru menggantikan Safiya.

" Fiya! " Hani berlari mendapatkan Safiya.

Ketika majlis perkahwinan Safiya, Hani tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menjaga maknya yang sakit di hospital.

" Fiya congrats tau. Sorry sangat sebab aku tak dapat datang wedding kau " .

" I'ts okay lah. Aku faham " .

" Lepas ni dah tak ada dah orang yang nak masakkan aku makanan yang aku teringin nak makan " .

Safiya ketawa kecil.

" Macam lah kita tak jumpa lagi. Kita satu office kan. Hari-hari kau hadap muka aku " .

" Ha'ah jugak kan. Ermm naik jemu lah aku hadap muka kau " .

Mereka sama-sama ketawa. Zafran hanya menjadi pemerhati dua rakan baik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience