BAB 11

Romance Completed 25394

Pagi itu selepas mereka bersarapan, Ariz meminta ahli keluarganya dan ahli keluarga Safiya berkumpul di rumah Nek Mah. Ahli keluarga mereka yang lain kebanyakannya sudah pulang ke rumah memandangkan esok hari isnin dan semua sudah mula bekerja seperti biasa.

Petang nanti Safiya akan pulang ke Melaka semula. Memandangkan esok dia sudah mula bekerja.

" Ariz nak bincang pasal apa? " soal Encik Hisham.

" Macam ni pak ngah, mak ngah, Fiya, nenek, mak, abah. Ariz nak bincang pasal Ariz dengan Fiya " .

" Pasal majlis perkahwinan kamu berdua ke? " soal Nek Mah pula.

Ariz tersenyum kelat. Sebenarnya dia tidak tahu bagaimana ingin mulakan ayatnya.

" Ariz nak batalkan perkahwinan Ariz dengan Fiya " .

Semua yang berada di situ terkejut.

" Apa kau cakap ni Ariz? " marah Puan Aini, ibu Ariz.

" Kau jangan buat pasal Riz. Majlis lagi tiga bulan jer " marah Encik Razif pula.

" Ariz minta maaf sangat-sangat. Ariz tak nak lukakan hati sesiapa. Tapi Ariz tak boleh tipu diri Ariz. Ariz terpaksa. Ariz tak nak Ariz kahwin dengan Fiya tapi tak bahagia. Jadi lebih baik Ariz berterus terang dengan semua " .

Air mata Safiya sudah mengalir. Patutlah selama ini Ariz sudah banyak berubah.

" Tapi kenapa? " soal Safiya. Dia cuba mencari kekuatan.

" Abang dah jumpa perempuan lain. Abang dah mula sayang dan cintakan dia. Dan abang dah rancang untuk kahwin dengan dia hujung bulan ni. Maafkan abang Fiya. Perasaan abang pada Fiya selama ni dah hilang " .

Bagai disiat-siat hati Safiya saat mendengar pengakuan Ariz. Mudahnya hati Ariz berubah pada perempuan lain.

" Eh Ariz kau sedar tak apa kau cakap ni? Mana nak letak muka mak ni? Ha? Kau jangan buat perangai boleh tak? Kad jemputan semuanya dah diedarkan. Kau ingat Fiya ni tak ada air muka ke? Suka-suka hati kau buat dia macam tu? " marah Puan Aini. Naik darahnya melihat anak sulungnya itu.

" Ariz minta maaf. Ariz memang tak boleh nak teruskan perkahwinan ni".

" Ariz, anak pak ngah ni ada maruah. Pak ngah pun ada maruah. Apa kata orang nanti kalau perkahwinan ni tak jadi? Mana kami nak letak muka? Jangan pentingkan diri " Encik Hisham yang daripada tadi diam mula bersuara.

" Betul tu Ariz. Jangan lah buat kami macam ni " kata Puan Adira pula.

" Pak ngah, mak ngah, Fiya, Ariz minta maaf sangat-sangat " .

Safiya terus bangun dan berlalu keluar daripada rumah Nek Mah. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar kata-kata Ariz. Semakin Ariz minta maaf, semakin hancur hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience