BAB 20

Romance Completed 25394

Zafran melihat gambar-gambar yang dihantar oleh PA nya, Nora. Api cemburu mula membakar dirinya. Gambar-gambar Safiya dan Ariz ditatap lama. Kemudian Zafran mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil. Dia meraup wajahnya kasar.

" Abang " panggil Safiya.

Dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.

Zafran tidak menjawab. Sebaliknya dia terus berlalu keluar daripada bilik. Safiya terpinga-pinga.

" Abang, kenapa ni? " Safiya mengejar langkah Zafran.

Dia pelik dengan Zafran. Ketika pulang daripada pejabat tadi elok sahaja. Tiba-tiba sahaja suaminya itu berubah laku.

" Abang " panggil Safiya lagi.

Zafran tidak menjawab. Dia duduk di atas sofa di ruang tamu. Tali leher dilonggarkan. Lengan baju kemejanya dilipat sehingga ke siku.

" Abang, kenapa ni? Fiya tanya kan. Jawab lah " soal Safiya.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Zafran. Zafran tidak sedikit pun memandang ke arahnya. Malah suaminya itu pura-pura tidak dengar. Matanya fokus pada kata televisyen.

" Abang dengar ke tak ni? " soal Safiya lagi.

Suaranya mula meninggi. Hilang sabarnya dengan sikap Zafran.

" Apa lagi Safiya? Apa lagi awak nak?" soal Zafran keras.

Akhirnya dia bersuara juga. Panggilan 'sayang' sudah tiada lagi.

" Abang ni kenapa? Apa Fiya buat sampai abang nak marah Fiya macam ni? " soal Safiya geram.

" Fikirlah sendiri. Tak kan lah tak tahu salah sendiri " .

" Serius Fiya memang tak tahu. Kalau Fiya salah Fiya minta maaf. Tapi tolonglah beritahu Fiya apa salah Fiya? " .

" Esok awak drive sendiri pergi kerja" Zafran terus bangun dan berlalu ke tingkat atas.

Safiya tergamam. Dia cuba mencari kesilapannya. Rasanya dia tiada buat apa-apa perkara yang Zafran tidak suka.

Pagi itu Safiya terlewat bangun. Selalunya Zafran yang akan mengejutkannya untuk solat subuh. Tapi malam semalam Zafran tidur di bilik tetamu. Safiya terkocoh-kocoh menyediakan sarapan untuk Zafran. Dia sempat membakar beberapa keping roti sahaja.

" Abang, Fiya dah siapkan breakfast " panggil Safiya sebaik melihat Zafran turun daripada tangga.

Zafran hanya membuat tidak endah. Dia terus menuju ke muka pintu. Safiya cepat-cepat mengejar langkahnya.

" Abang marahkan Fiya sebab Fiya jumpa Ariz hari tu? " soal Safiya.

Puas dia cuba mencari salahnya semalam. Akhirnya baru dia teringat tentang pertemuannya dengan Ariz hari itu.

Zafran tersenyum sinis.

" Bagus lah kalau dah tahu " .

" Fiya tak ada apa-apa pun dengan dia. Fiya kan isteri abang. Waktu Fiya tunggu abang tu tiba-tiba jer Ariz muncul. Fiya tak layan dia pun. Abang dah salah faham "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience