BAB 15

Romance Completed 25394

" Aku terima nikahnya Safiya Aisya' Binti Hashim dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .

Dengan sekali lafaz, Safiya sah bergelar isteri kepada Zafran. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia dia dan Ariz bertukar menjadi hari pernikahan dia dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Safiya memandang ke arah pintu. Mata dia dan Ariz bertentangan buat seketika. Ariz menghadiahkan senyuman kecil pada Safiya. Safiya terus mengalihkan pandangannya.

Zafran bangun dan melangkah ke arah Safiya untuk sesi pembatalan air sembahyang.

" Hulur tangan tu sayang " kata Puan Adira.

Safiya menghulurkan tangannya untuk Zafran menyarungkan cincin perkahwinan mereka di jari manisnya. Kemudian Safiya menyalami tangan Zafran. Zafran terus mengucup dahi Safiya. Air mata Safiya mengalir perlahan.

" Jangan menangis " Zafran mengesat air mata yang mengalir di pipi Safiya dengan ibu jarinya.

Safiya tergamam seketika.

Rumah Encik Hashim dan Puan Adira meriah dengan saudara-mara dan jiran tetangga yang membantu untuk persiapan kenduri kahwin Safiya dan Zafran esok.

" Fiya " .

Langkah kaki Safiya terhenti. Selepas akad nikah tadi, dia berjumpa dengan saudara-mara dan rakan-rakannya yang hadir. Dia masih belum menunaikan solat asar jadi dia ingin masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat. Tetapi namanya dipanggil oleh seseorang. Safiya menoleh.

" Fiya, tahniah. Abang doakan semoga Fiya bahagia dengan Zafran " ucap Ariz.

Safiya tidak membalas. Sebaliknya dia terus berlalu masuk ke dalam bilik. Zafran yang juga ingin melangkah masuk ke dalam bilik sempat melihat mereka berdua. Setelah Ariz berlalu pergi barulah Zafran melangkah masuk ke dalam bilik.

Safiya duduk di birai katil. Air matanya laju saja mengalir. Bukannya dia tidak redha dengan perkahwinan ini, tapi sebak bertandang di hatinya apabila mengingatkan dia dan Ariz tidak jadi kahwin.

Safiya agak terkejut apabila pintu biliknya terbuka. Muncul wajah Zafran di muka pintu.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab Safiya perlahan.

" Fiya okay? " soal Zafran.

Safiya mengangguk perlahan. Zafran melangkah mendekati Safiya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Safiya.

" Kenapa? " soal Safiya.

" Kenapa apa? " soal Zafran semula.

" Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Kenapa awak nak selamatkan maruah saya dan keluarga saya? " soal Safiya.

Zafran tersenyum nipis.

" Sebab abang yakin Fiya jodoh abang" jawab Zafran yakin.

" Mana awak tahu saya jodoh awak?".

" Mana Fiya tahu yang abang bukan jodoh Fiya? " soalan dibalas dengan soalan semula oleh Zafran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience