BAB 10

Romance Completed 25394

Rumah Nek Mah mula sibuk dengan kehadiran jiran tetangga yang membantu memasak untuk kenduri malam nanti.

Safiya turut membantu apa yang patut. Dia mengemas halaman rumah Nek Mah. Safiya menyapu daun-daun kering yang bertaburan di halaman rumah. Tanpa dia sedar sejak daripada tadi ada mata yang memerhatikannya.

" Kak Fiya " tegur Akmal.

" Eh Mal. Curi tulang ea? Dah siap susun belum meja dengan kerusi bawah khemah tu? " .

" Dah. Semua dah settle. Kerja akak dah siap ke belum? Mal tengok banyak lagi daun-daun kering yang nak kena sapu " kata Akmal sambil matanya meliar memerhati laman.

" Haa tahu pun. Kalau macam tu, tak reti-reti nak tolong akak ke? " .

Akmal tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur.

" Mal nak round kampung ni sekejap. Nak bawak abang Zaf. Abang Zaf cakap dia nak tengok suasana dekat kampung ni " .

" Abang Zaf? Abang Zaf mana pulak ni? Orang sibuk-sibuk nak buat persiapan kenduri. Dia sibuk nak round satu kampung " .

" Abang Zafran. Haa tu pun dia " Akmal melambai ke arah Zafran yang sedang melangkah ke arah mereka berdua.

Safiya mengeluh perlahan. Mamat ni rupanya.

" Hai Fiya " tegur Zafran sambil tersenyum.

Safiya tidak membalas. Sengaja dia pura-pura tak dengar.

" Jom bang. Mal bawak abang round satu kampung " ajak Akmal.

" Kak Fiya, Mal pergi dulu ea. Sapu bersih-bersih ya. Jangan curi tulang " sempat Akmal menyakat Safiya sebelum berlalu.

Zafran ketawa kecil melihat wajah cemberut Safiya.

" Jangan curi tulang tau " pesan Zafran pula sebelum dia berlalu pergi.

Tajam sahaja pandangan Safiya.

" Eiii besar kecik, besar kecik jer aku tengok dia " Safiya merengus geram.

Malam itu rumah Nek Mah meriah dengan kehadiran tetamu. Tiga buah khemah terpacak di hadapan rumah. Nek Mah membuat kenduri pada malam ini untuk tahlil arwah suaminya dan ahli keluarga yang sudah tiada. Setiap tahun memang Nek Mah akan membuat kenduri tahlil di rumah.

" Fiya " tegur Ariz.

" Eh abang. Dah siap kemas ke dekat luar tu? " soal Safiya yang sedang sibuk membasuh pinggan kotor yang digunakan untuk tetamu makan sebentar tadi.

" Belum. Tinggal sikit lagi. Cuma nak kemas-kemas kerusi jer ".

" Fiya, abang sebenarnya nak bincang dengan Fiya. Dengan ahli keluarga kita. Tapi semua macam tengah sibuk jer. Masing-masing dah penat. Kalau abang cakap esok jer boleh? " .

" Boleh jer abang. Fiya pun kesian tengok dia orang. Semuanya penat " .

Ariz mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience