BAB 12

Romance Completed 25394

Safiya menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia menghamburkan tangisannya. Teganya Ariz melakukan dia seperti ini. Patutlah selama ini Ariz berubah. Rupa-rupanya dia ada perempuan lain. Paling menyakitkan Safiya, Ariz ingin berkahwin dengan perempuan itu hujung bulan ini. Bagaimana dengan dirinya? Di mana dia ingin letakkan muka?

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Safiya diketuk daripada luar.

" Fiya bukak pintu ni. Abang nak cakap dengan Fiya sekejap " .

Safiya menutup telinganya. Dia benci mendengar suara Ariz.

" Pergi! Pergi daripada sini! " jerit Safiya.

Dia sudah tidak sanggup untuk terluks lagi. Safiya pantas mengemas baju-bajunya dan dimasukkan ke dalam beg. Dia mahu pulang ke Melaka sekarang juga.

Ariz dihurung perasaan bersalah. Bukan niatnya untuk menyakiti. Tapi dia terpaksa jujur dengan perasaannya sendiri.

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Ariz. Ariz memegang pipinya yang ditampar oleh Encik Razif.

" Kau memang sengaja nak malukan keluarga kau sendiri ya?! Anak tak guna " jerkah Encik Razif.

Ariz tunduk.

" Ariz minta maaf abah. Bukan niat Ariz nak malukan keluarga kita. Tapi Ariz memang tak boleh kahwin dengan Fiya. Perasaan Ariz pada Fiya dah hilang " .

" Kenapa Riz? Kenapa Ariz buat macam ni? " soal Puan Aini.

Dia malu dengan keluarga adiknya itu.

" Mak, tolong faham Ariz mak " .

" Aku takkan pernah restu perkahwinan kau dengan perempuan tu. Kau nak nikah ke nk buat apa ke, aku tak nak masuk campur lagi " marah Encik Razif. Tajam pandangannya terhadap Ariz.

" Ibu, ayah. Fiya balik dulu ya? " Safiya menyalami tangan Puan Adira dan Encik Hashim.

Berat hati Puan Adira dan Encik Hashim untuk melepaskan Safiya pulang sendiri ke Melaka. Dia takut apa-apa terjadi pada anak tunggalnya itu. Lagi-lagi dalam keadaan emosi anaknya yang tidak stabil itu.

" Fiya drive elok-elok ya. Jangan terlalu fikirkan sangat apa yang terjadi. Ayah tahu anak ayah ni kuat" pesan Encik Hashim.

Safiya mengangguk perlahan. Matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis.

" Insya Allah ayah. Nanti kalau ada cuti panjang, Fiya balik ya " .

" Jaga diri ya nak. Nanti satu sampai Melaka, telefon ibu " .

" Baiklah ibu. Ibu dengan ayah pun jaga diri. Jangan risaukan Fiya. Fiya okay. Fiya balik dulu ya. Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " .

Safiya terus masuk ke dalam kereta. Sempat dia berjumpa dengan Nek Mah sebelum dia pulang tadi. Mak long dan pak longnya juga dia sempat berjumpa. Cuma Ariz saja dia tidak jumpa. Dia belum ada kekuatan untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience