BAB 19

Romance Completed 25394

Sedar tidak sedar sudah hampir tiga bulan rumah tangga yang dibina oleh Safiya dan Zafran. Hubungan mereka juga sudah semakin baik. Safiya sudah boleh menerima kehadiran Zafran di dalam hidupnya.

Hari ini dia sudah berjanji dengan Zafran untuk makan tengahari bersama. Sudah seminggu mereka tidak dapat makan tengahari bersama kerana Zafran sibuk dengan client. Safiya menanti Zafran di hadapan pejabatnya.

Sementara menunggu Zafran menjemputnya, Safiya membuka laman sosial instagram miliknya. Sudah lama dia tidak membuka akaun instagram nya itu. Safiya tersenyum sendiri apabila melihat gambarnya yang telah dimasukkan oleh Zafran di dalam akaun instagram nya dengan caption 'I miss you badly sayang'. Safiya akui Zafran memang lelaki yang sangat romantik. Berbeza dengan Ariz.

" Assalamualaikum Fiya " .

Safiya mengangkat wajah memandang pemilik suara itu.

" Ariz? " .

" Fiya tak jawab pun salam abang " Ariz tersenyum kecil.

" Waalaikumsalam " .

" Fiya sihat? " tanya Ariz.

" Awak buat apa kat sini? " soal Safiya. Dia tidak menjawab soalan Ariz.

Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Takut-takut ada orang luar yang melihat mereka berdua. Status Safiya sebagai seorang isteri membuatkan dia berjaga-jaga suoaya tidak timbulnya fitnah. Tambahan pula Ariz ialah bekas tunangnya. Tidak manis jika dipandang orang.

" Abang saja lalu kat sini. Nampak Fiya pulak. Tu yang saja tegur. Makin cantik Fiya sekarang. Dah lama abang tak jumpa Fiya " .

Kali terakhir dia berjumpa dengan Safiya ketika majlis perkahwinan Safiya di kampung. Sejak daripada itu dia tidak berjumpa dengan Safiya lagi. Dia pernah cuba untuk menghubungi Safiya tetapi tidak berjaya kerana Safiya sudah pun menukar nombor telefonnya.

" Awak nak apa sebenarnya ni Ariz?" soal Safiya dingin. Dia malas mahu melayan Ariz.

" Fiya masih marahkan abang ke dengan apa yang abang dah buat dulu? " soal Ariz.

Safiya ketawa mengejek.

" Untuk apa saya marah? Saya pun dah bahagia dengan orang yang saya cinta. Kalau tak disebabkan awak, saya takkan kahwin dengan Zafran. Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada awak sebab dah tinggalkan saya " .

" Baguslah kalau Fiya dah bahagia. Abang doakan semoga rumah tangga Fiya kekal bahagia hingga ke akhir hayat " .

" Okay " jawab Safiya selamba.

" Abang balik dulu. Ada masa kita jumpa lagi. Sampaikan salam abang pada Zafran. Assalamualaikum " Ariz terus berlalu pergi.

" Waalaikumsalam " .

Safiya menghantar pemergian Ariz. Jika dulu lelaki itu lah yang bertakhta dihatinya. Tapi tidak lagi sekarang. Semuanya sudah berakhir. Cerita dia dan Ariz sudah tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience