BAB 16

Romance Completed 25394

Safiya mengetap giginya. Zafran memang sengaja ingin mengenakannya.

" Fiya, abang buat semua ni ikhlas. Abang memang betul-betul nak kahwin dengan Fiya. Since pertama kali kita jumpa, abang memang dah jatuh cinta pada Fiya. Abang harap kita jumpa lagi lepas pertemuan pertama tu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa abang. Abang jumpa Fiya semula. Rupanya Fiya anak kawan baik papa abang. And now siapa sangka Fiya dah sah pun jadi isteri abang " Zafran tersenyum memandang Safiya.

Safiya terkedu seketika mendengar luahan hati Zafran. Tiba-tiba tangannya digenggam erat oleh Zafran.

" Abang tahu Fiya terluka dengan apa yang bekas tunang Fiya dah buat. Fiya jangan risau. Abang akan jadi ubat penyembuh luka di hati Fiya " tangan Fiya dikucup lembut.

Safiya menarik semula tangannya yang berada di dalam genggaman Zafran. Dia tidak selesa diperlakukan begitu. Tambahan pula dia baru sahaja mengenali Zafran.

" Macam mana awak boleh cakap yang awak cintakan saya sedangkan kita baru jer jumpa? " soal Safiya.

Zafran tersenyum kecil.

" Cinta pandang pertama. Fiya tak percaya dengan cinta pandang pertama? " .

Safiya menggeleng perlahan.

" Abang akan buktikan pada Fiya nanti. Tapi sekarang ni kita kena solat asar dulu. Dah lewat ni. Tak baik lewat-lewatkan solat. Abang pergi ambil wudhuk sekejap. Kita solat berjemaah " .

Safiya mengangguk setuju. Zafran terus melangkah ke bilik mandi. Songkok yang berada di kepalanya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja solek.

Majlis perkahwinan Safiya dan Zafran berjalan lancar. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis. Biarpun pengantin lelaki tidak sama seperti yang tertera di kad jemputan, tiada siapa yang perasan. Cuma ahli keluarga Safiya sahaja yang tahu.

Safiya juga brsyukur kerana dengan adanya Zafran, dapat menyelamatkan maruah keluarganya.

Hari sudah petang, tetamu juga sudah pulang. Hanya tinggal ahli keluarga terapat sahaja. Kaum lelaki juga sudah mula mengemas meja.

Safiya dan Zafran sudah menukar pakaian pengantin kepada pakaian duduk rumah. Mereka juga turut membantu mengemas apa yang patut.

Safiya menanti Zafran di bawah khemah. Katanya tadi hendak mengambil telefon bimbit di dalam bilik.

" Hai Fiya. Congratulation " ucap Erni yang tiba-tiba muncul.

Entah kenapa Safiya merasakan Erni seolah mengejeknya.

" Terima kasih " balasnya.

" Tak sangka kan ada juga pengganti di saat akhir. Okay lah tu daripada family you malu kan " .

Safiya memandang tajam ke arah Erni. Ikutkan hatinya mahu saja dia menampar pipi Erni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience