BAB 35

Romance Completed 30249

“MENURUT kontrak ni, kita kena siapkan bangunan ni dalam masa setahun enam bulan saja. Rasanya macam mana, Adrian, Hasif?” soal Datuk Abdul Aziz sambil mengelap cermin matanya dengan kain. Kemudian, cermin mata itu disangkut pada batang hidungnya.

“Adrian rasa, tak ada masalah, Abah. Sebabnya, kita dah ada ramai tenaga yang mahir, boleh diharapkan and yang paling penting, konsisten dalam kerja. Cuma masalahnya sekarang, dependslah pada siapa Abah bagi kontrak ni,” jawab Adrian jujur.

Dia yakin dengan kemampuan pekerja-pekerjanya. Doanya dalam hati, janganlah kerja itu diserahkan kepada Razlan. Razlan langsung tidak boleh diharap. Apabila dia diminta untuk menyiapkan sesuatu projek, pasti projek itu tidak akan siap tepat pada masanya. Begitu juga dengan proposal, pelan lukisan dan juga perbincangan dengan pelanggan. Pasti ada saja pelanggan yang merungut dengan sikapnya. Datang lewat, tidak berpakaian kemas dan bermacam lagi rungutan yang diterima. Itu belum lagi dengan masalah menyiapkan kerja. Apabila dia gagal menyiapkan kerja itu, dibiarkan kerja itu bertangguh. Bila tiba hari pembentangan, dia lesap dan memberikan alasan dia tidak sihat. Arkitek apa kalau bersikap begitu?

“Sebenarnya, Abah ingat nak beri pada Hasif kerja ni. Tak lama lagi, Hasif dah nak dapat anak kedua. Bolehlah jadikan bonus tu sebagai duit belanja anak-anak nanti. Itu pun kalau Hasif berminat,” Datuk Abdul Aziz berpaling, menghadap Hasif.

Adrian menarik nafas lega. Kalau Hasif, tak apa. Dia memang cekap dalam menguruskan kerja yang diberikan. Efisien dan komited.

“Pada saya? Alhamdulillah. Saya pun tak ada kerja sekarang, uncle. Memang saya harap sangat nak jalankan projek ni,” balas Hasif. Dia gembira dengan permintaan Datuk Abdul Aziz.

“Kalau macam tu, Uncle beri pada Hasiflah, ya? Sementara tunggu Tan Sri Kamal sampai, tengok-tengoklah sikit apa kita nak bincangkan nanti.”

Adrian dan Hasif mengangguk serentak. Ketiga-tiga mereka membuka fail-fail yang berada di atas meja sambil berbincang. Meneliti setiap satu muka surat.

Keadaan R&R Café itu agak lengang, kerana tidak ramai pengunjung di situ. Mungkin waktu tengah hari nanti kafe itu akan dipenuhi oleh ahli-ahli kelab itu, mahupun bukan ahli.

Datuk Abdul Aziz dan Tan Sri Kamal sama-sama setuju untuk berbincang mengenai hal syarikat mereka di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara memandangkan mereka adalah ahli kelab golf ternama itu.

“Assalamualaikum,” sapa seorang lelaki muda dan seorang lelaki yang agak tua.

“Waalaikumussalam, Tan Sri. Silakan duduk,” pelawa Datuk Abdul Aziz. Mereka saling bersalaman.

“Kenalkan, ini anak saya. Dzul Fahmi,” Tan Sri Kamal memperkenalkan anak sulungnya kepada mereka.

Dzul Fahmi tersenyum seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Datuk Abdul Aziz. Mereka kembali duduk setelah berjabat tangan.

“Ini anak sulung saya, Adrian Haikal. Arkitek, CEO dan lembaga pengarah Empire Holdings,” ujar Datuk Abdul Aziz, menepuk bahu seorang jejaka tampan yang berpakaian kasual. “Yang ini pula, orang kepercayaan saya. Dialah jiran saya, antara engineer terbaik bagi saya, Hasif,” Datuk Abdul Aziz turut menepuk-nepuk bahu Hasif.

“Saya Amirullah Hasif Zaman bin Kamaruzzaman,” Hasif menghulurkan tangannya sambil tersenyum.

Tan Sri Kamal terpana buat seketika. Hasif? Amirullah Hasif Zaman bin Kamaruzzaman? Ya Allah, inikah anak sulungku? Anak dari aku dan Halimah? Adakah semua ini semua hanya kebetulan? Atau memang anak muda ini adalah anakku?

Masakan dia tidak tahu bahawa Hasif adalah anaknya? Semasa Hasif berada dalam kandungan Puan Halimah lagi, dia dan isterinya itu ada bercakap mengenai nama anak mereka. Sehinggalah anak itu lahir, mereka menamakannya dengan Amirullah Hasif Zaman. Biarlah panjang dan nampak unik, senang untuk orang mengingati anak mereka itu.

Sejak dia meninggalkan keluarganya, nama kedua-dua anak mereka terpahat utuh dalam ingatannya. Amirullah Hasif Zaman bin Kamaruzzaman dan Muhammad Adli Syafiq bin Kamaruzzaman. Hanya nama Syahmi sahaja, Muhammad Nazril Syahmi yang tidak diketahuinya memandangkan waktu itu Syahmi masih berada dalam kandungan Puan Halimah. Mujurlah Salim ada berjumpa dengan Syahmi.Tidak sangka dia mengetahui tentang hidup anak-anaknya dalam masa yang sama.

“Tan Sri..” suara Datuk Abdul Aziz membuat Tan Sri Kamal tersedar semula.

“Ya, ya. Teruskan,” balas Tan Sri Kamal.

Adrian yang tadinya sedang menceritakan tentang projek pembinaan itu kembali meneruskan penerangannya.

RUANG dalam The Coffee Bean And Tea Leaf di Bangsar Village itu kelihatan tenang. Pelanggan-pelanggan hanya memenuhi separuh daripada restoran itu.

Razin mengerling jam di pergelangan tangan kirinya. Sudah jam tiga petang. Janjinya dengan Adriana pukul dua setengah, namun gadis itu masih belum muncul. Besar kemungkinan juga Adriana tidak akan datang. Razin menghirup coffee lattenya yang panas. Kalau Adriana datang, dia akan memesan air yang sama sekali lagi. Coffee latte. Kegemaran Adriana.

“Sorry lambat,” sapa seorang gadis sambil mengipas-ngipaskan wajahnya dengan tangan kanan.

Razin tersenyum.

“Duduklah,” pelawa Razin. “Ingatkan tak nak datang tadi,” tokok Razin setelah Adriana melabuhkan punggung ke kerusi yang berhadapan dengan Razin.

Adriana mencebik.

“Jalan jammed. Hari ni kan hari Ahad. Mestilah ramai orang keluar,” balasnya selamba.

Penghawa dingin yang tadinya dirasakan seolah-olah tidak berfungsi sudah membuatkan Adriana mula berasa selesa. Tidaklah seperti waktu dia baru melangkah masuk ke restoran itu tadi. Panas dan berbahang.

Seorang pekerja di restoran itu datang ke meja mereka.

“Order, sir?” tegur remaja lelaki tersebut.

“Hmm.. coffee latte. Two?”

“No. Just give me iced cappuccino, please?” balas Adriana sopan.

“Makan?”

Adriana menggeleng. Begitu juga Razin.

“Dulu Yana suka latte, kan? Sekarang dah tak suka ke?” tanya Razin setelah pelayan tadi meninggalkan meja mereka.

“Bukanlah tak suka. Kurang sikit dah.”

“Kenapa, eh?” duga Razin.

“Manusia akan berubah, right? As time goes by, there’ll be something that be changed, or it’ll be the same.”

“Contoh?”

Adriana mengerutkan dahi. Contoh? You knew the answer already.

“Apa-apalah. Macam latte dengan cappuccino ni. Dulu saya suka latte, sekarang I prefer to choose cappuccino.”

Razin senyap. Wajah Adriana ditenung lama. Seketika kemudian, pelayan tadi datang semula. Dia kembali meninggalkan mereka setelah pesanan mereka diletakkan ke meja.

“Yana..”

Deringan telefon bimbit Adriana membuatkan Razin senyap serta-merta.

Adriana mengeluarkan telefon bimbitnya. Adlilah pulak. Nak continue berlakon, or cakap aku kau?

“Waalaikumussalam,” salam Adli dijawab senang.

“Yana.. buat apa? Aku bosanlah. Ada dekat mana?” soal Adli ceria.

“Yana dekat luar ni. Jumpa kawan Yana.”

Yana? Biar betul? Dah kenapalah dengan budak sorang ni?

“Jumpa siapa? Hey.. sejak bila pulak kau bahasakan diri kau as ‘Yana’ ni? Macam peliklah.”

Kedengaran Adli sedang ketawa berdekah-dekah dari corong telefon. Adriana tersenyum.

“Kan Yana cakap Yana dengan kawan. Yana dengan kawan Yana masa dekat Korea dulu, Razin,” ujar Adriana, cuba memberitahu Adli perkara sebenar.

Tawa Adli mati tiba-tiba.

“Jumpa dia? Yalah, yalah,” balas Adli, acuh tak acuh.

“Haa? Nak ajak Yana keluar? Temankan Lee shopping? Kalau macam tu, nanti Yana ambil Lee dekat rumah, eh?” ujar Adriana sebelum menamatkan panggilan.

“Boyfriend?” tanya Razin apabila Adriana sudah menyimpan kembali telefon bimbitnya.

Adriana hanya mengangguk menjawab pertanyaan Razin.

“I got to go. If ada masa, lain kali kita jumpa. Saya balik dulu,” ujar Adriana.

Adriana bangun dan berlalu meninggalkan Razin sendirian. Razin hanya memerhatikan langkah Adriana yang semakin jauh. Ingin sekali ditahannya langkah Adriana itu, meminta agar Adriana meluangkan lebih banyak masa bersamanya. Tetapi dia sedar, dia bukannya sesiapa di mata Adriana. Adriana yang sekarang jauh lebih degil daripada Adriana yang dulu. Razin menarik nafas panjang sebelum menghirup minuman di hadapannya.

ADRIANA duduk di dalam keretanya sambil ditemani lagu-lagu nyanyian 2PM. Sudah hampir setengah jam dia duduk sendirian, termenung. Dia berasa kasihan pula dengan Razin. Sudah tidak sanggup pula rasanya untuk menipu Razin. Razin nampaknya sudah banyak berubah.

Setelah penat berfikir, Rania akhirnya menekan pedal minyak. Buat masa ini dia ingin sekali bertemu dengan Adli. Mujurlah dia sudah menelefon Adli untuk diajak berjumpa. Dia akan menjemput Adli dari rumah, dan mereka akan ke studio The Result memandangkan lima jejaka itu akan sibuk dengan persiapan kembali ke pentas industri muzik Malaysia. Rania terus membelokkan keretanya ke laluan di sebelah kiri.

MEREKA berdua melangkah masuk ke dalam bilik latihan The Result. Kelihatan bilik itu kosong. Mungkin Adam, Danial, Alif dan Rayyan ada di dalam studio mewah itu. Adriana hanya menuruti langkah kaki Adli untuk masuk ke dalam bilik itu. Rania menarik nafas panjang apabila matanya dapat menangkap dua orang stylish The Result yang sedang duduk dan memberikan pendapat dalam penggubahan lagu baru yang sedang dilakukan mereka.

Adli bersalaman dengan ahli kumpulannya.

“Oh, this is Hana dan Tasha,” Adli memperkenalkan Hana dan Tasha kepada Adriana.

“Adriana,” ujar Adriana sambil menghulurkan tangan kanannya.

Hana dan Tasha menyambut huluran Adriana dengan senyuman.

“So.. inilah girlfriend kau tu, Lee? Cantik,” puji Hana.

Adriana terkejut. Kekasih? Sejak bila pulak ni? Adriana hanya tersenyum apabila gurauan Hana itu disambut dengan senyuman penuh makna daripada Adli.

“Macam mana? Ada idea baru?” soal Adli sambil menepuk bahu Adam.

Adam menggaru-garu kepalanya. Rambutnya yang bersikat kemas tadi sudah bertukar serabut. Begitulah keadaannya apabila The Result menghabiskan masa mencari idea demi menghasilkan sesuatu lagu. Pada awalnya, semua nampak sukar. Tetapi apabila ada idea yang keluar, pasti segalanya akan berjalan lancar. Dan lagu-lagu yang ditulis itu pasti akan menjadi popular. Hasil kerja The Result bagaikan ada magis yang memukau para pendengar.

“Belum ada lagi. Jenuh aku perah otak,” balas Adam.

Adli duduk di sebuah kerusi di sebelah Adam. Adriana, Tasha dan Hana hanya duduk di sofa panjang yang diletakkan di studio itu, menjadi pemerhati. Danial, Alif dan Rayyan duduk di dalam bilik rakaman sambil berbincang. Agaknya apalah yang difikirkan mereka?

Adli menaikkan salah satu amplifier.

“Korang dah ada idea?” soalnya.

“Belum,” sahut Danial, Alif dan Rayyan.

Rania tersenyum. Inilah kali pertama dia melihat cara orang sedang menghasilkan lagu. Rupanya, sesiapa yang berada di dalam bilik rakaman tidak akan mendengar bunyi yang dihasilkan daripada luar sekiranya amplifier itu ditutup. Mungkin mereka tidak mahu ada bunyi yang mengganggu rakaman suara, fikir Rania.

“Konsep pun belum ada lagi,” ujar Danial. Dia keluar daripada bilik rakaman dan duduk di salah sebuah kerusi, duduk menghadap belakang Adam dan Adli.

“Korang rasa, apa konsep yang kita nak gunakan?” tanya Adam. Dia memusingkan kerusinya, menghadap Danial.

Adli dan Danial mengangkat bahu. Saat ini, tiada satu idea pun yang dapat mereka fikirkan.

“Tasha, Hana and Yana, kalau ada idea, bolehlah sumbangkan dekat kami,” ujar Danial.

Tasha dan Hana turut menjungkit bahu. Sejak tadi, mereka hanya menjadi pemerhati. Mereka tidak mengeluarkan idea, sebaliknya hanya mengutarakan pendapat sahaja.

“Err.. tadi cakap fasal konsep, kan? The Result just ada seorang vokalis. Tapi, dalam album ni, trylah producekan lagu yang semua ahli boleh nyanyi. Bukanlah semua lagu. Mungkin satu dua lagu, boleh masukkan suara members. Tak pernah lagi, kan The Result buat lagu macam ni? Cubalah buat kelainan. Mungkin jugak boleh tambahkan bahagian rap dalam lagu,” ujar Adriana, memberikan ideanya.

Sebenarnya, sudah lama dia mengikuti perkembangan The Result. Selama ini, suara mereka berlima sedap didengar apabila bercakap. Tidak mustahil juga suara mereka tidak sesumbang mana apabila mereka menyanyi.

Danial bertepuk tangan mendengar idea yang dikeluarkan oleh Adriana. Adam menepuk dahi.

“Kenapalah Adam tak pernah terfikir nak buat macam tu? Mana Yana dapat idea ni?” tanya Adam.

Adriana tersengih.

“Yana belajar dekat Korealah. Empat tahun, kan? Dia mesti dah lali dengan muzik dekat sana. Tapi.. aku tak yakinlah fasal nak menyanyi tu. Suara aku ni sumbang mambang. Takut orang lari pulak bila dengar suara aku,” sahut Danial.

“Fasal suara tu, tak ada masalah since kita belum pernah cuba dengar suara korang. So, kita boleh try. Masalahnya sekarang, lagu apa yang kita nak producekan?” sampuk Adli.

Tiba-tiba Alif dan Rayyan keluar daripada bilik rakaman.

“Macam mana kalau kita buat love story? Konsep. Bermula dengan pengenalan, perasaan, confessing, acceptance and happily ever after.Tapi kalau tak nak pun tak apa. Kita cubalah buat tema cinta je.Boleh?” tanya Alif sambil tersenyum lebar.

Adam menggosok dagunya.

“Tak semestinya lagu cinta tu nak ballad je. Kita pun ada jugak lagu bertemakan cinta. Lagu kita, ada je rock, pop. Kita cubalah. Mana tahu, boleh laku. Lagipun, tak semestinya cinta antara kekasih. Kita boleh jugak sampaikan untuk peminat kita,” cadang Rayyan lagi.

“Tapi, tak ada salahkan, kalau kita cuba hasilkan rock ballad?” cadang Danial.

“Aku setuju bab genre tu. Lagipun album lepas kita tak tumpukan pada rock dan ballad. Jazzlah, apalah. Amacam?”tanya Rayyan.

Adam tersenyum, seraya mengangguk.

“Yes!” jerit Danial, Alif dan Rayyan serentak.

“Tapi kita kena hasilkan liriklah dalam masa ni. Takut tak sempat pulak. Ada lagi sebulan lebih je,” ujar Adam.

Mereka sama-sama mengangguk. Setelah berjam-jam berfikir, akhirnya Alif dan Rayyan mendapat idea. Mereka harus berterima kasih kepada Adli dan Adriana. Apabila melihat sinar dalam mata Adli apabila setiap kali melihat ke arah Adriana, Alif akhirnya keluar dengan idea itu.

Alif dan Rayyan tersenyum apabila cadangan mereka diterima baik oleh Adam, Adli dan Danial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience