BAB 25

Romance Completed 30249

ADRIANA memasukkan beg-beg pakaian ke dalam boot kereta bapanya. Adrian langsung tidak membantu, sebaliknya hanya berdiri. Melihat Adriana memasukkan beg-beg ke dalam kereta, dengan bantuan Adli. Awal-awal lagi Adli sudah datang ke rumah mereka. Hasif terlebih dahulu membawa ibu, adik, isteri dan anaknya ke Lumut. Mengikut jadual, mereka mesti berada di Lumut sebelum jam enam petang.

Adam memandu Toyota Alphard milik The Result, yang dibeli dengan wang yang mereka perolehi melalui konsert-konsert mereka.Ibu bapa Danial hanya mengikut dari belakang. Keluarga Adam pula tidak dapat mengikuti percutian kali ini, kerana bapanya terpaksa ke luar negara. Kakaknya terpaksa menjaga syarikat keluarga mereka.Usai solat Jumaat, Adli terus ke rumah Adriana. Dia dan Adriana akan menaiki kereta Adriana. Menurut Adli, akan ada sebuah bilik kosong. Dia telah menjemput Julia dan Syakira bersama-sama. Dia juga meminta Adriana menjadi teman mereka. Sudah tentu Adriana berat hati, tetapi, dia terpaksa mengiakan permintaan Adli itu.

“Dah. Jom gerak,” panggil Adli.

Adrian yang berada di luar rumah berlari-lari anak masuk ke dalam rumah, untuk memanggil ibu bapanya.

“Adli, Yana, drive kat depan. Abah, Ibu dengan Abang Adrian ikut dari belakang,” ujar Datuk Abdul Aziz, menepuk lembut bahu Adli.Adli dan Adriana masuk ke dalam kereta. Bumbung kereta itu sengaja dibuka oleh Adriana. Mereka memulakan perjalanan. Empire Holdings diserahkan kepada Syed Hamid kerana dia merupakan satu-satunya orang yang paling dipercayai Datuk Abdul Aziz.

“Yana.. boleh ke kawan dengan Kak Kira dengan Julia? Aku risaulah. Julia tu baru je sampai dari kampung. Kak Kira pulak, dah bertahun-tahun duduk kat Berlin. Kau rasa, diorang boleh ke sesuaikan diri?” tanya Adli. Matanya disebalik kaca mata hitam nakal mencari wajah Adriana.

Adriana mencebik. Oh, diorang jelah yang patut dirisaukan? Aku ni? Dah empat tahun duduk Korea, tiba-tiba balik sini kena dengar kau punya risau dekat orang lain? Habis tu, siapa nak risaukan aku?

Adriana mendengus. Bengang akan layanan Adli terhadap Julia. Adakah dia cemburu? Untuk apa? Dia sudah lama lupa akan perasaannya pada Adli satu ketika dahulu. Dia yakin. Sejak dia bertemu dengan Razin, dia semakin gembira. Adli pula langsung tidak menghubunginya semasa dia berada di Korea. Setibanya kembali ke tanah air, dia jugalah yang mencari Adli. Adli? Langsung tidak peduli akan kehadirannya. Adli, aku ada kat sini. Kenapa kau tak pernah sedar dulu yang aku sukakan kau? Sekarang, kalau aku kata aku kembali suka pada kau, apa yang kau akan cakap agaknya?

Perpisahan dengan Razin membuatkan dia serik untuk menerima cinta seorang lelaki. Kalaulah Adli ni Razin, mesti aku takkan jadi macam ni. Adriana mula berteka-teki dalam hati. Sejak dia bertemu semula dengan Adli, dia semakin kuat. Kehadiran Adli seolah-olah membantu dia untuk kembali menikmati hari-harinya.Walaupun bibir dan akal sering mengatakan kehadiran Adli adalah sebagai teman baik yang selalu membuat dia marah, gembira dan sedih, hatinya sering bertelagah dengan akal. Dihatinya, dia bahagia dengan hubungannya dengan Adli.Kini, kehadiran Julia bagaikan mengganti tempatnya. Mungkin semasa dia tidak berada di Malaysia, Adli banyak menghabiskan masa dengan Julia. Tidak mungkin mereka serapat itu jika mereka baru sahaja berkenalan.

Adli Syafiq.Kawan baik yang pernah disayangi lebih dari dirinya sendiri. Lailalah yang menjadi tempat air matanya tumpah setiap kali dia merindui Adli. Kawan baik? Bukan. Cinta monyetnya. Cinta monyet yang masih melekat utuh biarpun sayangnya diberikan kepada Razin. Adriana tersenyum hambar.

Tiba-tiba terasa ada tangan yang melekap di dahinya.

“Adli Syafiq!” tangan itu ditolak kasar. Merah padam mukanya. Marah ataupun malu?

Adli tersenyum kecil.

“Berangan je dari tadi. Or tak nak jadi kawan Julia dengan Kak Kira?” soal Adli, seperti dapat membaca fikiran Adriana.

Adriana membisu. Pandangannya dibuang ke luar kereta. Melihat lebuh raya yang tidak begitu sesak. Sesekali, ada kereta dan lori-lori kecil melalui kawasan itu. Mercedes Hybrid hitam milik bapanya berada beberapa meter di belakang Mercedes SLR McLaren Roadsternya.

“If so, aku call Kak Kira. Cancelkan,” ujar Adli. Dia mencapai handsfree lalu dipasang di telinga kirinya. Baru sahaja dia ingin mendail nombor telefon Syakira, Adriana menahannya.

“You don’t have to do that. Kalau ada yang tak payah pergi, akulah orangnya,” tutur Adriana. Sungguh! Dia kecewa dengan Adli. Mengapa dia yang harus mengalah?

Adli menalakan pandangan pada seraut wajah disebelahnya. Ada sesuatu yang terbuku di hati gadis itu. Handsfree ditanggalkan. Kelihatan Adriana mengecilkan matanya, memerhati ke kiri lebuh raya. Kasihan Adriana. Ditekannya butang untuk menutupi bumbung kereta yang ternganga. Adriana langsung tidak berpaling. Adli mengeluh berat.

PINTU kereta dibuka luas. Setelah hampir tiga jam, mereka akhirnya sampai di dataran berhadapan dengan Hotel Putra. Ramai pengunjung yang duduk di dataran itu. Mungkin ingin melihat matahari terbenam. Adriana ingin membantu mengeluarkan beg pakaian, tetapi cepat-cepat dihalang Adli. Akhirnya dia mengalah. Jam sudah pun menunjukkan jam lima empat puluh petang. Mujurlah mereka berhenti seketika mengerjakan solat Asar tadi.

Adam dan anggota kumpulan The Result yang lain berpakaian kasual dan kemas datang menghampiri mereka.Mereka memakai topi dan cermin mata, menutup wajah masing-masing.Mereka bersalaman dengan ahli keluarga Adriana.Dibelakang mereka ada Syaiful dan Khusairi.

“Dah lama sampai?” tanya Adrian.

“Tak adalah lama sangat. Barulah jugak,” jawab Danial tersenyum.

“Ni, kunci bilik pak cik sekeluarga,” Alif menghulurkan kunci kepada Datuk Abdul Aziz.

Datuk Abdul Aziz tersenyum seraya mengangguk.

“Parking kat mana ni? Pak cik tak nampak pun kereta kamu?” soal Datuk Abdul Aziz. Kunci di tangan Alif bertukar tangan.

“Kami parking kat belakang hotel ni, pak cik. Selamat sikit,” tutur Adam sopan.

“Mana mak aku? Family korang?” sampuk Adli.

“Ada kat dalam bilik. Aku tempah bilik satu level,” terang Adam. “Jom.”

Mereka berjalan masuk ke dalam hotel. Baru sahaja beberapa langkah menapak, Danial menarik tangan Adli. Adriana juga turut mematikan langkah.

“Kenapa?” tanya Adli hairan.

Danial memerhatikan keluarga Adriana yang berjalan masuk, beriringan dengan Adam. Alif dan Rayyan tidak meneruskan langkah. Mereka juga ingin berada dalam perbincangan itu.

“Guess who yang join kita kali ni,” tutur Danial setelah kelibat keluarga Adriana dan Adam hilang di sebalik pintu.

Adriana menggeleng, manakala Adli menjungkit bahu.

“Siapa?” tanya Adli ingin tahu.

“Jangan terkejut,” balas Alif.

“Razin Asyraf! Dia abang kepada Dhia Syakilla, budak yang dapat join vacation kita ni,” Danial bersuara perlahan. Bimbang didengari orang sekeliling.

Adriana kaku. Mengapa Razin harus ada di setiap kali dia ingin menghela nafas lega? Adriana berpaling. Kakinya dihayun ke pintu masuk hotel itu tanpa sebarang kata. Sudahlah hatinya sakit dengan sikap Adli, kini semakin parah pula jadinya.

“Kenapa tu?” soal Rayyan. Matanya mengekori langkah Adriana.

“Tadi aku ada buat dia marah. Sekarang, dapat berita ex boyfriend dia join kita, mestilah dia lebih berapi,” jelas Adli.

“Dahlah. Jom.”

MALAM itu mereka makan di luar. Beramai-ramai. Kata Adli, Julia dan Syakira akan tiba sebelum mereka menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor. Razin yang turut berada bersama rombongan bercuti itu cuma diam. Sejak tadi dia mencari wajah Adriana, namun gagal ditemui.

“Mana Yana, pak cik?” tanya Adli. Jus tembikainya disedut perlahan, menunggu pesanan yang masih belum tiba.

“Katanya tak nak keluar. Tu yang dia mintak orderkan makanan untuk dia. Nak makan kat dalam bilik je kata dia,” jawab Datuk Abdul Aziz. Nasi goreng yang sudah tinggal separuh disuapkan ke mulut sedikit demi sedikit.

“Kalau macam tu, biar Lee makan dengan Yana. Tapi, kat luarlah. Makan kat dataran tu. Boleh tak?” Adli tersengih, memandang ibu, bapa dan abang Adriana silih berganti.

“Boleh. Tapi, jangan berjalan merata-rata pulak. Nanti lewat balik,” ujar Datin Maznah.

Adli tersengih. Dia bangun, berjalan menuju ke kaunter restoran itu. Diminta makanannya dibungkus bersama dengan pesanan Adriana.

ADRIANA berjalan perlahan. Angin laut yang menampar-nampar kasar pipinya langsung tidak diendahkan. Kelihatan Adli duduk di kawasan tempat duduk yang berhadapan dengan hotel. Adli melambaikan tangannya. Sudah tidak ramai orang di kawasan itu. Maklum sajalah, sudah hampir tengah malam. Mujur Adli duduk di kawasan yang terang-benderang itu. Selamatlah sikit.

Adriana duduk di sisi Adli. Adli membuka salah satu polisterin dan dihulurkan kepada Adriana. Adriana menyambut bungkusan itu. Nasi goreng paprik, nampak menyelerakan. Sudu diambil dari dalam plastik yang berada di antara dia dan Adli.

“Makanlah. Menung pulak,” tegur Adli.

Adriana hanya menurut. Sesuap nasi berjaya melalui tekaknya. Kalau diikutkan, dia tidak mahu keluar. Tetapi, disebabkan perut yang teramat lapar, digagahkan juga turun untuk makan bersama Adli.

“Kenapa kau tak makan kat kedai tadi?” soal Adriana bersahaja.

“Sebab..” sengaja tidak dihabiskan kata-katanya. Adriana berpaling menghadap Adli. Keningnya dinaikkan sedikit. “Sebab.. kau tak ada tadi. Takkanlah aku nak makan, tapi kau tengah lapar,” jawab Adli.

Adriana tersenyum kecil.

“Bukan lapar, tapi dah sampai tahap kebulur,” Adriana tergelak. Berdepan sahaja dengan Adli, rasa marahnya hilang. Kegusaran dihatinya juga turut lupus.

Adli ikut ketawa. Polisterin yang berisi nasi goreng daging diletakkan ke sisi.

“Sejuk ni. Kenalah pakai macam ni.”Topi belakang sweater Adriana ditarik ke depan, menutupi kepala Adriana.

“Eh, janganlah. Buruk,” marah Adriana. Nasinya diletakkan ke sisi.

“Comel. Mana ada buruk,” Adli cuba menahan tangan Adriana.

“Ya ke?” tanya Adriana.

Sedar akan pertanyaannya yang seperti syok sendiri, Adriana ketawa. Adli juga turut ketawa. Dia bahagia melihat tawa Adriana. Hatinya berbunga di saat Adriana tersenyum padanya. Adriana, setiap kali kau pandang aku, hati aku bergetar. Terasa dunia ni menyanyi-nyanyi, mengiringi irama yang mula tercipta dalam hati aku. Sesungguhnya kaulah irama dalam jiwa aku. Irama yang takkan pernah padam. Adli tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience