BAB 31

Romance Completed 30249

]ADRIAN berjalan perlahan-lahan. Niatnya ingin membeli kemeja untuk pergi bekerja memandangkan bajunya sudah banyak yang lusuh. Sudah lama dia tidak membeli pakaian kerjanya. Tadi dia ada mengajak Adriana untuk menemaninya, tetapi Adriana sudah berjanji untuk keluar dengan Adli. Terpaksalah dia keluar sendirian. Memandangkan dia hanya seorang diri, dia memilih untuk pergi ke sebuah butik di kawasan Bangsar, iaitu butik yang selalu dikunjunginya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam butik tersebut, Adrian berasa hairan. Biasanya butik itu tidak dihias seperti itu. Warna dinding dan hiasan dalamannya juga berubah. Di mana pereka lelaki yang selalu menegurnya ketika dia masuk ke butik ini?

“Sir, may I help you?”

Adrian berpaling apabila ditegur oleh seorang wanita bersuara lembut. Kedua-dua mereka kaku apabila terpandangkan wajah satu sama lain. Adrian? Syakira? Beberapa saat kemudian, masing-masing membuang pandang.

“Saya.. nak beli baju. Err.. I mean, baju kerja. Necktie dengan kemeja,” jawab Adrian.

Adrian menarik nafas sedalam-dalamnya apabila Syakira mengisyaratkannya supaya menunggu sebentar kerana dia ingin melayan seorang pelanggan yang baru masuk ke butiknya. Entah mengapa, jantung Adrian berdegup kencang di saat bertentangan mata dengan Syakira. Syakira masih cantik seperti dahulu. Biarpun dia seorang pereka fesyen, pakaiannya tidaklah terlalu terdedah di bahagian yang tidak sepatutnya. Hari ini dia nampak cantik dengan sepasang jeans paras lutut berwarna hitam yang dipadankan dengan sehelai kemeja berwarna pink.

“Awak nak cari baju, kan? Hmm.. nak baju yang macam mana?” tanya Syakira setelah pelanggannya keluar.

“Saya pun tak tahu sebenarnya. The only thing I know is.. baju kerja,” balas Adrian.

Syakira mengangguk. Dia bergerak ke bahagian dalam sedikit. Adrian hanya mengikut. Syakira kemudiannya berhenti pada sebuah rak yang menggantung banyak baju lelaki. Ada kemeja, seluar dan sut untuk lelaki. Syakira mengambil sepasang baju kemeja berbelang-belang halus. Baju itu berwarna merah dengan garisan-garisan berwarna mera jambu.

“How about this?” Syakira menyuakan baju itu kepada Adrian.

Adrian menilik-nilik baju itu buat seketika.

“Terang sangatlah warna dia. Yang slow sikit ada?” tanyanya.

Syakira tersenyum. Cerewet betul. Tak sangka. Dia kemudiannya mengambil sehelai kemeja bercorak sama, tetapi berwarna ungu. Nampak sedikit malap. Adrian mengangguk. Tidak mengapa sekiranya dia membeli baju berwarna sebegitu memandangkan kulitnya cerah.

“How many shirts awak nak?”

“Saya nak tiga helai. Saya dah tak ada baju nak pakai.”

Adrian tersenyum apabila Syakira mengukirkan sebuah senyuman. Murahnya dia dengan senyuman.

Syakira mengeluarkan sehelai kemeja kosong berwarna biru, dan merah jambu. Adrian hanya mengikut sahaja.

“Kalau macam tu, ikut saya. Bayar dekat kaunter.”

Adrian mengangguk seraya kakinya melangkah mengikut jejak Syakira.

ADLI berjalan perlahan-lahan sambil matanya terarah pada pokok-pokok yang tumbuh menghijau. Adriana pula berjalan di sebelahnya. Dari tadi, tiada kata-kata yang keluar dari bibir masing-masing. Yang kedengaran hanya jeritan kanak-kanak yang sedang asyik bermain. Seperti biasa, Adli tidak keluar ke pusat membeli-belah mahupun tempat tumpuan orang ramai. Mereka hanya berjalan-jalan di taman. Sengaja Adli mengenakan topi di kepalanya. Tidaklah kehadirannya di situ menjadi perhatian.

“Jom, duduk sana,” Adriana bersuara sambil dia menunjukkan ke arah sebuah meja yang kosong.

Adli hanya menurut. Mereka duduk bertentangan.

“Kau ni, kenapa? Dari tadi senyap je. Tercekik ke?” soal Adriana.

Adli yang tadinya ralit bermain dengan kunci kereta mengangkat wajah. Jelas kelihatan wajah Adriana yang sudah mula memerah, dibakar bahang mentari.

“Tak ada apa-apalah. Aku risau kau yang tak nak bercakap dengan aku.”

Adriana tersengih. Macam-macam.

“Aku okey jelah. Apa yang kau nak risaukan?”

Adli mencebik.

“Kalau okey, takkanlah kau balik dulu before yang lain balik?”

Adriana mengerutkan kening. Takkanlah nak cakap yang dia cemburukan Julia? Ataupun dia sedang mengalami monthly call? Buat malu je nanti.

“Aku ada hal. Takut kucing aku tak makan nanti,” balas Adriana, cuba mencari alasan.

“Haaa.. tipulah tu! Bila masa kau bela kucing?” tanya Adli, tidak berpuas hati.

“Eh, ye ke? Aku cakap kucing ke?”

Adriana tergelak. Berair matanya disebabkan terlalu banyak ketawa. Adli turut ketawa. Ini bermaksud Adriana memang okey.Jika tidak, pasti dia tidak ketawa seperti sekarang.

“Kau tu.. bila new album nak keluar? Melepak je kerja,” soal Adriana apabila tawanya reda.

“Nantilah. Sekarangkan cuti lagi. Ada dua bulan cuti. Balance cuti ada lagi sebulan lebih. Dah tak ada nak buat apa-apa, lepaklah. Apa lagi nak buat?”

Adriana mencebik. Serta-merta dikedipkan kelopak mata apabila terpandangkan dua batang tubuh yang dikenalinya. Yang lelakinya sudah tentu sangat dikenali. Perempuan itu? Apa hubungan mereka?

“Hey, Yana! Kau kenapa?”

Suara Adli membuatkan Adriana kembali ke alam nyata. Wajah Adli ditenung dalam-dalam. Adli mengangkat kening. Pelik betullah si Adriana ni.

“Tu!”

Adriana menjuihkan bibir ke arah sepasang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan beriringan. Masing-masing tersenyum dan melarikan pandangan apabila bertentangan mata. Memang membuatkan Adriana dan Adli berasa musykil.Adli menoleh, mencari wajah Adriana. Adriana mengangkat bahu.

“RAZ.. you ni kenapa? Asyik termenung je I tengok. Dah tak macam dulu lagi,” tegur Melissa.

Dia sedar akan perubahan Razin itu. Biasanya, lelaki itu akan berwajah ceria apabila mereka bertemu. Pasti ada tawa yang mengisi perbualan mereka. Seperti biasa, rumah Razinlah menjadi tempat mereka meluangkan masa, melainkan di kedai makan dan pusat karaoke.

“Tak ada apa-apalah. I okey je. Just rasa boring pulak. Time ada kerja, I nak cuti. Bila cuti ni, bosan pulak. Tak ada benda nak buat. Nak jumpa you selalu pun susah. Busy aje. You buat apa, busy sangat?”

Melissa mengeluh. Ya, dia mengakuinya. Biasanya dia lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Tidak kira jantina. Yang pastinya, dia suka berseronok. Razin pula sudah banyak berubah. Dia lebih suka duduk di rumah. Katanya, tidak elok sekiranya dilihat oleh keluarganya. Pasti parah dimarahi. Tetapi, bukankah duduk berdua-duaan seperti ini lebih teruk? Ada kalanya, mereka tidur bersama, di atas katil yang sama. Melissa tersenyum. Mudah sahaja menggoda si lelaki yang kaya-raya ini. Tetapi, dia sayangkan Razin. Cuma, masih belum terbuka hatinya untuk mengahwini Razin.

“I busy. Dengan kawan-kawan I. Banyak sangat event yang diorang create. Sampai tak ada masa I nak cari kerja,” balas Melissa.

“Berapa kali I nak cakap? You can depends on me. I’ll give you the money and anything you want. Tak payahlah kerja.”

Inilah yang paling disukai Melissa. Razin terlalu memanjakannya dengan wang ringgit. Apa sahaja pasti dibelikan demi Melissa. Bayaran bulanan kereta Melissa juga adalah tanggungjawab Razin.

Mengapa Razin begitu mudah menghabiskan wang ringgit demi seseorang yang tidak mempunyai ikatan dengannya? Adakah kerana sayangnya pada Melissa? Soalan itu hanya mampu dijawab oleh Razin sendiri.

“I bukan sesiapa pada you. Kenapa you sanggup buat ni semua untuk I?” tanya Melissa. Tangannya menjalar pada lengan Razin.

“Sebab I sayangkan you. And I nak kahwin dengan you,” jawab Razin tenang.

Sayang? Kahwin? Melissa, hati I dah berpaling semula pada perempuan yang you bencikan tu. Ya, Adriana Izdihar. How should I tell you this?

“Really? But you knew it already, right? Please wait about five years. Okay?”

Razin tersenyum hambar. Apa lagi yang dimahukan Melissa? Apa lagi yang perlu ditunggu? Melissa sudah pun berusia dua puluh empat tahun. Apa salahnya jika mereka mendirikan masjid? Tetapi, adakah dia akan terus menunggu? Sampai bila? Dia sendiri tidak lagi berani memberikan jaminan. Hatinya sudah mula bertingkah dengan akal.

“Hey, what’s going on? Kenapa diam je?”

“Tak ada apa-apalah. Haa.. dah lewat ni. You tak nak balik?” soal Razin kembali.

“Eh, you halau I? Hmm.. if possible, may I sleep here? Dah lama kita tak spending a night sama-sama. Last pun, about four months ago?”

Melissa mula menyandarkan tubuhnya pada Razin. Tangan Razin dibelai perlahan-lahan.

“Sorry, I can’t. I dah cakap, kan? I tak nak buat tu semua lagi? After this, we have to meet outside,” tolak Razin.

“Tak pernah-pernah you cakap macam ni? You kenapa? Tell me. Cepat!”

Razin menghela nafas.

“You sendiri tak pasti bila you nak kahwin dengan I, tapi kita dah hanyut. Jauh. I tak nak terus hanyut. I tahu, this will make you angry. But I have too. I don’t want to do it anymore. Boleh?”

Melissa ternganga. Kemudian dia mengangguk. Tas tangan di meja dicapai lalu dia berjalan laju menuju ke pintu. Razin ikut bangun dan mengejar Melissa. Pergelangan tangan Melissa dipegang kejap.

“Don’t be angry. I think we should think about it. I bukannya mintak berpisah dengan you. I just want you to understand me. Please?”

Melissa menarik nafas dalam. Melihatkan wajah Razin yang nampak jujur, dia akhirnya mendakap tubuh Razin seerat-eratnya. Razin mengeluh lagi. Tetapi, dibiarkan Melissa menangis di dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience