BAB 26

Romance Completed 30249

“MAK CIK!” seorang wanita yang bersepatu hijau berlari-lari anak menghampiri Puan Halimah.

“Kira,” Puan Halimah memeluk wanita itu senang.

“Mana Lee? Syahmi?” tanyanya teruja.

“Kejap lagi, sampailah tu” balas Puan Halimah.

Syakira mengangguk-angguk. Tidak lama kemudian, Julia muncul dengan seorang lelaki. Lelaki itu nampaknya sedang membantu Julia mengangkat beg pakaian Julia dan Syakira.

“You’re must be Adriana. Adriana Izdihar. Right?” sapa Syakira lembut. “I’m Syakira. Since you’re Adli’s friend, just call me Kak Kira,” tokok Syakira. Tangannya dihulurkan kepada Adriana. Lambat-lambat Adriana menyambut huluran tangan itu.

“Panggil je Yana,” balas Adriana. Senyum di bibirnya nampak janggal.

“Kak Yana. Err.. mana abang Lee?”tanya Julia setelah dia bersalaman dengan Puan Halimah.

“Adli belum turun. Entah ada something nak bincang kot,” jawab Adriana.

“Kak Kira!” jerit satu suara.

Pantas Adli berlari. Beg di tangannya dilepaskan. Tubuh Syakira didakap erat. Entah mengapa, bagaikan ada arus elektrik yang mengalir dalam urat saraf Adriana. Pantas kepala di pusingkan menghadap ke arah lain. Melihatkan begnya yang berada di tanah, Adriana mengetap gigi. Begnya diambil lalu diletakkan di sisi kerusi. Dia duduk. Baru sahaja ingin melangkah pergi, ibu bapanya dan yang lain sampai di jeti itu.

“Dah lama sampai?” tanya Adli kepada Julia setelah pelukannya dileraikan.

“Baru je, Lee,” lembut jawapan Syakira.

“Dah kenal dengan Kak Kira?” Adli beralih pada Adriana.

Adriana tidak menjawab. Pura-pura tidak mendengar. Ipadnya dikeluarkan dari dalam beg tangan. Disumbatnya telinga dengan handsfree.

“Dah,” sampuk Julia. Dia tersengih-sengih.

“Feri pukul berapa, Adam?” tanya Datuk Abdul Aziz. Jam ditangan dikerling. Sudah jam sepuluh empat puluh lima pagi. Datuk Abdul Aziz duduk di kerusi.

Adrian yang baru sampai ke jeti berdiri tegak. Syakira yang sedang berbual dengan keluarga Adli juga turut mematung. Beberapa saat kemudian, masing-masing berpaling ke arah lain.

“Lagi lima belas minit, pak cik,” Adam masih lagi berdiri.

Pengunjung yang sedar akan kehadiran The Result mula mengeluarkan kamera. Mujurlah mereka tidak meminta untuk bergambar bersama The Result. Adli semakin rancak berbual dengan Julia dan Syakira. Sepasang mata jatuh pada raut wajah Adriana yang sedang khusyuk mendengar lagu. Bibirnya terkumat-kamit, ikut menyanyi lagu yang diputarkan. Apa lagi kalau bukan lagu Girls’Generation, Super Junior, FT Island, JYJ, CN Blue dan 2 PM?

Razin mengeluh berat. Dia berjalan menghampiri Adriana. Dia duduk di sebelah gadis itu. Sebotol air mineral yang dibelinya tadi dihulurkan pada Adriana. Adriana mengangkat wajah. Balik-balik Razin.

“No, it’s okay,” tolak Adriana. Sebelah handsfree yang menyumbat telinganya ditanggalkan.

Ibu dan bapa Adriana duduk di hadapan mereka. Begitu juga ahli keluarga kumpulan The Result. Biasalah, kalau orang-orang korporat berjumpa, pasti mereka akan bercerita tentang perniagaan.

“Just take it. Razin ikhlas. Lagi pun, Razin tak jampi pun air ni,” balas Razin. Dia mengukir senyum. Tahi lalat kecil di bawah bibir sebelah kanannya jelas kelihatan. Dulu tak ada pun, desis hati Adriana.

Akhirnya, Adriana akur.

“Awak.. dah minum ke?”

Adriana membuka penutup botol itu setelah soalannya dijawab dengan anggukan Razin. Razin hanya berseluar pendek hitam melepasi lutut dengan sepasang t-shirt tanpa kolar berwarna biru muda. Ada topi fedora yang melekat di kepalanya.Adriana mula meneguk air mineral pemberian Razin.

“May I talk to you for a while?” tanya Razin. Wajahnya nampak begitu serius.

“Cakap je. I’m listening,” balas Adriana. Matanya terarah pada pengunjung-pengunjung berbangsa asing yang sedang berbual sesama sendiri. Sesekali mereka meneliti peta di tangan dan signboard perjalanan di jeti itu.

“No. It would be better of just two of us.”

Adriana memahami maksud sebenar Razin. Muzik yang sedia terpasang di iPadnya ditutup sebelum iPadnya disimpan dalam beg tangannya. Dia bangun, mengikuti langkah kaki Razin. Hari ini, Adriana hanya mengenakan flat shoes. Masih teringat pesanan Adli. ‘Kalau pergi ke pantai, jangan pakai high heels.’ Adriana tersenyum.

“Kenapa?” tanya Adriana. Dia bersandar pada dinding sambil tangannya memeluk tubuh.

“Hmm.. I just wanna see you. That’s all,” jawab Razin. Matanya tertancap pada seraut wajah yang pernah menceriakan harinya.

Adriana hanya diam. Tengoklah puas-puas, Razin. Adriana menalakan pandangannya pada hamparan laut biru. Terasa tenang mendengar air laut yang berombak-ombak kecil ditemani dengan bau laut yang menyegarkan. Tiada bau hanyir yang mengikut apabila angin naik ke darat. Hari sudah mula panas. Terasa angin laut yang menyapu wajahnya seakan berbahang. Mungkin sebentar lagi matahari akan terpacak di atas kepala.

“Yana! Feri dah sampai,” panggil Adrian. Beg tangan adiknya diletakkan pada bahunya sementar beg pakaian mereka berdua ada di tangannya.

Mendengarkan panggilan abangnya, Adriana terus berlalu meninggalkan Razin sendirian. Razin mengikuti langkah kaki Adriana dari belakang. Adriana mengambil beg tangannya. Belum sempat dia mencapai beg pakaiannya, Adli terlebih dahulu mengambil beg itu dari tangan abangnya.

“Biar aku bawak sendiri,” pinta Adriana. Cermin mata hitam sudah dipakai, menghalang sinar mentari yang panas daripada mencemari kulitnya.

“No. Biar aku yang bawak,” balas Adli apabila keluarga dan peminat The Result bergerak ke jeti. Cuma Razin sahaja yang berada di belakang mereka.

“Tak payahlah. Aku boleh bawak sendiri,” Adriana masih berdegil. Tadi campak-campak beg aku, sekarang beria-ia nak bawak.

Adli tidak menghiraukan kata-kata Adriana. Dia terus berjalan dengan membawa dua beg pakaian di tangannya. Adriana hanya mengikut dari belakang. Muncungnya sudah panjang sedepa. Razin yang melihat kemesraan mereka berdua membuang pandang ke arah lain.

Sampai sahaja di jeti, mereka beratur untuk memasuki feri. Adriana berhati-hati apabila melangkah. Disebabkan keadaan laut yang agak berombak, jarak antara jeti dan feri sedikit jauh. Feri Duta Pangkor itu bergoyang-goyang apabila ombak mula bergerak ke tepi laut. Mujurlah semua selamat masuk ke dalam feri. Ikan todak memenuhi bawah feri. Kalau terjatuh, pasti bahaya.

Adli mengajak Adriana duduk di sebelahnya. Memandangkan barisan tempat duduk keluarganya sudah penuh, Adriana patuh pada permintaan Adli. Mereka duduk bersebelahan. Selang dua tempat duduk dari tempat duduk Adli, barulah tempat Adam dan yang lain. Sengaja Adli ingin duduk berdua dengan Adriana.

Adli membuka kaca mata hitamnya, begitu juga Adriana. Adli mengeluarkan sebungkus keropok Twisties dan mula makan.

“Nak tak?” plastik keropok dihulurkan pada Adriana.

Adriana menyambut plastik keropok itu daripada Adli dan menyuap keropok itu ke mulut.

“Tak mabuk laut ke?” tanya Adli sambil tangannya menyeluk plastik keropok Twisties di tangan Adriana.

“Taklah. Aku dah biasa naik feri, bot, kapal. Kau? Kalau mabuk, baik kau duduk luar,” balas Adriana.

“Tak adalah. Aku okey je. Eh, kau selalu naik feri? Kau pergi mana pulak?” tanya Adli.

Kalau bab makan, serahkan saja pada Adriana dan Adli. Tahulah mereka bagaimana ingin menyelesaikan makanan itu.

“Masa aku study dulu, aku selalu jalan-jalan. Kau tahu tak Pulau Nami? Alahh.. pulau yang jadi tempat drama Winter Sonata tu. Lawa gila tempat tu. Berpeluang jugak aku ke sana,” ujar Adriana ceria. Satu demi satu keropok itu masuk ke tekaknya.

“Oh.. tempat yang Yoo Jin dengan Joon Sang naik basikal tu, eh? Pulau Jeju, kau pergi tak?” tanya Adli lagi.

“Haa.. pandai pun! Layan pulak kau dengan cerita sedih,” ejek Adriana.

Mereka sama-sama ketawa.

“Aku ada pergi Pulau Jeju. Tapi sekali je. Aku selalu pergi Pulau Nami. Best. Nanti aku bawak kau pergi sana. Kalau ada masa,” tokok Adriana.

“Alright. Teringin jugak aku ke sana. Macam best je,” kata Adli.

“Bukan macam. Memang best pun. Kawan aku yang memang orang Korea tu yang selalu bawak kitorang jalan-jalan serata Korea.”

“Kitorang?” Adli mengangkat kening. Matanya dihalakan pada Razin yang duduk bersama adiknya di bahagian belakang.

Adriana turut berpaling, mencari tempat di mana arah pandangan mata Adli jatuh.

“Eh! Bukanlah. Aku dengan kawan-kawan sekuliah aku. Nama kawan aku yang original Korea tu Kim Ji Seo. Handsome sangat. Ramai peminat. Macam kaulah, selalu menyanyi. Sebab tu dia famous. Lepas tu, orang Jepun. Nama dia Hiroshi Koizumi. Lelaki jugak. Dia tak handsome, comel je. Acting dia pun, sangatlah comel. And lastly, Laila dengan Darius. Yang kau dengan band mates kau datang diorang bertunang. Itu jelah kawan aku dekat sana,” jelas Adriana.

Adli mengangguk. Rasa cemburu yang tadinya datang diundang mula menghilang apabila mendengar jawapan daripada Adriana.

Dari jauh, Razin hanya mampu mengeluh walaupun hatinya pedih seolah-olah dicarik-carik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience