BAB 28

Romance Completed 30249

PAGI itu, Adrian tidak mengikuti The Result dan peminat-peminat mereka mengelilingi Pulau Pangkor dan singgah ke tempat-tempat pembuatan belacan, kilang pemprosesan makanan laut dan pusat ekonomi penduduk di pulau itu. Adrian duduk di pantai, di bawah sebuah kanopi yang tersedia untuk kemudahan pelancong.

Adrian menarik nafas panjang. Terlalu lama dia tidak menghabiskan masa seperti ini. Yang diketahuinya cuma bekerja, bekerja dan bekerja. Seliparnya ditanggalkan dan dia mula berjalan di hamparan pasir yang putih dan bersih. Matanya tidak lepas-lepas menghayati keindahan laut yang hanya bergelora sedikit. Adrian mengeluh. Kan bagus kalau Dhamirah masih ada. Dia sukakan laut, sama seperti Adriana. Tiba-tiba, bayangan wajah Dhamirah diganti dengan senyuman manis seorang gadis. Gadis yang pernah muncul dalam hidupnya buat seketika, dan meninggalkannya setelah Adrian berjaya membuang kesedihan dan kesesalan atas pemergian Dhamirah.

Empat tahun lalu, ketika Adrian masih menyambung pelajaran di University of Cambridge dalam bidang arkitek, dia masih belum boleh menerima hakikat yang dia sudak kehilangan Dhamirah. Sewaktu Adrian menghabiskan cuti musim sejuk bersama keluarga ke Dublin, secara tidak sengaja, dia terlanggar seorang gadis. Gadis itu sangat peramah. Namanya Nurul Syakira Melinda. Ya, Syakira yang sedang mengikuti percutian ini.

Adrian buntu, haruskah dia menegur Syakira? Mungkin tidak. Syakira juga nampaknya langsung tidak menghiraukan Adrian. Sebelum pertemuan kali terakhir dia dan Syakira, Syakira benar-benar marah padanya. Katanya, dia tidak pernah bertemu dengan lelaki selemah Adrian.

“Adrian.. saya ada sesuatu nak beritahu awak,” Syakira memulakan bicara setelah mereka duduk di sebuah pangkin di taman berdekatan dengan kolej Syakira di Dublin.

“Apa dia?” tanya Adrian.

Seminggu lagi, dia akan pulang ke United Kingdom semula memandangkan cutinya hampir habis. Pertemuan singkat dia dan Syakira adalah sesuatu yang menggembirakan Adrian. Syakiralah yang menjadi pemandu pelancong Adrian sekeluarga. Ketika percutian itu, Adriana tidak dapat ikut sama memandangkan dia sibuk dengan peperiksaan SPM yang kian hampir.

“Awak pernah kata, cinta pertama awak Dhamirah, kan?”

Adrian mengangguk.

“Saya rasa, inilah masa awak bina hidup baru. Honestly, saya sukakan awak. Tapi, saya takkan paksa awak untuk terima saya. Saya tahu siapa saya. Saya baru je kenal dengan awak dan awak tak tahu banyak perkara tentang saya. Apa yang boleh saya katakan, awak patut berhenti daripada bersedih. Keadaan awak sama macam awak berkabung. Berkabung tu bukan sesuatu yang dituntut dalam agama,” luah Syakira jujur.

Sepanjang perkenalan mereka yang baru sahaja berusia lima bulan ini asyik ditemani dengan nama Dhamirah. Mereka berkongsi pangkal nama yang sama, iaitu Nurul. Tetapi, Dhamirah adalah seseorang yang lebih baik berbandingnya. Syakira anak orang susah yang bercita-cita ingin mencipta nama di persada fesyen antarabangsa. Dia pernah melukai hati ibunya dengan memilih untuk mengejar cita-citanya sendiri. Jadi, dia harus menunjukkan pada ibunya yang dia berbakat dan dia pasti akan berjaya. Dia tidak mahu ibunya kecewa dengannya. Duit belanja di Dublin dan duit bagi menampung pelajarannya datang dari dirinya sendiri. Dia bekerja di sebuah butik berhampiran dengan rumahnya.

“Saya tak mampu. Hati dia hanya pada dia. Datanglah sepuluh Dhamirah lain pada saya, saya tak nak. Saya hanya mahu Dhamirah saya, Dhamirah yang dulu. Awak takkan faham. Awak tak pernah mengalami apa yang saya alami. Saya hilang orang yang saya sayang,” jelas Adrian.

“Itu baru sikit.”

“Sikit awak kata? Awak pernah tak hilang orang yang awak cinta! Betul, tak? Saya pernah. Sebab sayalah dia meninggal. Kalaulah saya jaga dia elok-elok dulu, mesti semua ni takkan jadi. Saya tak tahu, kenapa awak kata benda ni sikit. Saya hampir lumpuh seumur hidup, awak tahu tak? Saya ingatkan awak faham perasaan saya. Saya ingatkan saya ada chemistry dengan awak. Rupanya awak pun sama dengan orang lain. Orang yang asyik suruh saya lupakan cinta pertama saya,” marah Adrian. Dia benar-benar kecewa.

“Kenapa? Sebab awak just kehilangan seorang perempuan, seseorang yang masih belum sah bergelar isteri awak. Saya? Ayah saya meninggal sebab saya! Demi seorang anak yang tak mengenang budi, dia korbankan matanya pada saya! Sebelum dia meninggal, dia hilang penglihatan semata-mata untuk anak dia yang koma masa tu. Saya bantah kehendak emak saya. Saya bawak diri ke tempat orang untuk cita-cita saya. Emak saya tak pernah restui apa yang saya buat sekarang. Bagi dia, dia tak ada anak macam saya. Anak yang teruk, derhaka, degil. Saya hidup susah dekat sini, sebab tak dapat restu daripada emak saya. Saya tak ada keluarga sekarang! Saya tak ada kawan! Sebab saya anak orang susah. Tapi, saya bersyukur sebab saya masih hidup walaupun hidup saya susah. Tapi awak.. awak lagi teruk daripada saya. Awak ada keluarga, awak ada kawan. Kenapa awak tak bersyukur? Kalau saya di tempat awak, saya takkan jadi macam awak. Penakut! Pengecut!”

Syakira berlalu meninggalkan Adrian. Adrian yang tadinya termangu-mangu memanggil-manggil nama Syakira. Namun, langsung tidak dihiraukan. Adrian mula diserbu rasa bersalah. Itulah kali terakhir dia melihat wajah yang tenang itu.

Adrian kembali ke alam nyata. Kelihatan Syakira sedang berjalan di persisiran pantai, sendirian. Nampaknya, cara dia berpakaian sudah nampak lain. Mungkin kerana dia adalah seorang pereka fesyen. Adrian berpaling di saat matanya bertentangan dengan mata milik Syakira.

“YANA!!” Adli menyergah Adriana dari belakang.

Sebungkus sotong kering yang sudah siap dipaketkan jatuh dari tangan Adriana.

“Adli! Kenapa selalu sergah aku? Nak makan penampar?” marah Adriana.

Kakak yang sedang menjaga makanan kering itu tersenyum-senyum. Inilah agaknya girlfriend si Adli. Yang selalu kena gosip dekat internet tu.

“Eh, Yana. Sorry. Not my intention,” Adli merapatkan kedua-dua belah tangannya dan diletakkan ke bibir.

Adriana mula berasa bengang. Sudahlah dia tengah stress dengan kehadiran Razin dalam percutian mereka, dia mula bad mood disebabkan monthly call, Adli yang asyik berkepit dengan Julia. Sekarang, dia dimalukan pula di hadapan peniaga ini pula. Adriana terus berlalu dari situ dan bergerak ke laut. Terasa ingin menangis pun ada. Sensitif betul kalau time-time macam ni.

“Yana.. sorrylah. Aku tak..”

Adli tidak menghabiskan kata-katanya apabila terpandangkan wajah Adriana yang merah. Matanya berair.

“Abang!” panggil satu suara.

Adli berpaling. Kelihatan Julia sedang melambai-lambai ke arahnya. Adli mengeluh.

“Yana..” panggilnya lagi.

“Pergilah. Julia panggil tu,” ujar Adriana.

Adli terus berlari menuju ke arah Julia. Melihatkan Adli yang berlari meninggalkannya, hati Adriana semakin terusik. Adli, aku ingatkan kau akan pilih aku instead of Julia. Akhirnya, air mata yang ditahan terhambur jua.

Razin yang menyaksikan drama itu tersenyum tawar. Kakinya dihalakan ke arah di mana Adriana sedang berdiri.

“Yana,” tegur Razin.

Adriana cepat-cepat menyeka air matanya dengan hujung jari. Rambutnya yang kurang sejengkal daripada pinggang beralun-alun ditiup angin.

“Hmm..” jawabnya lemah.

“Biasalah tu. Janganlah ambil hati,” ujar Razin.

Adriana berpaling. Dia nampak kot aku nangis. Adriana terasa segan dengan Razin. Dia tunduk memandang pasir sambil kakinya menguis-nguis pasir pantai.

“Tak ada apalah,” balasnya perlahan, namun masih didengari Razin.

“Yana.. boleh Razin minta sesuatu?” tanya Razin.

Adriana hanya mengangguk. Entah mengapa, dia tidak lagi berasa benci dengan lelaki itu. Mungkin dia sudah penat menanti sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya.

“Razin tahu, mungkin kita dah tak boleh jadi macam dulu lagi. Tapi, tak salah kalau kita berkawan semula, kan? Razin sayangkan Yana, lebih daripada dulu. Can we be friend? Again?”

Razin menghulurkan tangan kanannya kepada Adriana. Adriana mencebik. Haruskah dia menerima huluran tangan itu? Atau tak perlu? Adriana mendongak. Jelas terpancar keikhlasan dalam mata lelaki itu.

Akhirnya, Adriana menyambut huluran tngan Razin. Bibirnya mengukir senyum, begitu juga Razin. Rasa macam baru kenallah pulak! Razin masih tersenyum memangdang ke arah Adriana yang sudah pun membuang pandang ke arah laut.

Adli yang baru sahaja ingin kembali kepada Adriana kaku. Apa yang baru berlaku? Mungkinkah mereka kembali menyimpul kasih?

“Eh, Abang! Kenapa?” entah dari mana pula munculnya Julia.

Adli menggeleng. Kakinya mula diatur menuju ke bahagian depan kedai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience