BAB 23

Romance Completed 30249

ADLI menekur pada mukasurat buku Alif tentang fakta mengenai tulang manusia.

“Thanks, Lee. Finally, siap jugak kerja ni,” suara Rayyan menghentikan pandangan Adli pada buku Biologi Alif.

“Tak ada hal. Benda kecik je,” balas Adli. Dia tersenyum. Buku yang berada di tangan, ditutup. Disuakan kembali kepada Alif.

Hari itu mereka menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran. Adam dan Danial juga turut serta. Mereka datang ke rumah Adli sejak pagi lagi. Bilik Adli dan Syahmilah yang menjadi tempat mereka menghabiskan masa sehingga ke tengah hari.

“Ini senarai peminat yang ikut kita ke Pangkor Jumaat ni,” Danial menyerahkan sehelai kertas A4 yang baru sahaja di print kepada Adam.

Adam meneliti senarai nama yang diberikan oleh Danial.

“Nurul Sakinah, Mohd Ramadhani, Nur Hidayah, Shafiqah Aishah, Alissa Zainal, Mohd Zikrullah, Shahrul Hafiz, Dhia Syakilla, Khairul Naim, Xiao Xing, Irdina Hashim, Maria Idora, Amirul Hakimi, Azuar Aznam, Nadia Izzati, Nadhira, Azrina Aziz, Adillah Zaid, Kamarul Fauzan, Aimi Asyikin, Mohd Harriz, Fadilah Hanim, Zulhelmi Zain, Aida Hanani, Saiful Fahmi,” dia membaca senarai nama itu.

“Mana lagi lima orang?” tanya Adam lagi.

“Lagi lima tu tak confirm lagi. Bukan tak confirm nak pergi, tapi tak confirm nama. Mungkin diorang belum tahu nak bawak siapa. Aku ada try call contestant tu, nama dia Dhia Insyirah. Tapi tak dapat. Maybe dia belum tahu dia dapat pergi. Tak apalah kot. Masa nak pergi nanti, bolehlah check balik siapa yang belum daftar,” balas Danial. Tangannya menggerak-gerakkan tetikus milik Adli. Cursornya dibawa ke browser Opera. Logo merah itu diklik sekali. Terpampang muka hadapan fac. Ditatapnya setiap update terkini di bahagian news feed setelah mendaftar masuk.

“Kalau macam tu, tak apa. Nanti buatlah macam kau cakap tu,” Adam melipat kertas itu berhati-hati, lalu dimasukkan ke dalam sling bagnya. “Penginapan macam mana? Dah settle semua semalam?” tanya Adam kepada Adli.

“Dah. Semua okay. Untuk kita, aku pilih Lanai Pacific Wing. Peminat pulak, Ocean Wing Room. Dua-dua awesome. Tapi saiz berbeza sikit. Bilik Ocean Wing besar sikit daripada Lanai Room. Tapi tak apa kot. Biarlah bilik diorang besar sikit,” terang Adli.

Adam dan yang lain cuma mengangguk.

“Aktiviti, macam mana? Aku rasa, baik kita buat pertandingan menyanyi. Or karaoke. Sebab, takkan nak pergi sana, buat hal masing-masing? Mestilah nak beramah mesra dengan peminat,” Rayyan yang sudah siap dengan assignmentnya duduk di sebelah Adam.

“Bagus jugak tu. Pak cik ejen tu kata, kita boleh buat aktiviti pantai, aktiviti laut. Contohnya, kita boleh buat jungle trekking, karaoke, main bola tampar pantai, snorkelling, scuba diving, pusing-pusing pulau naik bot, main ping pong, jalan-jalan sekitar pulau. Pergi tengok kilang belacan, proses orang buat makanan laut kering. Nak memancing pun boleh, atau pergi kutip rumpai laut. Lama-lama kat sana, tapi takde aktiviti, tak guna jugak. Nak buat BBQ pun boleh,” Adli duduk di birai katil, menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan sewaktu percutian itu nanti.

“Not bad. Macam best je,” celah Alif. Dia duduk di sebelah Adli. “Tapi, rasa macam.. tak cukuplah. Kita kena tambah lagi ni. Nanti peminat bosan, macam mana?”

“Kita jelajah Pangkor jalan kaki. Day by day. Sambil-sambil tu boleh singgah lain-lain tempat. Kalau rasa tak okey, naik motor. Kalau berjalan kaki, mesti lama masa yang kita ambil untuk tengok keseluruhan pulau,” sampuk Danial. Tangannya masih ligat menekan-nekan papan kekunci desktop Adli.

“Betul jugak tu. Kalau macam tu, nanti aku buatkan jadual,” Alif menawarkan diri untuk membantu.

Masing-masing mengambil kertas dan pensel. Mereka mencatatkan sesuatu pada kertas sambil berbincang. Adli mengeluarkan fliers yang diberikan oleh Pak Cik Hassan.

DHIA SYAKILLA masih lagi menghadap komputer ribanya. Sibuk dengan rakan-rakan di alam maya. Fac page kumpulan The Result dibuka. Dhiamula rasa berdebar. Dia masih belum memeriksa nama-nama peminat yang layak menyertai percutian bersama The Result.

‘Percutian bersama The Result akan diadakan pada Sabtu ini. Diminta para perserta yang terpilih berkumpul di dataran berhadapan dengan Hotel Putra pada hari Jumaat, petang. Kita akan bermalam di Lumut sebelum menaiki feri ke Pulau Pangkor, bagi memmudahkan perjalanan. Diharap semua peserta akan berada di sana dan diharapkan anda dapat memberikan kerjasama agar segalanya berjalan lancar. Terima kasih. ? - Danny Danial.

P/S : To Dhia Syakilla, anda masih belum memberikan nama penuh anda, nombor IC dan nama teman anda. Thank you ?’

Satu demi satu perkataan itu dibacanya.

“Yessssss! Dapat pergi holiday dengan The Result,” Dhia melompat-lompat kegembiraan. Pantas sahaja dia berlari ke luar rumah. “Mama! Dhia dapat pergi holidaylah!”

“Holiday? Holiday apa?” tanya Razin, yang duduk berhadapan dengan ibunya, Puan Sri Mariam.

“Holiday dengan The Result,” balas Dhia gembira. Dia duduk di sebelah abangnya.

Razin senyap. The Result? Kawan-kawan Adriana.. dan.. kekasih Adriana? Razin menghela nafas berat. Selama ini dia tidak pernah kisah dengan kumpulan itu. Tetapi, akhir-akhir ini dia sering mencari berita-berita tentang mereka. Dan sudah tentu tentang Adli dan Adriana. Ternyata memang sudah banyak gosip mengenai mereka. Mereka selalu dilihat bersama-sama. Keluar makan, berjalan-jalan dan juga membeli-belah. Itu sudah cukup menunjukkan sejauh mana hubungan mereka. Setiap kali mereka digosipkan, tiada penafian yang dibuat olek kedua-dua pihak. Nampaknya, benarlah telahan media dan peminat. Adli dan Adriana berhubungan lebih daripada sahabat.

“Dhia pergi sana nanti, jaga diri baik-baik. Jangan buat yang bukan-bukan pulak,” pesan ibunya.

“YelahMama. Mama janganlah risau. Pandailah Dhia jaga diri nanti,” jawab Dhia sambil memeluk erat bahu ibunya. “Tak sabar nak jumpa Lee dengan Danny. Diorang handsome.”

Satu keluhan lagi terlepas dari bibir Razin. Ya, anggota kumpulan The Result mempunya rupa paras yang kacak. Mereka juga baik dan menghargai peminat. Jika tidak, sudah tentu mereka tidak akan datang ke majlis pertunangan Laila dan Darius. Dia ke majlis itu pun kerana Melissa. Awalnya, dia tidak mahu ke majlis itu kerana dia tidak sanggup berdepan dengan Adriana. Tetapi, rasa hatinya dipendam sendiri. Akhirnya dia akur, walaupun dia bimbang akan bertemu dengan gadis itu. Sudah tentu dia berada di sana, kerana Laila adalah kawan baiknya.

“Lee tu dah ada buah hati,” celah Razin.

“Elehh.. mana Abang tahu? Abang ada tanya dia? Abang kenal dia?” soal Dhia tidak berpuas hati.

“Tak baca ke gosip pasal dia? Keluar ke sana ke mari dengan girlfriend dia. Tak baca?” soalan Insyirah dijawab dengan soalan juga.

“Dah nama pun gosip, mestilah tak betul,” bidas Dhia. Dia tidak mahu mempercayai kata-kata abangnya.

“Kalau Abang kata Abang kenal dia, macam mana? Adik percaya?” soal Razin lagi. Masih jelas terbayang kemesraan di antara Adli dan Adriana.

“Takkanlah. Adik sure yang abang tak kenal dia,” jawab Dhia degil.

“Okay, okay. Abang tak kenal dia. Abang pernah jumpa dia. Dia ada girlfriend dah,” balas Razin.

“Kalau dia ada girlfriend pun apa masalahnya? Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, inikan pulak couple? Adik dah dapat chance nak jumpa Lee! He’s my ideal type.”

Razin menggeleng. Panas telinganya mendengarkan kata-kata adiknya.

“Kenapa Adik cakap macam tu? Tak baik. Mana nak campak Ikmal? Tak kesian ke kat dia?” Razin mula menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya.

“Abang, kalau ibu ketam berjalan senget ajar anak dia berjalan lurus, Abang rasa anak-anak dia ikut, tak? Tak. Betul? So, Abang pun pernah buat benda yang sama, why not Abang biarkan Adik? Abang tinggalkan girlfriend Abang kat Korea tu semata-mata untuk Melissa. Abang tak ingat?”

“Siapa yang ajar Dhia cakap macam tu dengan Abang?Mama dengan Papa tak pernah pun ajar cakap kasar dengan abang-abang Dhia,” tegur ibunya.

Razin membatu. Memang apa yang diperkatakan oleh Insyirah benar. Memang dia pulang ke Malaysia dan meninggalkan Adriana sendirian. Tetapi, sebagai seorang lelaki, dia tidak mungkin boleh diperbodohkan oleh seorang perempuan.

“Sorry, sorry. Not my intention.Adik tak sengaja. Maafkan Adik,” Insyirah mula rasa bersalah. “Abang, adik daftar nama abang pergi dengan adik. Adik tak ada kawan nak ajak,” tutur Insyirah lembut. Dia duduk di sebelah abangnya.

Razin terdiam. Adakah dia bakal berjumpa dengan Adriana dan teman lelakinya lagi? Mampukah dia bertahan melihat kemesraan mereka? Dia sendiri pun tidak pasti mengapa dia bersikap sebegitu. Hampir dua tahun dia menghilangkan diri, meninggalkan Adriana. Sepatutnya dia sudah mampu melupakan Adriana. Mengapa dia masih belum berjaya melupakan Adriana? Sangkanya, apabila dia memilih untuk bersama dengan Melissa, dia tidak akan mengembalikan hatinya kepada Adriana. Tetapi, kehadiran Adriana benar-benar membuatkan dia kembali ke masa lalu. Setiap senyuman dan lirikan Adriana membuai naluri lelakinya. Dahulu, senyuman Adriana adalah miliknya. Kini, dia langsung tidak melihat Adriana tersenyum padanya.

“Razin, I nampak dengan mata kepala I sendiri. Memang si Adriana tu. I takkan cakap kalau benda ni tak betul!”

Razin melemparkan telefon bimbit milik Melissa ke sofa. Berombak-ombak dadanya menahan marah. Bayangan Adriana berpelukan mesra dengan lelaki itu memenuhi setiap pelusuk jiwa raganya. Tidak malukah mereka berpelukan di khalayak ramai? Lelaki itu juga tanpa segan silu mencium dahi Adriana.

“Bila aku pegang tangan dia sikit, dia marah-marah aku. Haramlah, dosalah. Sebab jantan ni rupanya! Dasar perempuan tak guna!” jerit Razin. Merah padam mukanya.

Melissa mengurut dada. Terkejut dengan jeritan Razin yang kuat. Melissa tersenyum mengejek. Dia bangun dan menghampiri Razin.

“Sekarang, you percaya apa yang I cakap, kan? I taklah jahat sampai nak fitnah si Adriana tu,” Melissa mula memasukkan umpan. Dipeluknya Razin dari belakang.

Razin diam. Hancur hatinya saat itu. Dia hanya ingin membahagiakan Adriana. Mengapa dia yang harus menanggung segala keperitan ini?

“I nak ke Korea, nak jumpa dia!” tegas Razin. Tangan Melissa yang berlingkar di pinggangnya ditolak kasar.

“Kalau you pergi sana pun, you ingat dia nak beritahu you the truth? Orang, kalau dah buat salah, dia takkan mengaku! Don’t be silly!” marah Melissa separuh menjerit.

Razin yang baru sahaja melangkah dua anak tangga mematikan langkahDia mula teragak-agak. Tetapi, apa yang diperkatakan oleh Melissa ada juga benarnya. Dia kaku. Apa yang harus dilakukannya? Dia terduduk. Yana, sampai hati kau buat aku macam ni! Dalam api kemarahan yang mula menyala, dia dihimpit dengan rasa pilu.

“Abang!” suara Dhia yang nyaring memukul gegendang telinganya. Wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangan.

“Apa?” tanyanya lemah.

“Abang ikut adik, okey? Adik dah settlekan semuanya tadi. Tak sabar nak pergi holiday dengan The Result!”

ADRIANA masih berkira-kira. Hendak masuk atau tidak? Sudah hampir sepuluh minit dia berdiri di situ. Sampai sahaja dia di studio itu tadi, tangannya pantas menolak pintu bilik itu. Kelihatan ada dua orang wanita yang sedang leka berbual dengan Adli dan rakan-rakannya. Bungkusan di tangan dibelek. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Baru sahaja dia ingin berpaling, pintu itu terkuak. Terpacak tubuh Danial bertentangan dengannya. Satu senyuman dihadiahkan buat Adriana.

“Yana. Apasal tak masuk?” tegurnya ramah.

Adriana turut tersenyum. Namun, tiada apa yang terkeluar di bibirnya saat itu. Matanya tertumpu pada Adli dan wanita yang berskirt pendek di sebelah Adli. Danial menuruti pandangan mata Adriana. Danial tersenyum, tetapi cepat-cepat dia mengawal senyumannya.

“Masuklah, Yana,” Danial mempelawa Adriana masuk. Adriana hanya mengikut dari belakang. Dia duduk di sofa yang masih kosong.

“Kalau macam tu, we need to find someone that can be your manager 24/7,” cadang wanita yang berseluar pendek. Adriana diam, hanya mendengar.

“Kalau boleh, biarlah bujang. Tak ada tanggungjawab lagi. Kalau ada anak, bini, susahlah sikit. Nanti nak kemana-mana, ada hal pulak kat rumah,” tokok wanita yang memakai skirt pendek itu pula.

“Korang jelah yang jadi manager kitorang. Amacam? Boleh?” tanya Adli. Dia tergelak.

Perempuan yang berada di sebelah tergelak manja. Paha Adli menjadi sasaran tapak tangannya. Adriana mengetap bibir. Tiba-tiba timbul rasa menyampah.

“Eh, aku nak masuk bilik sebelah sana. Nak tengok. Semalam korang kata ada wayar yang short, kan?” sampuk Danial tiba-tiba.

“Kau reti ke nak betulkan tu?” tanya perempuan berseluar pendek.

Danial diam tanpa sebarang jawapan. Dia bangun dan berjalan. Sliding door yang memisahkan bilik latihan, studio dengan bilik menonton ditolak. Dia masuk ke dalam. Adli dan rakan-rakannya meneruskan perbualan yang terganggu seketika tadi. Adriana yang sedar dia tidak diperlukan di situ bingkas bangun dan mengikuti langkah Danial. Tanpa disedarinya, ada sepasang mata yang mengiringi langkah kakinya.

“Bilik apa ni?” soal Adriana sebaik sahaja dia masuk ke bilik menonton The Result.

“Bilik ni kitorang panggil bilik menonton. Nak tengok TV, kat sinilah. Kalau ada performance yang kitorang dah buat, kitorang tengok balik kat sini. Bolehlah tengok kat mana kurang, okey ke tak,” jelas Danial panjang lebar.

Adriana mengangguk.

“Apa yang rosak? Short?” Adriana berjalan menghampiri Danial.

“Entahlah, Yana. Lampu dengan TV ni,” ujar Danial. “Hari tu boleh on, semalam dah tak boleh.”

Adriana bergerak ke arah televisyen yang diletakkan pada almari pasang siap yang berwarna putih itu. Danial mendongak-dongak melihat ke arah dua buah lampu yang tidak menyala. Lampu-lampu yang lain masih terang memancarkan cahaya.

“Fuse kot. Dengan cok,” ujar Adriana. Dia masih leka dengan televisyen di hadapannya. Perlahan-lahan ditanggalkan plag televisyen itu.

“Kau tahu?” tanya Danial kehairanan. Dia datang menghampiri Adriana.

“Tak adalah tahu sangat,” balas Adriana, merendah diri. Walhal, dia arif tentang pemasangan dan pendawaian elektrik.

“Kau tak tahu?” dia berpaling menghadap Danial.

Danial hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, diiringi sengihan. Adriana ketawa.

“Habis tu, macam mana korang nak betulkan ni?”

“Ingat petang ni nak panggil technician. Mintak diorang betulkan,” jawab Danial.

Adriana mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Nombor Adrian didail.

“Assalamualaikum. Abang, abang kat mana?” soal Adriana setelah panggilannya dijawab.

“Abang kat rumah ni. Baru balik dari site. Kenapa?” tanya Adrian, setelah menjawab salam adiknya.

“Yana ada kat studio Adli. Ada problem dengan wiring. Abang datang sini bawak toolbox Yana, boleh?” soalnya lagi.

“Yana datang naik apa tu?”

“Yana mintak Pak Majid hantar tadi. Tak naklah naik kereta abang. Besar sangat,” jawab Adriana. Dia dan Adrian tergelak. Seperti Razin, Adrian juga memiliki sebuah Chevrolet Captiva.

“Kalau macam tu, okay. Kejap lagi abang sampai,” Adrian mematikan talian.

“Abang Adrian. Kejap lagi dia sampai,” ujar Adriana, seraya menyimpan telefon bimbitnya semula.

“Abang Adrian nak tolong buatkan ke?”

“Tak adalah. Abang Adrian tu dulu ambil sama course dengan kau. Aku la yang tolong betulkan ni.”

Adriana meletakkan beg tangannya ke meja kecil yang diletakkan di tepi dinding. Danial seolah-olah tidak percaya.

“Aikk? Orang lemah lembut macam kau ni nak memanjat? Hairan,” kata Danial. Dahinya dikerut-kerutkan.

Adriana cuma mengangkat bahu. Ada senyuman yang bertenggek di bibirnya.

“Eh.. tadi aku ada bawakkan ni,” Adriana mengeluarkan pelbagai jenis bunga yang berlainan warna, untuk dihiaskan di lot kepunyaan The Result itu. “Ada vase?”

“Ada kot. Kejap. Aku tengok,” Danial berlalu keluar.

Adriana memerhati sekeliling bilik itu. Kemas dan teratur. Bilik itu dihiasi dengan perabot berwarna merah dan putih. Dindingnya pula diwarnakan dengan warna hitam, kelabu dari berbagai tone. Keatif, desisnya. Sesekali, dia mengalihkan matanya keluar dari bilik itu. Nampaknya, Adli tidak meghiraukan kehadirannya di situ. Adriana mencebik. Dia duduk di sofa, bunga-bunga itu diletakkan ke meja. Kelihatan Danial masuk kembali ke bilik itu dengan tiga buah pasu kaca dan plastik di tangan.

“Kau beli ke?” tanya Danial setelah Adriana mengambil pasu-pasu itu. Dia duduk di sofa bersebelahan lain, bertentangan dengan Adriana.

“Taklah. Roses ni aku ambil dekat halaman rumah aku. Daun-daun dengan daisies ni abah aku ambil kat kebun, kat Cameron,” jawab Adriana.

Danial mengangguk. Adriana mengeluarkan bunga-bunga yang sudah berkembang dan yang masih belum berkembang mekar keluar daripada surat khabar yang membaluti bunga-bunga tersebut. Dia bangun nak menuju ke sinki yang berada betul-betul bersebelahan dengan pintu bilik air yang tersedia di dalam bilik itu. Span-span yang dibawa dari rumah dibasahkan dengan air, dan dimasukkan ke dalam pasu-pasu tersebut.

“Yang kat luar tu, stylish kitorang. Sebab itulahnampak rapat,” kata Danial.

Adriana tersenyum. Dia kembali ke tempat duduknya. Satu-persatu bunga dimasukkan ke dalam pasu. Diselang-selikan bunga dengan daun-daun hijau. Setelah satu pasu siap, dia beralih pula ke pasu kedua dan ketiga. Akhirnya gubahan bunga terletak cantik dalam pasu tersebut.

“Lawa gila! Terror kau, Yana,” puji Danial. Dia bangun. Sebuah pasu diletakkan di meja itu, dan dua lagi dibawa keluar. Mungkin akan diletakkan di dalam studio dan di meja kawasan rehat mereka di bahagian luar.

Adriana menghela nafas panjang. Deringan telefon membuatkan dia segera berpaling. Laju sahaja telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam beg.

“Abang! Kenapa lambat sangat?” soalnya, tanpa melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.

“Yana..”

Adriana terdiam. Suara itu! Adriana kaget. Dilihatnya nombor yang tertera. Sah! Bukan nombor telefon abangnya.

“Ya, encik. Cari siapa?” tanya Adriana. Cuba mengawal nada suaranya.

“Ni Razin. Yana sihat?” soalnya. Dia tidak perlu bertanyakan siapakah pemilik suara itu, kerana suara Adriana sentiasa terlipat kemas di ingatannya.

“Saya sihat je,” jawab Adriana bersahaja. Degupan jantungnya semakin laju.

“Razin dapat nombor Yana ni daripada Darius,” ujar Razin. Cuba mencari topik mengajak Adriana berbual.

“Tak tanya pun,” sahut Adriana.

Mendengarkan jawapan Adriana, Razin ketawa kecil. Ternyata sikap Adriana masih seperti dulu. Adakah hatinya juga seperti dulu? Entah mengapa, Adriana merasakan seolah-olah Razin ada disebelahnya.

“I miss you, Yana. If I’m asking you for a lunch, will you agree?” soal Razin. Adriana membisu.“Yana..” panggil Razin.

Mendengarkan suara Razin yang memanggil namanya dengan lembut, Adriana sebak. Air matanya menitis tanpa dipaksa.

“Yana!”

Sergahan Adrian membuatkan Adriana tersentak. Butang end call ditekan. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang sudah membasahi pipi mulusnya itu.

“Abang! Terkejut Yana!” Adriana mengukir senyum paksa.

“Are you just.. crying?” soal Adrian.

“No. I’m not,” balas Adriana. Ditahannya juga rasa sedih yang mula bertandang di lubuk hati. “Mana toolbox Yana?” tanya Adriana, cuba menukar topik perbualan mereka.

Adrian menghulurkan kotak yang berisi perkakas untuk membaiki peralatan elektrik. Adriana menyambut kotak itu lalu berjalan menuju ke almari yang tersusun rapi. Mujurlah hari itu dia cuma mengenakan t-shirt dan jeans. Mudahlah kerjanya untuk memanjat. Flat shoesnya ditanggalkan. Dikeluarkan testpen dan playar dari dalam kotak, kemudian dimasukkan ke dalam poket belakang seluarnya. Wayar-wayar dan kompnen lain dimasukkan juga ke dalam poket. Seperti lagak seorang profesional, Adriana mula melakukan tugasnya.

“Not bad,” suara wanita yang berskirt pendek menyapa telinga Adli. Dia yang tadinya khusyuk melihat ke arah Adriana hanya tersenyum. Of course she is! She’s my girl!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience