BAB 36

Romance Completed 30249

ADLI menulis sesuatu pada buku nota di hadapannya. Jam di meja study itu dikerling sekilas. Sudah jam dua pagi, dia masih belum mampu mencari idea untuk dijadikan lagu. Dalam kumpulan The Result, Adlilah yang selalu menjadi penulis lirik. Ideanya selalu segar dan menarik hati para pendengar.

Adli menarik nafas. Ballpen biru yang sudah ada di meja kembali dicapai, lalu digenggam erat. Adli memejamkan mata buat sesaat dua.

Bayu.. bisikkan padaku nada cinta,
Khabarkan padanya aku sedang rindu..
Sedang malam berlabuh,
Hadirkan aku dalam setiap mimpi-mimpinya..

Dikau ibarat bulan yang membuatkan ku..

Membuatkan aku.. membuatkan aku.. Adli menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Arghhh!” jeritnya separuh kuat. Kepalanya diletakkan ke meja sambil mengetuk belakang pen ke permukaan meja.

“Hoi! Diamlah. Aku nak tidur!”

Suara Syahmi yang serak-serak basah itu mengganggu Adli. Dia duduk menegak dan berpaling merenung adiknya yang sudah membuka mata memandangnya.

“Kaulah diam. Aku tengah cari ilham nak buat lagulah. Kau ada idea?” tanyanya.

Syahmi berasa kasihan dengan Adli. Biasanya, beginilah keadaannya apabila Adli akan kembali dengan album baru. Tak fasal-fasal, tenaganya juga digunakan untuk membantu Adli. Syahmi yang masih berasa mengantuk duduk besandar pada kepala katil.

“Apa temanya?” tanyanya dengan suara yang sedikit garau.

“Love story.”

Syahmi tersengih mendengar jawapan Adli.

“Love story? Kau biar betul? Tak pernah pun kau buat lagu bertema cinta-cinta ni. Kau mengigau ke?” soal Syahmi. Rambutnya dilurutkan ke belakang.

“Betullah. Tadi macam nak pengsan kitorang fikir nak buat tema apa. Lastly Alif dengan Rayyan came out dengan love story. Kau tahulah. Aku ni tak pernah bercinta. Failed!”

Syahmi menutup mulut dengan belakang tapak tangan kirinya. Dia menguap. Habis berair matanya.

“Berapa buah lagu?”

Adli menggosok-gosok keningnya.

“Tadi kata Adam, lima buah cukuplah. Tapi kenalah keluarkan banyak-banyak sikit. Bolehlah pilih-pilih. Kau ada idea? Mungkin sebuah dua lagu tu untuk peminat memandangkan The Result tak pernah buat lagu untuk peminat,” ujar Adli.

Syahmi yang tadinya sedang duduk di katil bangun lalu mendekati abangnya. Dia bergerak ke arah meja study yang berada di sebelah meja milik Adli. Adli hanya menjadi pemerhati.

Syahmi mencapai beg sekolahnya. Sekali lagi dia menguap. Nampaknya, dia memang betul-betul mengantuk. Sebuah buku log berkulit tebal dikeluarkan dari dalam begnya, lalu buku itu disuakan kepada Adli.

“Apa ni?” tanya Adli. Satu demi satu muka surat buku itu dibukanya. Lebih kurang sama saja isi kandungan buku itu dengan buku liriknya sendiri. Penuh dengan contengan dan garisan. Jari-jemari Adli berhenti pada satu muka surat buku itu.

“Itu lirik lagu yang aku tulislah. Kebetulan je ni. Aku saja nak tulis-tulis, keluar pulak lagu ni dalam otak aku. Kalau nak tahu macam mana muzik dia, nanti aku tolong. Sekarang aku nak tidur.”

Syahmi terus berkalih kedudukan, membelakangi abangnya. Selimut tebal ditarik hingga ke paras bahu. Dia ingin sekali menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

Adli meneliti setiap muka surat buku itu. Ada sebuah lagu yang menarik perhatiannya. Dalam tidak sedar, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Rupanya, Syahmi ada bakat dalam menulis lagu. Rangkap demi rangkap lagu itu mula dibaca.

Di sini, di puncak ini aku berdiri
Aku megah melebarkan sayapku
Tanpa gerun, tanpa bimbang ku terbang
Terbang tinggi
Tinggi ke langit nan biru

Hampir aku terlena
Dibuai keasyikan dunia
Jemari yang menyentuh awan menyedarkan aku
Kau yang membawa ku ke sini

Oh!
Tanpamu, di sini bukan tempat ku
Denganmu, ku bisa berlari
Bersamamu aku terbang
Mengecapi indahnya dunia..

Oh!
Tidak mampu ku luahkan segalanya
Yang ada hanya sebuah lagu dariku
Hanya untukmu (dariku, dariku)

Kau yang selalu ada di saat aku mula ke sini
Kau yang selalu ada ketika aku mula mendaki
Kau yang selalu mendengar aku..

Hanya ucapan (terima kasih) yang aku berikan
Selama ini.. hanya kau..

Tanpamu, di sini bukan tempat ku
Denganmu, ku bisa berlari,
Bersamamu aku terbang,
Mengecapi indahnya dunia..

Tidak mampu ku luahkan segalanya
Yang ada hanya sebuah lagu dariku
Hanya untukmu (dariku, dariku)

Aku hanyalah bintang itu
Tetapi bagiku dikaulah bintang yang bersinar
Keranamu aku mampu bersinar
Kerana kasih sayangmu aku mahu terus berlari
Demi mengejar cita dan impian..

Oh!
Tanpamu, di sini bukan tempat ku
Denganmu, ku bisa berlari,
Bersamamu aku terbang,
Mengecapi indahnya dunia..

Oh!
Tidak mampu ku luahkan segalanya
Yang ada hanya sebuah lagu dariku
Hanya untukmu.. untukmu..

Adli meneliti bait-bait itu sekali lagi. Benarkah Syahmi yang mereka lirik ini sendiri? Di sudut kanan muka surat itu, tertera tandatangan Syahmi berserta ayat ‘copyright reserve – Syahmi.’

Adli mengangguk. Sungguh dia tidak menyangka bahawa lagu itu benar-benar ditulis oleh Syahmi. Pasti Syahmi bertungkus-lumus demi menyiapkan bait-bait lirik lagu itu. Syahmi bukanlah seseorang yang berjiwa sastera. Disebabkan itu, dia seboleh-bolehnya mengelak daripada memasuki kelas aliran sastera. Mungkin disebabkan Adli adalah abangnya dan rapat dengannya, dia sanggup menghabiskan masa untuk mencari inspirasi.

Adli menutup kembali buku itu. Dia tahu, pasti Adam, Danial, Alif dan Rayyan akan suka dengan apa yang ditunjukkan Syahmi kepadanya. Adli menyimpan buku itu ke dalam begnya pula. Esok dia akan ke studio, untuk membincangkan konsep, klip video, penghasilan kulit album dan segala keperluan sebelum mereka mengeluarkan album baru. Memandangkan mereka semua hanyalah bergerak secara sendiri tanpa syarikat rakaman, mereka terpaksa berdikari dalam bidang seni hanya demi peminat.

Adli menutup lampu meja lalu bergerak ke katilnya. Dia merebahkan badan sambil meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi. Saat ini, dia hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. The Result sudah mampu berdiri setanding dengan artis-artis lain di negara ini.

Pada awal kemunculan The Result tiga tahun lalu, tiada seorang pun yang mengenali mereka. Tidak kira ke mana mereka berada, tiada sesiapa pun yang akan menegur. Di universiti pula, mereka masing-masing disindir kerana niat mereka yang ingin membawa muzik mereka ke peringkat antarabangsa. Kata salah seorang rakan sekuliah Adli, Hairi, mereka tidak akan mampu mencari wang dengan lagu-lagu mereka. Daripada mereka bermain muzik, menghasilkan lagu dan menyanyi, lebih baik mereka menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Disebabkan tidak mahu dipandang rendah, Adli membahagikan masa dengan bijak. Pada waktu pagi dan petang, dia akan menghadiri kuliah seperti biasa. Pada waktu malam dan cuti, dia akan menghabiskan masa dengan anggota The Result. Oleh sebab waktu itu mereka masih belajar, mereka akan pulang ke rumah sebelum jam sebelas malam.

Setengah tahun kemudian, The Result mula dikenali dengan lagu Shining Star. Lagu yang merupakan lagu bahasa Inggeris itu mampu menarik minat anak-anak muda untuk meminati mereka. Tetapi, single keempat mereka, Mimpi Indah tidak mampu membuatkan peminat untuk meneruskan sokongan kepada The Result gara-gara lagu yang dihasilkan lebih kurang sama dengan lagu Korea, Hug nyanyian TVXQ. Mereka sendiri tidak tahu akan kewujudan lagu itu walaupun lagu itu agak popular beberapa tahun lalu. Hanya beberapa orang peminat sahaja yang memilih untuk bersama dengan The Result, menyokong mereka.

Tahun berikutnya, Adli sendiri yang menulis lagu bertajuk Kerana Dia untuk dijadikan single kelima mereka. The Result yang tidak mahu menyerah kalah mula mengedarkan rakaman itu ke setiap stesen radio. Lebih kurang lima bulan kemudian, barulah lagu itu dimainkan. Sejak itu, The Result kembali membina name di persada seni. Sejak Kerana Dia menjadi ‘song of the year’, ramai remaja lelaki dan perempuan mula meminati mereka. Kini, nama The Result bukan lagi menjadi tajuk kecil akhbar-akhbar dan majalah. Wajah lima jejaka itu sentiasa memenuhi muka depan dan tajuk utama majalah-majalah. Populariti mereka juga semakin meningkat bukan sahaja kerana rupa, bahkan sikap merendah diri mereka.

Adli tersenyum kecil. Masih diingatinya lagi detik-detik sukar itu. Dua tahun pertama itu begitu susah untuk The Result bertapak. Adli memejamkan mata. Sempat doa tidur dibaca sebelum dia hanyut dalam lenanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience