BAB 24

Romance Completed 30249

ADRIANA menghempaskan tubuh ke katil. Air matanya jatuh berjurai. Dibiarkan manik-manik jernih itu meniti di wajahnya. Tiada sendu yang mengiringi air matanya saat ini. Wajah Razin kembali mengusik jiwa. Matanya dipejam serapat yang mungkin. Bayangan Adli dan perempuan tadi pula yang muncul dilayar matanya. Lekas-lekas matanya dibuka. Wajah Adli masih bermain di minda, di mata.

“Thanks, Yana. Nasib baik kau ada. Jimat!” ujar Adam setelah Adriana turun dari tangga yang dipanjatnya.

“Not a big deal. Kalau bukan sekarang, bila nak apply apa yang dah belajar dulu?” kata Adriana, tersenyum. Peralatan yang sudah digunakan disimpan kembali ke dalam kotaknya.

“Yana dah makan?” tanya Adrian. Kotak yang berada di tangan Adriana bertukar tangan.

“Belum. Abang?” soal Adriana.

“Belum. Nak ajak kawan-kawan Yana ni makan sekali. Jom,” Adrian menepuk perlahan bahu Danial.

“Nak makan? I got an appoinment. So, how?” sampuk Adli.

“Dengan siapa?” tanya Rayyan kehairanan. Setahu dia, Nabila dan Amira sudah pulang tadi.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut, menjawab pertanyaan Rayyan, kelihatan seorang gadis yang berbaju kurung hijau melangkah masuk. Dia tersenyum ke arah mereka. Lengan Adli dipeluk manja.

“Meet my friend, Julia,” Adli memperkenalkan gadis itu kepada mereka.

“Hai, Julia,” sapa mereka serentak. Cuma Adriana. Dia hanya diam.

“In case kenal Syakira Melinda, inilah adik dia,” ujar Adli lagi. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Julia. Julia membalas senyuman itu.

Saat ini, hatinya seolah-olah disiat-siat. Kini, sudah ada yang mengambil tempatnya sebagai kawan baik Adli. Air matanya ditahan daripada terus mengalir. Sebak hatinya. Pada mulanya, dia ingin mengadu tentang panggilan Razin tadi. Tetapi, dia tidak mahu meneruskannya.Adakah aku kembali menjadi Adriana yang dulu? Ah, tak mungkin! Aku sedih sebab Adli tak layan aku. Aku kawan baik dia!

Adriana duduk di birai katil. Kepalanya disandarkan pada kepala katil. Deringan dari telefon bimbitnya membuatkan dia tersentak. Razin!

“Hi, Yana,” kedengaran Razin memanggil namanya.

“What do you want?” bentak Adriana.

Razin terdiam.

“Yana marah?” tanya Razin, diam beberapa saat.

Adriana menggigit bibir. Bayangan kemesraan Adli dan Julia kembali menghantui.

“No, I’m not,” balas Adriana.

“If so, baguslah. I’m going to join The Result and fans,” ujar Razin tanpa dipinta.

“Tak kisahlah. Not my vacation,” jawab Adriana, acuh tak acuh.

“But, you must be there, right? Since your boyfriend akan ada kat sana.”

Adriana mencebik. Boyfriend? Bantal empat segi di kaki dicampakkan ke dinding. Dia mendengus geram.

“Yana..”

“Nak apa lagi?” tanyanya kasar.

Kini, Razin pula yang terdiam. Sukar melihat Adriana marah. Bahkan dia tidak pernah melihat Adriana marah. Baru sahaja dia mahu menjawab pertanyaan Adriana, talian terlebih dahulu dimatikan.

Adriana kembali berbaring. Telefon bimbitnya diletakkan ke. sisi. Patung Kuma Kuma pemberian Adli dipeluk erat.Mana Adli? Dia berkira-kira sendiri. Deringan dari telefon bimbitnya sekali lagi membuatkan dia bangun

“What else, Razin?” Adriana cuba mengawal suara.

“Yana.. ini aku. Bukan Razin.”

Suara Adli membuatkan Adriana gugup.

“Eh.. aku ingat orang lain. Sorry,” jawab Adriana. Rambut yang menutup sebahagian wajahnya ditolak ke belakang.

“Razin.. call kau?” tanya Adli.

“Hah? Aa.. Ha’ah. Dia call aku,” jawab Adriana jujur.

“Ohh.. so, how? Dah okey?” soal Adli ceria.

“Okey apa? Macam tu jelah,” balas Adriana.

“Kalau ada jodoh, mesti korang boleh berbaik semula,” ujar Adli.

Adriana mengetap gigi. Jodoh? Berbaik? Kakinya dihentak-hentak ke tilam empuknya.

“Kau call aku ni, kenapa?” tanya Adriana bersahaja, mengawal rasa bengangnya.

“Aikkk? Nak call kawan baik merangkap girlfriend pun tak boleh ke?” ada tawa yang mengiringi kata-katanya. “Kau dah sampai rumah?” Adli cuba menukar topik setelah lawaknya tidak disambut Adriana.

“Aku baru je sampai rumah. Kau?” tanya Adriana lagi.

“Aku kat Guardian ni. Teman Julia pergi beli barang sikit.”

“Oh, ya? I’m going to hang up. Enjoy your day! Assalamualaikum.”

Cepat-cepat ditekan butang end call. Iphone kesayangan dicampak ke hujung kaki. Dia kembali berbaring. Matanya dihalakan pada bingkai gambar yang terletak elok di atas meja. Segaris senyuman terukir di bibir. Gambar dia dan Adli, semasa hari terakhir dia berada di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Korea. Bayangan Adli yang membantu melipat hujung kaki seluarnya segera menerpa. Pantas kenangan itu diusir jauh. Gila, desisnya dalam hati.

Tiba-tiba pintu biliknya terkuak.

“Yana, turunlah. Kak Tijah ada buatkan puding tu. Jom,” sapa ibunya lembut.

Adriana tersengih. Dia bangun.

“Tau-tau je kan, Kak Tijah tu Bu?” bahu ibunya dipeluk. “Jom!” mereka berjalan menuruni anak tangga.

“SIAPA? Kak Yana ke?” tanya Syahmi. Buku Fiziknya ditutup sebelum dia berbaring di katilnya, menghadap Adli. Telefon bimbit Sony Ericsson Xperia X8nya dicapai.

Adli tidak menjawab. Fikirannya jauh menerawang, teringatkan Adriana. Adriana yang mengalirkan air mata di saat menerima panggilan daripada Razin. Sengaja ditipunya Adriana. Kononnya dia berada di luar. Mungkinkah Adriana akan cemburu? Dia melepaskan satu keluhan berat.

“Kau suka Kak Yana?” tanya Adli tiba-tiba.

“Gila ke? Siapa tak suka?Dia tu dahlah baik, cantik. Pandai pulak tu. Semua orang kenal dia, mesti suka kat dia,” balas Syahmi. Matanya masih tertancap pada skrin telefon bimbitnya. “Lainlah kau.. kau bukan je suka kat Kak Yana tu..” tokok Syahmi, sengaja tidak menghabiskan ayatnya. “Eh, apasal kau tanya?”

“Saja. Tak boleh pulak aku nak tanya?” soal Adli kembali. Dia ketawa kecil.

Syahmi berpaling, menghadap abangnya.

“Kalau Kak Yana jadi kakak ipar aku, lagilah aku suka!” jeritnya teruja.

“Eh! Diamlah! Mak dengar karang. Macam perempuanlah, jerit-jerit,” marah Adli.

“Makkkkkk! Lee suka Kak Yana! Tak lama lagi Mak dapatlah menantu!” jerit Syahmi lagi.

Adli bingkas bangun, melompat ke katil adiknya. Ditekupnya kedua-dua belah tapak tangan ke mulut Syahmi. Dia tergelak besar apabila Syahmi meronta-ronta, cuba melepaskan diri.

RAZIN menolak daun pintu bilik. Dia duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Sudah dua jam dia cuba melelapkan mata, namun gagal. Wajah Adriana memenuhi setiap arah pandangannya. Dia bangun menuju ke dapur. Peti sejuk dua pintu dibukanya, lalu segelas air mineral dituang ke dalam gelas. Diamatinya seluruh kawasan kondominiumnya yang baru dibeli enam bulan yang lepas. Awalnya, dia ingin hidup sendirian, tidak mahu dikongkong. Tetapi kini, dia berasa bosan hidup bersendiri. Disebabkan itu, dia sering menghabiskan masa dengan Melissa. Apabila teringatkan Melissa, dia mengeluh perlahan.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke bilik, loceng rumahnya ditekan seseorang. Apabila dibuka, wajah Melissa terjengul di muka pintu. Dia melangkah masuk.

“Kenapa I call tak angkat?” rengeknya, sambil mengambil tempat di sofa.

Razin menutup pintu.

“I tertidurlah. Ni pun, baru bangun,” bohong Razin. Dia duduk bersebelahan dengan Melissa. “Kenapa datang sini, malam-malam buta ni?” tanyanya. Rambut Melissa yang diwarnakan sedikit perang diusap-usap perlahan.

“I risaukan youlah. I thought there’s something happened.”

Kepalanya direbahkan ke dada Razin. Razin tersenyum. Kehadiran Melissa sedikit sebanyak melegakan keresahan di jiwanya. Mengapa dia masih menginginkan Adriana jika dia sudah ada Melissa? Dia tersenyum tawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience