BAB 2

Romance Completed 30249

ADRIANA membelek-belek majalah di tangan. Cepat betul berita pasal aku keluar dalam magazine ni, bisik hati Adriana. Televisyen yang menyiarkan berita dipandang berulang kali.

"Haaa.. Yana. Dah solat?" Tegur bapanya, Datuk Abdul Aziz.

“Dah, Bah," jawab Adriana tersenyum. Majalah yang berada di tangan diletakkan ke meja.

"Macam mana? Seronok tak dapat balik ke sini?"

"Seronoklah,Abah. Dapat balik rumah sendiri, makan makanan Malaysia," jawab Adriana sambil tertawa kecil.

"Yana ni tak habis-habis bercakap pasal makan," celah ibunya. Dia membawa dulang berisi beberapa biji cawan dan sepinggan buah-buahan.

"Yelah, Bu. Yana memang suka makan. Dari kecik lagi Yana asyik makan makanan yang Ibu masak. Sebab tu la Yana suka makan," jelas Adriana sambil membantu ibunya menuang air teh ke dalam cawan. "Mana Abang? Dari semalam lagi Yana tak nampak Abang," soal Adriana. Mulutnya penuh dengan potongan tembikai.

"Makan bagi habis duludalam mulut tu, baru bercakap," ujar ibunya. Tangannya menampar paha anak perempuannya yang satu itu.

"Aduhhh! Sakitlah.." rungut Adriana, tersengih.

Gembiranya dia dapat bersenang senang di rumah. Ada ibu, abah dan abangnya yang selalu ada untuk dirinya.

Ibunya, Datin Maznah seorang surirumah sepenuh masa. Walaupun mempunyai ramai pembantu rumah untuk membantunya di dapur, Datin Maznah sendirilah yang memasak makanan untuk mereka sekeluarga. Bukannya dia sombong dan tidak mahu makan masakan pembantu rumahnya, tetapi dia lebih suka memasak sendiri. Lagi pula, makanan itu bakal dihidangkan kepada ahli keluarganya sendiri.

Mata Adriana beralih pula kepada bapanya, Datuk Abdul Aziz yang sedang menghirup teh. Sudah pun berusia lima tiga puluh tahun. Pemilik kepada sebuah empayar yang sangat disegani. Empire Holdings. Empayar besar yang membekalkan tenaga arkitek dan jurutera yang berkemahiran tinggi dari segi pembinaan dan baikpulih. Dahulu, Datuk Abdul Aziz bermula secara kecil-kecilan, namun syarikatnya semakin berkembang dengan usaha dan titik peluhnya sendiri.

Abangnya pula, Adrian Haikal mengikut jejak langkah bapanya. Mulanya dia keberatan untuk mengikut nasihat bapanya untuk mempelajari bidang yang sama seperti bapanya. Dia merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat bapanya itu. Umurnya baru sahaja mencecah dua puluh tujuhtahun, tetapi sudah memangku jawatan yang begitu besar. Biarpun pada awalnya dia tidak suka dengan apa yang dilakukannya iaitu menjadi arkitek dan terpaksa memantau kawasan kawasan pembinaan, namun kini, dia tidak lagi rasa terbeban dengan kerjanya kini. Dia sudah terbiasa dan selesa.

"Abang Yana tu pergi ke tapak projek baru tu. Lusa baru dia balik," suara bapanya memecahkan lamunan Adriana.

"Yeke.. tapi kat mana Abah?"

"Dekat Johor. Nak bina kawasan perumahan. Tanah terbiar," jawab bapanya.

Adriana mengangguk.

"Yana.." Suara ibunya membuatkan Adriana berpaling mencari wajah ibunya.

"Kenapa, Ibu?"

"Yana dah cari Adli? Dah lama kan, Yana tak jumpa dia? Lagipun, dia asyik tanya Ibu bila Yana nak balik. Dia sekarang dah jadi penyanyi."

Adriana senyap. Matanya turut terhala ke kaca televisyen. Ibu dan bapanya juga kelihatan fokus dengan berita yang disiarkan.

ADLI mencapai telefon bimbitnya. Kemudian, diletakkan kembali ke tempat yang diambilnya tadi. Bibirnya mengukir senyuman.

"Adli Syafiq!" jeritan yang nyaring itu membuat dia tersentak.

Pantas dia menoleh. Gadis yang berbaju kurung biru itu berlari sepantas mungkin, menuju ke arahnya. "Hari ni hari last aku kat sini. Malam ni aku bertolak ke Korea Selatan. Tak datang pun rumah aku? Tadi abah aku buat kenduri doa selamat. Puas aku tunggu kau, tapi kau tak datang."

Adli terdiam. Entah mengapa, berita pemergian Adriana ke Korea untuk menyambung pelajarannya membuatkan Adli sedih. Mungkin kerana kehilangan kawan baiknya. Kawannya sejak dia mula berpindah ketika Adriana berada di tingkatan satu dan dia di tingkatan dua.Setelah mengambil kelas bahasa Korea selama setahun, Adriana diterima untuk belajar di Seoul National University dalam bidang Kejuruteraan Komputer.

"Oh.. aku ada hal tadi. Aku lupa," jawab Adli mencari alasan.

Adriana masam.

"Hal apa?"

"Aku ada discussion dengan kawan kawan. Sorrylah," ujar Adli tersenyum kecil. Kelakar melihat reaksi teman baiknya itu. "As a punishment, malam ni aku temankan kau ke airport."

"Yeke? Seriously?" jerit Adriana.

Pantas sahaja dia memaut lengan Adli. Mulutnya mula berceloteh itu dan ini. Berpesan macam-macam kepada Adli, walhal dialah yang akan berada jauh daripada keluarganya. Lagaknya seperti ibu-ibu. Adli tersenyum gembira mendengar celoteh Adriana.

ADLI tersenyum sendiri. Indahnya kenangan itu. Sejak hari di mana dia menghantar Adriana ke lapangan terbang, itulah hari terakhir dia melihat wajah gadis manis yang selalu menemaninya ke mana-mana. Deringan dari telefon bimbitnya membuatkan Adli tersedar. Lambat lambat dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Slide to answer.

Dijawabnya panggilan itu.

"Hello. Assalamualaikum Encik Adli," suara yang di sebelah sana kedengaran ceria.

Siapa? Tidak pasti.

"Waalaikumussalam. Ye, saya," Adli menjawab takut takut.

"Saya peminat Encik Adli. Suka dengar suara Encik."

"Oh.. terima kasih. Tapi, mana awak dapat nombor saya ni?"

"Saya jumpa kat tiang elektrik," gurau gadis itu sambil ketawa.

"Siapa ni? Jangan main-main. Lagipun peminat saya tak panggil saya Adli," Adli menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kedengaran pemanggil tersebut ketawa dengan kuat.

"Adli Syafiqqqqqqq!" Jerit perempuan itu.

"Yana? Adriana! Kau ke?" Sorak Adli gembira. Seingatnya, cuma Adriana yang suka menggelarnya dengan nama penuh.

"Yelah! Siapa lagi?!"

"Baru sekarang kan kau call aku?" rungut Adli senang.

Perbualan di antara dua orang sahabat itu berterusan, sehinggakan langsung tidak terbit rasa mengantuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience