BAB 29

Romance Completed 30249

RAZIN berbaring di katilnya. Dia berkongsi bilik dengan salah seorang pemenang lain, iaitu Ammar. Tetapi Ammar tiada di situ. Dia keluar. Barangkali dia ingin menikmati udara pantai yang bersih. Penerimaan Adriana untuk menjadi rakannya semula adalah sesuatu yang membahagiakan dirinya biarpun bukan seperti dulu. Di matanya, Adriana nampak seperti tidak bersalah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Gambar-gambar yang pernah ditunjukkan oleh Melissa beberapa tahun lalu adalah bukti Adriana bukan perempuan yang baik. Tetapi bagaimana pula dengan Melissa? Baikkah dia kalau kelab menjadi penghiburnya, manakala arak menjadi kegemarannya?

Razin yakin, pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Tapi, apa dia? Adakah dia harus bertanyakan sendiri kepada Adriana? Kalau tanya sekarang, gambar-gambar tu semua ada di rumah. Razin mengeluh.

“YANA, come here!” panggil Adli apabila terpandangkan Adriana yang sedang mencari tempat duduk untuk makan.

Adriana hanya menurut. Dia duduk di sebelah Adli, berhadapan dengan Danial. Adriana mula menyuap nasi tomatonya ke mulut. Malas ingin bersuara.

“Abang!”

Julia datang dengan menatang sepinggan nasi. Melihatkan Adriana duduk di sebelah Adli, Julia mencebik. Ambil tempat aku pulak!

“Duduklah mana-mana,” tegur Adli.

Adriana berpaling melihat ke arah Adli. Adli hanya diam, sibuk menyuapkan makanan. Adriana bengang. Baru sahaja dia ingin berdiri, pergelangan tangannya ditangkap dengan tangan sebelah kiri Adli. Disebkan pegangan yang kemas, Adriana duduk kembali. Dipandangnya wajah Adli yang langsung tidak memandang ke arahnya.Akhirnya Adriana diam dan kembali meneruskan suapan.

Usai sahaja makan, Adli mengajak Adriana ke tepi pantai.

“Kau kenapa ni, Yana? Sensitif je,” tegur Adli setelah mereka duduk di sebuah batu di pantai itu.

“Apa dia? Aku okeylah,” tukas Adriana.

“Okey apa? Emo je aku tengok. Cepat sangat kecil hati. Especially bila dengan Julia,” tambah Adli.

Balik-balik Julia.

“Kenapa? Tak sanggup tengok Julia kena ignore? Buat apa aku tegur dia kalau dia tak pedulikan aku langsung?”

Adli mencari wajah Adriana. Adriana nampak tenang sahaja menuturkan kata-kata itu.

“Apa pulak? Bukan macam tu. Kau dah janji nak berkawan dengan dia and Kak Kira, kan? Aku just tuntut janji kau je, Yana,” Adli masih belum berpuas hati.

Adriana merengus geram.

“Oh, kau fikir dia jelah? Kau risaukan dia, tapi aku? Kau ingat aku tahu ke semua tempat dekat sini? Kau baru je kenal dia, kan? Aku? Dah lebih kurang sepuluh tahun, tahu tak? Aku ingat, aku balik ke sini, kau pedulikan aku. Rupanya, aku silap. Aku tak sabar nak jumpa kau masa aku sampai airport.Aku tunggu kau datang rumah aku. Tapi kau tak datang pun. Bertanya khabar, langsung tidak. Kalau aku tak jumpa Abang Hasif, aku pun tak tahulah macam mana. Maybe sampai sekarang aku tak jumpa kau. Ajak aku ke sini, lepas tu langsung dah tak nampak aku. Aku ingat, kalau kau ada susahlah Razin nak datang dekat dengan aku. Aku tak tahulah kenapa aku datang ke sini. Kalau aku tak datang, lagi bagus!”

Adriana meluahkan apa yang mula dirasainya. Ini bukan macam dalam drama. Bila sakit hati, sedih, diamkan. Adriana ingin bangun, tapi cepat-cepat ditahan oleh Adli.

“Kau tak cakap, mana aku tahu,” balas Adli.Kata-kata Adriana langsung tidak berbekas di hatinya.

“Takkan benda macam tu pun kau tak boleh teka? Susah sangat?” Adriana semakin bengang dengan sikap Adli.

Adriana sedar, Adli tidak menghiraukannya. Salahkah sekiranya seorang sahabat meminta perhatian sahabatnya? Jika benar Adli begitu sayangkan Julia, biarlah perasaan yang mula bercambah ini mati. Tanpa Adli, hidup Adriana begitu gelap. Kalaulah Adli tahu perasaannya sekarang, sudah pasti dia tidak akan mahu menerimanya sebagai sahabat lagi.

“Dahlah, Yana. Aku letih sebenarnya. Tolonglah, sekali je. Tolong jangan jadi macam budak-budak. Takkan kau cemburukan Julia? Julia tu budak-budak je, tahu tak?”

Adriana diam. Adli, kau kejam!

Jeritan seorang perempuan membuatkan Adli bingkas bangun dan berlari. Patutlah. Julia rupanya. Dia terjatuh. Adriana membuang pandang. Setitis air mata jatuh dari tubir matanya di saat Adli mencempung Julia sambil berlari. Luka agaknya. Adriana terasa dirinya begitu bodoh. Masih terperangkap dalam dunianya sendiri.

“Yana.”

Kelihatan Adam dan Danial menghampiri Adriana. Adriana mengesat air matanya dengan tapak tangan. Dia berpura-pura tersenyum.

“Kenapa ni? Duduk sorang-sorang je,” tegur Danial sambil duduk di pasir pantai.

“Tak ada apa-apalah. Tadi Yana berborak dengan Adli. Masa tengah berborak tu, Julia jatuh. Adli tolong hantar dia ke bilik agaknya,” Adriana cuba berlagak selamba.

“Adam tahu, Yana ada problem. Betul tak?” duga Adam.

Sebenarnya, sejak hari pertama mereka ke Pulau Pangkor, Adam dan Danial sudah memerhatikan gerak-geri Adriana dan Adli. Masing-masing ego. Tidak mahu berterus-terang. Sudahnya, inilah jadinya. Yang seorang cuba mengelak, seorang lagi menangis. Biasalah. Kalau Adriana, boleh di kecualikan. Diakan perempuan, air mata tu kiranya macam peneman setia mereka di saat hati sedang dilanda gundah.

“Err.. Yana rasa, Yana nak balik KL. Yana rasa tak selesa pergi percutian kali ni,” Adriana mula berterus-terang.

“Kenapa pulak, Yana? Ada lagi dua hari. Selasa ni dah nak balik. Sabarlah sikit,” balas Danial.

“Entahlah. Yana sendiri pun tak tahu. Razin ada dekat sini, Adli pulak sibuk,” jawab Adriana. Julia pulak asyik nak berkepit dengan Adli, sambungnya dalam hati.

“Yana rasa berserabut sangat ni. Yana nak bersendirian dekat KL. Nanti Yana okeylah. Jangan risau.”

Danial menjungkit kening ke arah Adam. Nampaknya Adriana masih berdegil. Adam mengangguk setelah beberapa saat kemudian.

“Yana tanyalah family Yana dulu. Kalau family Yana kata okey, Yana baliklah. Okay? Lagi satu.. Yana nak balik sebab Lee, kan?” teka Adam.

Adam ni macam tukang tilik pulak. Tahu-tahu je dia ni.Tukang tilik kot. Adriana tersengih sesaat.

“Hmm..” Adriana mengangguk.

Adam menarik nafas. Macam manalah budak berdua ni nak settlekan problem ni? Lee ni memang nak makan kaki aku agaknya.

“Adam.. Danny.. nanti jangan beritahu Adli ya, Yana nak balik. Bila Yana dah balik KL, baru beritahu dia,” pinta Adriana.

“Boleh. Tak ada masalah. Tapi, Yana kena ingat ni. Lee tu bukan jenis manusia yang buat sesuatu sebab nak menggambarkan apa yang dia rasa. Dia tak suka tunjukkan perasaan dia sebenar. Siapa tahu, maybe dia berkepit dengan Julia sebab dia rasa Julia tu macam adik dia. Who knows?” Adam sekadar mengingatkan Adriana.

Adriana mengangguk sambil tersenyum. Begitu perit rasanya dia ingin mengukirkan sebuah senyuman. Mungkin dia buka pelakon yang hebat, namun apa yang dilakukannya adalah demi insan-insan yang disayanginya.

“Jom,” ajak Danial. Mereka bertiga bergerak ke bilik masing-masing.

ADRIANA berjalan perlahan. Beg yang berada di tangan digenggam kuat, cuba mencari kekuatan. Masih ada tiga minit sebelum feri ke jeti Lumut sampai di situ. Sebentar tadi, Adrian yang menghantar Adriana ke jeti di pulau itu. Adriana mula termenung. Apa yang harus dilakukannya? Mahu bekerja? Dia masih belum bersedia untuk bekerja di syarikat bapanya. Mungkin dia akan duduk di rumah buat masa terdekat ini. Malas memikirkan apa-apa.

Adriana terus bergerak ke feri setelah feri Duta Pangkor yang berwarna kuning berlabuh seketika di jeti itu. Dia duduk di bahagian belakang sedikit. Ramai orang yang menaiki feri ini. Adriana menyumbat telinganya dengan handsfree. Lagu Condition of My Heart nyanyian asal oleh Justin Guarini dinyanyikan dalam versi sendiri bekas kumpulan duo terbaik Korea, Fly To The Sky sewaktu sebuah konsert beberapa tahun lalumemenuhi segenap ruang dunianya. Orang lain yang berada dalam feri yang sama seolah-olah televisyen yang dimatikan suaranya. Yang kedengaran hanyalah suara Brian Joo dan Hwanhee yang bernyanyi.

How much time has passed since you said goodbye,

Got your message today, asking how am I,

Well, I’m doing just fine

To tell the truth,

Hasn’t crossed in my mind,

All I need was some times,

Wasn’t always this strong,

I remember all how I cried..

The night that you said goodbye,

You expected me to die,

But I made a brand new start,

And got on with my life.

I did what I had to do,

To get myself over you,

I’m not falling apart,

You underestimate, the condition of my heart

There was a time,

You were every breath of mine,

I was ready to give the rest of my life

You walked away,

And now you’re saying you can walk right back into my life,

Like nothing happened and I won’t put up a fight

No, you left me all alone,

I wanna know, where were you?

When I cried,

The night that you said goodbye,

You expected me to die.

But I made a brand new start,

And got on with my life.

I did what I had to do,

To get myself over you,

I’m not falling apart,

You under estimate, the condition of my heart

I think you said all that you need to say,

Cause it’s not gotta matter anyway,

Am I getting through to you,

I’ve heard it all before.

And now you’ve changed your mind,

You lost your only chance

When you said goodbye, I wanna know

Where were you?

When I cried,

The night that you said goodbye,

You expected me to die.

But I made a brand new start,

And got on with my life.

I did what I had to do,

To get myself over you,

I’m not falling apart,

You under estimate, the condition of my heart.

You under estimate, the condition of my heart.

Lagu itu sesuai buat Razin. Razin pergi meninggalkannya, dan kini dia kembali seolah-olah tiada apa yang berlaku. Adriana memejamkan mata sebentar, berharap agar kepulangan ke Kuala Lumpur bakal mengubati resah di hatinya.

SUDAH berkali-kali nombor itu didail, namun masih belum ada jawapan. Sudahlah waktu makan tadi dia tiada, panggilan telefon juga tidak dijawabnya.

“Adam, kau ada nampak Yana?” tanya Adli pada Adam yang sedang berbaring di katil. Danial, Rayyan dan Alif sibuk dengan komputer riba masing-masing.

Adam menggaru kepalanya.

“Kau tak tahu ke? Yana dah baliklah,” jawabnya tanpa memandang ke arah teman seperjuangannya.

“Apa? Dah balik? Kenapa aku tak tahu?”

Adli duduk di katil. Adriana marah barangkali.Dia diserang rasa bersalah. Itulah, tadi main cakap je. Tak fikir pun fasal perasaan Adriana. Kalau aku jadi dia, mesti aku pun marah. Yana, aku tak sengaja.

Akhirnya Adli terlelap dengan rasa bersalah yang menggunung, yang sudah setinggi Gunung Everest.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience