BAB 34

Romance Completed 30249

ADRIANA menyumbat telinga dengan handsfree. Adli dan Adrian sibuk berbual. Akhirnya, Adriana berlalu ke bahagian taman mini. Dia mendengar lagu sambil membaca novel Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Mursyid. Sesungguhnya dia begitu teruja untuk menghabiskan bacaan novel itu. Siri sebelumnya, Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu sudah habis dibaca. Kini, tinggallah episod terakhir novel itu.

Disebabkan lagu yang didengarnya adalah lagu rancak, Bonamana nyanyian Super Junior sedang berkumandang dari iPod kesayangan, ayat yang sama diulang berkali-kali. Satu pun perkataan tidak masuk ke otaknya untuk diproses saraf. Akhirnya Adriana mengaku kalah. Novel itu ditanda dan diutupnya. Dia fokus dengan lagu tersebut dan turut menyanyi bersama.

Someone Like You. Adriana tersenyum sendiri. Adriana berpaling apabila bahunya ditepuk seseorang. Adli. Adriana tersenyum. Adli akhirnya duduk di kerusi yang sama dengan Adriana apabila Adriana langsung tidak mempelawanya duduk. Adriana kembali membuang pandang ke bahagian luar pagar. Untung rumahnya dekat dengan padang. Ramai penduduk di kawasan perumahan itu bermain bola sepak dan sebagainya pada waktu petang. Tidaklah rumah mereka terlalu sunyi.

Adriana berpaling apabila dirasakan earphone yang menyumbat telinganya sudah tertanggal. Adriana menjeling apabila terpandangkan Adli yang ingin menyumbat earphone ke telinganya.

Adli berpaling ke sebelah kanannya. Adriana leka menyanyi-nyanyi kecil, dan tanpa disedari, Adli mula meneroka ke setiap pelusuk wajah gadis itu. Cantik walaupun tidak mengenakan secalit alat solek. Bibirnya berwarna merah muda, kulitnya cerah, bermata bundar dan memiliki hidung yang tidak terlalu mancung. Rambutnya hitam, berombak-ombak. Sayangnya, dia tidak memakai tudung. Adli berkira-kira. Bagaimana rupa Adriana sekiranya dia bertudung?Ah, mungkin secantik semasa Adli menghadiri kenduri kesyukuran di rumah Adriana. Itulah kali pertama dia melihat Adriana memakai hijab, menutupi rambutnya yang cantik.

“Kau kenapa? Menung-menung pulak,” tegur Adriana.

Adli mendongak ke langit. Segala bayangan dan imaginasi tadi berterbangan. Yang tinggal hanya warna biru langit dan gumpalan awanan yang berwarna putih bertebaran di dada langit. Damai dan tenang. Matahari pula masih berselindung di balik awan. Cuaca nampak baik pagi itu, masih belum panas terik.

“Tak ada apa-apa. Eh, lagu ni macam sesuai untuk kita,” ujar Adli, cuba menutup apa yang difikirkannya sebentar tadi.

Adriana mencebik.

“Kenapa pulak? Aku rasa tak sesuai. Sebab.. ini untuk orang putus cinta. Lagipun, lagu ni khas untuk ex boyfriend dia. So, memang taklah. Tak sesuai,” bangkang Adriana. Tangan kanannya menumbuk-numbuk tapak tangan kirinya, tanda dia yakin.

Kini, Adriana pula yang mengamati wajah Adli.

“Yelah.. memang betul apa kau cakap tu. But.. try not to hear the whole part. Just, part of it. Boleh jugak katakan untuk both of us,” jelas Adli.

Adriana mencebik. Hisy.. tak faham-faham ke? Aku tak naklah berpisah dengan kau. Kan lagu ni ada sebut ‘I heard you find a girl and you’re married now?’ rungut Adriana dalam hati.

“Tak boleh jugak. Cuba cakap, part apa yang boleh dikatakan untuk kita?” soal Adriana.

Adli menanggalkan kedua-dua earphone dan diletakkan ke meja.

“Never mind, I’ll find someone like you,
I wish nothing, but the best for you, too,
Don’t forget me, I begged, I remember you said,
Sometimes it lasts in love, but sometime it hurts instead,
Sometimes it lasts in love, but sometime it hurts instead..”

Adriana berdehem. Hampir gugur jantungnya saat ini. Terlalu dekat jaraknya dengan Adli. Adli tersenyum.

“Kalau satu hari nanti ditakdirkan kita berpisah, aku nak cari seorang pengganti yang sama dengan kau,” ujar Adli.

“Kenapa pulak nak berpisah?”

Adli tergelak kecil. Bahu Adriana dirangkul kemas dengan tangan kanannya. Adriana mula merasakan degupan jantungnya semakin laju. Seperti baru menamatkan larian seratus meter. Degupan yang membuatkan dia hampir pengsan. Telinganya dapat menangkap bunyi degupan jantungnya sendiri. Mintak-mintaklah Adli tak dengar bunyi jantung aku ni.

“Sekarang kita kawan baik, tapi sampai bila kita nak jadi kawan macam ni? Kalau kita dah kahwin, mustahil kita dapat bergaul macam sekarang. So, kalau kau kahwin dulu, aku janji, aku cari sorang perempuan yang macam kau,” jawab Adli. Biarpun aku tahu takkan ada orang yang sama macam kau.

Adli melepaskan rangkulannya dan menaikkan jari kelingkingnya. Adriana mengerutkan dahi. Adli menggoncangkan tangannya, mengisyaratkan agar Adriana turut menghulurkan jari kelingkingnya. Melihatkan Adriana yang masih membatu, tangannya mencapai tangan kanan Adriana, dan menautkan jari kelingkingnya dengan jari Adriana.

Adriana meniarap di atas katil sambil meneliti jari kelingkingnya. Sejak dulu lagi, apabila mengatakan sesuatu janji, pasti jari itu akan bertaut dengan jari yang sama milik Adli. Apabila teringatkan peristiwa pagi tadi, Adriana dibuai rasa sakit dalam dadanya. Semuanya gara-gara degupan jantungnya yang semakin rancak. Terlalu laju jantungnya mengepam darah. Dia sendiri tidak tahu, bilakah rasa itu akan berhenti.

Adriana tersentak apabila telefon bimbitnya menjerit. Adriana mencari-cari telefon bimbitnya yang berada di bawah novel-novel yang bersepah di hadapannya.

Razin? Jawab? Atau tak jawab? Tapi, kan dah kata nak jadi kawan dia. So, tak apalah kot. Kan? Jawab ajelah.

“Waalaikumussalam,” jawab Adriana setelah Razin memberi salam.

“Yana buat apa tu? Busy?” soal Razin.

Razin ni kacau daun betullah! Adriana mula merungut dalam hati.

“Tak busy pun. Tengah baca buku,” jawabnya tenang.

Buku? Novel dengan majalah, Razin oi..

“Oh.. err.. Yana free tak petang esok?” tanya Razin lagi.

Adriana menggaru-garu kening sebelah kanannya.

“Esok? Tak tahu lagi. Kenapa?” soalan Razin dibalas juga dengan soalan.

“Razin ingat nak ajak Yana keluar. Nak ajak keluar minum-minum ke.. I mean, itu pun kalau Yana setujulah,” balas Razin, cuba berterus terang.

Adriana menarik nafas dalam. Nantilah, nak tanya Adli dulu. Adli? Eh.. kenapa Adli pulak ni?

“Tengoklah dulu. Nanti saya inform awak, kalau esok saya free,” ujar Adriana, memberikan kata putus.

“Kalau macam tu, Razin tunggu, ya?Okay, I’m going to hang up. Assalamualaikum.”

Talian terus terputus. Adriana menjawab salam itu perlahan. Tiada suara yang terkeluar, hanya bibirnya sahaja yang terkumat-kamit.

Adriana duduk bersila. Razin ni, macam ada udang di sebalik batu je. Alah.. tak bolehlah, Razin. Hati saya dah dicuri dek penyanyi tu la. Penyanyi yang handsome macam Lee Hong Ki tu! Adriana menjerit dalam hati. Semakin hari dia semakin gembira dengan kehidupannya, biarpun dia diibaratkan bertepuk sebelah tangan. Tidak kisahlah sama ada dia bertepuk sebelah tangan atau tidak. Yang pasti, dia gembira sekarang. Adriana kembali berbaring. Kuma Kuma kembali berada dalam dakapannya.

RAZIN meletakkan telefon bimbitnya ke meja. Sebuah senyuman terukir di bibir. Setelah berbulan-bulan mencuba, akhirnya kali ini dia bakal keluar berdua dengan gadis itu. Dalam rasa gembira, ada juga debar yang singgah.

Dia tahu Adriana sudah memiliki Adli, dan jauh di sudut hatinya, dia langsung tidak ingin merampas Adriana dari sisi Adli. Pandangan mata mereka berdua sudah cukup menyatakan betapa pentingnya salah seorang dalam hidup mereka. Tapi, entah mengapa dia masih ingin mendekati Adriana, bekas kekasihnya. Mengapa? Dia sendiri pun hairan.

Perlukah dia melupakan kisah buruk tentang Adriana dahulu? Kisah yang menunjukkan bahawa Adriana bukanlah dari jenis perempuan yang baik? Ya, mungkin itu benar. Dia harus melupakan kisah itu. Biarlah kisah itu menjadi lipatan yang tersusun kemas dalam ingatannya. Begitu juga dengan rasa cintanya terhadap Adriana. Mungkin ini takdirnya. Mencintai Adriana sebagai sahabat. Biarlah rasa cinta itu padam dengan sendirinya, dia tidak mahu memaksa dirinya, jiwanya. Andai tertulis Adriana adalah jodohnya, ya, pasti akan diterima dengan hati yang terbuka.

BAYANGAN wajah itu menjelma lagi. Di mana sahaja arah pandangannya ditalakan. Adli, kau dah terkena lovesick ni, Adli berkata-kata dalam hati. Makin lama, makin parah. Jantungnya pula semakin hari semakin laju mengepam darah. Sudah-sudahlah, jantung. Janganlah buat kerja lebih masa, rasa nak gugur je jantung ni.

Adli memerhatikan Syahmi yang sedang khusyuk membuat kerja sekolahnya. Syahmi ni makan ke tak? Kurus keding je aku tengok. Dah kurus, keding pulak. Nasib baik tak tambah kerempeng. Kalau tak, cukuplah pakej. Adli tergelak kecil.

“Eh, kau dah kenapa ni?” tegur Syahmi. Kakinya dilunjurkan ke bawah meja kopi. Mug yang berisi milo sejuk disuakan ke bibir. Air itu diteguk perlahan-lahan.

Adli menalakan pandangan pada kaca televisyen. Spongebob Squarepants sedang disiarkan di saluran Nickelodeon itu. Anak Hasif tidak kelihatan di ruang tamu itu. Tidur barangkali. Puan Halimah dan Hasif pula sedang berbual di luar rumah.

“Dekat sini, ada tak hospital yang boleh rawat penyakit kronik?” tanya Adli kembali.

“Penyakit kronik? Siapa sakit?” Syahmi bangun dan duduk di sebelah abangnya.

Mendengarkan soalan daripada adiknya itu, Adli mengeluh berat.

“Aku,” balasnya pendek.

Adli menyandarkan kepala pada sofa. Matanya dipejamkan.

“Kau sakit? Sakit apa?” soal Syahmi cemas.

Adli menepuk-nepuk dadanya dengan tangan.

“Nak pergi hospital ke?”

Adli membuka mata. Wajah Syahmi ditenung lama.

“Kalau pergi hospital boleh baik, tak apa. Kalau tak boleh baik macam mana? Haaa.. apa nak kata?”

Adli kembali bersandar. Sekali lagi, wajah itu datang menerpa. Ada senyuman yang terukir pada bibir gadis itu. Adriana Izdihar..

“Kau sakit apa sebenarnya ni?” tanya Syahmi lagi. Sakit apa kalau asyik sengih-sengih ni?

“Sakitlah. Sakit rindu pada Kak Yana kau,” balas Adli bersahaja.

“Hisyyyy! Ada jugak yang makan guna straw ni karang!”

Syahmi kembali duduk bersila di lantai, sambil tangannya memukul-mukul kaki Adli dengan kusyen. Adli hanya ketawa.

“Kenapa ni, Mi? Adli?” tegur ibu mereka.

“Entah pun. Memekak je,” sampuk Hasif. Dia duduk di sebelah Adli. Spongebob Squarepants? Layan jelah.

“Mak.. nanti hantar rombongan meminang ke rumah Kak Yana. Lee dah terkena penyakit angau,” ujar Syahmi.

“Dia sebenarnya dah lama terkena penyakit ni. Just sekarang baru nampak effect,” sahut Hasif.

“Nak ke Emak hantarkan rombongan tu? Bila nak hantar?” soal Puan Halimah pula.

Adli lekas-lekas duduk. Tangan ibunya dikucup lama.

“Thanks, Mak. Kalau boleh Adli nak hantar sekarang, tapi Yana tak nak dengan anak Mak ni,” Adli bersuara setelah pegangan pada tangan ibunya dilepaskan.

Empat beranak itu ketawa. Puan Halimah menggeleng. Macam-macam hal. Alhamdulillah Ya Allah. KAU telah kurniakan aku dengan anak-anak yang baik, Ya Allah. Alhamdulillah. Puan Halimah memanjatkan kesyukuran itu buat ke sekian kalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience