" Arman, you tak payah kacau I lagi. I taknak tengok muka you. " Dhia kelihatan amat marah dengan Arman semenjak mengetahui hubungan Arman dengan Wani.
" Sayang, please. I tau I salah. Tolong bagi peluang dekat I. " Arman cuba memujuk Dhia. Dina hanya memerhatikan mereka berdua.
" Kau ingat aku boleh maafkan kau lepas kau buat? Untuk pengetahuan kau, aku jijik tengok muka kau! " Dhia melepaskan kemarahannya. Dhia cuba untuk memukul Arman namun Arman terlebih dahulu memegang tangan Dhia dan menolaknya jatuh ke lantai.
" Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau. Aku pun dah tak tahan dengan perangai kau! Kau tu takde la lawa mana! Ada hati nak berlagak! Kau boleh bergaya macam ni pun sebab duit bapak kau lah si*l! " Dhia tergamam mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh Arman. Arman hanya berlalu pergi setelah puas memaki Dhia.
" Babe, kau ok ke? "
Dina cuba membantu Dhia untuk bangun. Air mata Dhia jatuh setelah diperlakukan begitu oleh Arman. Dhia mengukir senyuman sinis setelah mengelap air matanya.
" Adrian, aku nak tanya boleh tak? " Aisya memulakan perbualannya dengan Adrian. Sepertinya Aisya ingin mengetahui sesuatu mengenai Adrian.
" Boleh. "
" Kau ada apa-apa perasaan ke dekat Athira? " Soalan Aisya mengejutkan Adrian. Adrian tidak mengerti mengapa Aisya bertanyakan soalan sedemikian.
" Kenapa kau tanya macam tu? "
" Sebab aku tengok kau caring sangat dengan Athira. So, mungkin kau ada perasaan yang istimewa ke kat dia? Sebab tu aku tanya. " Aisya menjelaskan sebab dia bertanyakan soalan tersebut.
" Sebab tu je ke? Kalau aku bagitahu kau, boleh tak kau janji jangan bagitau sesiapa? Especially Athira. "
" Janji. " Aisya akur dengan permintaan Adrian. Hati Aisya semakin berdebar. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
" Sebenarnya aku memang suka dekat dia. Cuma dia tak tau lagi. " Adrian akhirnya mengakui perasaannya.
" Aku dah agak dah. Jangan risau, aku simpan rahsia kau. " Aisya memberikan senyuman. Namun senyumannya sedikit hambar.
" Thanks Sya, aku tau aku boleh percaya kau. "
" Sama-sama Adrian. By the way, aku pergi tau? Assalamualaikum. "
" Waalaikumussalam. "
Aisya bangun dan berlalu pergi. Tanpa disedari, air matanya jatuh. Hatinya sakit apabila mengetahui Adrian menyukai Athira kerana dia sendiri menyimpan perasaan terhadap Adrian.
Imran sedang bertugas untuk memerhatikan Dhia. Telefon Imran berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Imran menjawab panggilan tersebut setelah mengetahui ianya daripada Ariana.
" Assalamualaikum Cik Ariana. "
" Waalaikumussalam. Imran, macam mana keadaan kat sana? " Ariana meminta laporan mengenai tugasan yang diberikan olehnya kepada Imran.
" Tak ada apa-apa yang berlaku Cik Ariana. Saya tak nampak kelibat suspek. Rasanya dia belum bertindak lagi. " Imran melaporkan pemerhatiannya.
" Imran, awak penat tak? " Ariana bertanya keadaan Imran.
" Penat jugak la. "
" Saya dah hantar Raudhah dengan Nurin ke sana. Nanti diorang dah sampai, awak boleh balik rehat. " Ariana memang prihatin mengenai rakan sekerja terutama orang bawahannya.
" Baik Cik Ariana. "
Share this novel