" Awak dah berapa lama kenal dengan Athira? "
" Dah lama dah dari sekolah menengah lagi. " Adrian menjawab soalan Ariana. Dia tidak mengerti mengapa Ariana bertanya mengenainya dengan Athira.
" Awak ada kenal tak kawan-kawan Athira yang rapat dengan dia masa belajar dekat sini? "
" Ada beberapa orang saya kenal. Kenapa Cik Ariana tanya? " Adrian memberikan kerjasama kepada Ariana namun dia ingin tahu tujuan Ariana bertanya soalan sedemikian.
" Saya tengah kumpul maklumat tentang mangsa buli Dhia dengan kawan-kawan dia. Orang yang rapat dengan diorang pun saya perlu ambik tau. "
Ariana menjelaskan sebab dia berbuat demikian.
Pada awalnya, Ariana mengesyaki Adrian namun Adrian telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatannya. Tiada sebab untuk Ariana meragui Adrian. Adrian memberikan kerjasama melalui maklumat yang dia tahu.
" Erin, Danny, Mel. Macam mana korang tau aku tinggal sini? " Athira bertemu dengan tiga rakan-rakannya yang telah lama tidak berjumpa.
" Kitorang dapat tau daripada Adrian. " Mel menjelaskan bagaimana mereka dapat mencari Athira.
" Korang masuk la dulu. " Athira mempelawa mereka masuk. Mereka berbual bagi melepaskan rindu akibat lama tidak berjumpa.
" Thira, aku dengar sekarang Idham, Miza, dengan Wani kene serang. Miza dengan Wani dah tak berani nak keluar rumah. " Erin memaklumkan mengenai Idham, Miza, dan Wani.
" Aku ada dengar jugak pasal diorang. "
" Sekarang ni tinggal Arman, Dhia, dengan Dina je la. Diorang dah kene, aman la hidup kita. Tak payah nak hadap perangai diorang. " Danny sepertinya geram dengan Dhia dan rakan-rakannya.
" Dah la Danny. Harap-harap diorang insaf la lepas diorang dah kene macam tu. " Athira cuba menenangkan Danny.
" Kau Adrian, Edy, atau Ian. " Nadia bertembung dengan seorang lelaki yang dikenalinya sebagai seorang yang mempunyai tiga identiti yang berbeza.
" Aku Edy. " Edy menjawab soalan Nadia menandakan dia telah mengambil alih jasad yang ' dikongsi ' bersama Adrian dan Ian.
Adrian merupakan penghidap Dissociative Identity Disorder. Keadaan tersebut menyebabkan Adrian mempunyai tiga personaliti yang berbeza. Setiap seorang dengan identiti berbeza. Namun begitu, Adrian tidak dapat mengingati apa yang berlaku pada dirinya apabila Edy dan Ian mengambil alih jasadnya.
" Sekarang ni tinggal Dhia, Dina, dengan Arman je. Aku dengar diorang pun dah macam berpecah belah. " Nadia memberikan maklumat yang diperolehinya. Selama ini, Nadia menjadi pemberi maklumat kepada Edy untuk menyenangkan kerja Edy.
" Nadia, kali ni kau nak join aku sekali tak? Boleh kau lepaskan geram kau dekat Dhia. " Edy mempelawa Nadia menyertainya untuk mengenakan Dhia.
" Boleh jugak. Tapi, Dina dengan Arman macam mana? "
" Kita settlekan diorang dulu. Lepas tu baru Dhia. " Sesuai dengan rancangannya, Edy ingin mengenakan Arman dengan Dina dahulu. Edy dan Nadia berpandangan sesama sendiri.
" So, Dhia is the last one. "
Share this novel