Bab 7

Crime Completed 2612

" Termasuk Aisya, yang ni je ke mangsa diorang? " Ariana telah mendapatkan senarai nama mangsa Dhia dan kawan-kawannya melalui Adrian dan Hariz.

" Yang ni je la yang kitorang tau Cik Ariana. Mungkin ada lagi mangsa diorang. " Adrian menjawab mewakili mereka berdua.

" Takpe la. Yang ni pun dah kira ok dah.Terima kasih eh? Kalau awak berdua ada dapat maklumat lagi, tolong inform kitorang. " Ariana berterima kasih kepada Adrian dan Hariz yang telah membantu siasatan mereka. Ariana dan Imran beredar meninggalkan mereka berdua.

" Imran, nanti awak cuba dapatkan maklumat mengenai orang-orang dalam senarai ni. Diorang mungkin ada kaitan dengan penyerang Idham dengan Miza. " Ariana mengarahkan Imran mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.

" Baik Cik Ariana. Nanti kalau ada apa-apa, saya bagitau. "

" Ok. Sementara tu, saya akan cuba dapat lagi senarai mangsa-mangsa diorang tu. " Ariana tahu mungkin ada lagi mangsa Dhia dan kawan-kawannya yang mungkin boleh menjadi suspek dalam kes ini.

" Aisya, kenapa Dhia dengan kawan-kawan dia buli kau? " Athira bertanya kepada Aisya. Dia kesian dengan Aisya yang kerap menjadi mangsa Dhia. Tambahan pula, Aisya sering dihina dan dicaci oleh ibu tirinya.

" Entah la. Aku rasa sebab Arman. Arman tu selalu je kacau aku. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa Dhia. "

" Aku pun macam kau Aisya. Arman pun selalu kacau aku dulu. Sebab tu la Dhia tak puas hati dengan aku. Arman tu memang playboy. Pantang nampak yang lawa, semua dia nak try. Aku pernah dengar ada beberapa orang perempuan dah 'main' dengan dia dah. " Athira menjelaskan mengenai Arman kepada Aisya.

" Dhia tu takkan dia tak tau Arman tu playboy? " Aisya hairan dengan sikap Dhia yang selalu menyalahkan orang lain sedangkan Arman yang selalu membuat masalah.

" Entah la. Tak pasal-pasal orang lain yang jadi mangsa dia. "

" Kalau kau tak kisah, boleh tak aku nak tau apa diorang buat dekat kau? " Aisya ingin tahu apa yang berlaku kepada Athira. Walaupun berat, Athira bersedia untuk menceritakannya.

" Letak dia atas katil tu. " Dhia mengarahkan Wani, Miza, dan Dina membaringkan Athira yang tidak sedarkan diri ke atas katil setelah membawanya ke bilik yang telah disewa oleh Dhia.

Dhia kelihatan amat gembira. Tidak sangka Athira begitu mudah ditipu. Athira telah diberikan minuman yang dicampur dengan ubat tidur. Dhia kemudian meminta mereka bertiga membantunya untuk menanggalkan tudung, kemeja, dan baju dalam Athira.

" Miza keluarkan phone kau. Kita nak tangkap gambar model kita. " Wani mengarahkan Miza untuk menangkap gambar Athira yang telah terdedah bahagian atas tubuhnya.

Mereka begitu seronok menangkap gambar Athira. Langsung tidak mempunyai perasaan bersalah dengan apa yang mereka lakukan. Setelah semua gambar diambil, Miza memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram yang digunakan khas untuk aktiviti keji mereka.

" Miza, kau dah tag dia tak? "

" Of course la. Kena la bagi credit kat model kita. Penat dia posing. " Mereka ketawa dengan riang. Dhia pula puas kerana dapat melunaskan dendamnya.

Aisya memeluk Athira yang sedang menangis. Dia tidak sangka Dhia dan rakan-rakannya sanggup melakukan perkara sekeji itu. Tanpa sedar, air mata Aisya jatuh.

" Lepas gambar-gambar tu viral, aku tak tahu macam mana nak hadap orang lain. Ayah aku pun dah halau aku. Aku malu. " Athira masih lagi menangis dalam pelukan Aisya.

" Sabar Thira. Ni semua dugaan untuk kau. Insya Allah, these things will end. "

Aisya menenangkan Athira. Dia kini semakin tabah menghadapi dugaan dalam hidupnya. Dia juga ingin Athira menjadi lebih kuat demi masa depannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience