Nadia sepertinya menikmati saat-saat indah ketika dia membelasah Dina yang telah diikat kedua kaki dan tangannya. Dina tidak mampu melawan dan hanya menahan kesakitan yang diterimanya.
" Apa salah aku? " Dina menangis. Dia tidak mengerti mengapa dia diperlakukan begitu. Dina langsung tidak mengenali orang yang mencederakannya akibat topeng yang dipakai oleh penyerangnya itu.
" Kau boleh tanya apa salah kau? Kau sendiri tau kan apa salah kau dengan kawan-kawan kau? " Nadia terus membelasah Dina sehingga gadis itu tidak sedarkan diri.
" Kau ni betul-betul lepas geram ni Nadia. " Edy masuk ke dalam ruangan tersebut. Kali ini, Edy tidak menyembunyikan wajahnya kerana Nadia yang mengambil alih peranannya untuk mengenakan Dina.
" Tak cukup lagi. " Nadia membuka topengnya dan menghadap ke arah Edy.
" Selagi aku belum kerjakan Dhia, aku belum puas. " Nadia mengukir sebuah senyuman yang menandakan dia gembira dengan apa yang dilakukannya.
Edy mulai mengingati saat pertama kali dia bertemu dengan Nadia. Ketika itu, Nadia hampir mengelar tangannya sendiri akibat tidak tahan dibuli oleh Dhia dan kawan-kawannya. Mujur Edy sempat menyelamatkan Nadia. Sejak dari hari itu, Nadia dan Edy menjalankan rancangan untuk mengenakan Dhia dan kawan-kawannya. Nadia seterusnya berkenalan dengan Ian dan Adrian lalu mengetahui mengenai penyakit Adrian.
" Nadia, jom pergi. Takut ada orang nampak kita. " Nadia dan Edy keluar meninggalkan Dina yang tidak sedarkan diri setelah menghapuskan kesemua bukti dan jejak mereka.
" Kau nak bawak budak tu ke mana Arman? " Dhia menegur Arman yang sedang berjalan dengan seorang gadis.
" Kau buat apa kat sini? Tak payah sibuk dengan urusan aku. "
" Urusan apa? Rosakkan anak dara orang? " Dhia memandang ke arah gadis yang menemani Arman. Gadis tersebut hanya mendiamkan diri dan memandang Arman dengan Dhia. Dia tidak mengerti dengan apa yang berlaku.
" Kau ni siapa? Tak pernah nampak pun kau dekat sini. "
" Saya student baru kak. Baru semester satu. " gadis tersebut memperkenalkan dirinya.
" Berapa lama kau kenal Arman? "
" Baru seminggu. " Gadis itu menjawab soalan Dhia.
" Kau tau tak dah berapa ramai perempuan yang jantan ni dah rosakkan? Aku cadangkan kau pergi balik sekarang. Nah. Ambik duit ni, kau balik naik grab. " Dhia menghulurkan sekeping wang 50 ringgit kepada gadis tersebut. Gadis itu mengambil wang tersebut dan berlalu pergi.
" Apa masalah kau? " Arman mula naik angin.
" Aku selamatkan budak tu daripada kau. Salah ke? "
" Aku nak buat apa dengan dia suka hati aku lah si*l! " Arman mula bertindak untuk memukul Dhia namun sempat dihalang oleh dua orang lelaki.
" Kau apa masalah kau nak pukul perempuan? Kau balik sekarang! Jangan sampai aku tumbuk muka kau! " salah seorang lelaki tersebut menggertak Arman. Arman berlalu pergi dengan geram.
" Siapa tu dik? " seorang lagi lelaki yang membantu Dhia bertanya mengenai Arman.
" Kawan saya. Saya kebetulan nampak dia dengan sorang budak perempuan tadi. Saya suruh budak tu balik. "
" Kenapa adik buat macam tu. "
" Saya taknak dia rosakkan budak tu macam dia rosakkan perempuan lain yang pernah jadi awek dia. By the way, terima kasih sebab tolong saya tadi. " Dhia mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua lelaki tersebut.
" Takde hal la dik. Baik adik balik sekarang. Dah malam ni. "
" Baik bang. Terima kasih. " Dhia melangkah dengan tenang meninggalkan kawasan tersebut. Hatinya puas kerana dapat membalas dendam terhadap Arman. Walaupun Arman hampir mencederakannya, namun dia seronok dapat menyakitkan hati Arman.
" Bodoh betul la perempuan tu. Aku dah tinggalkan dia, tak payah la sibuk dengan hidup aku. " Arman meluahkan perasaan geramnya terhadap dia walaupun tiada sesiapa bersamanya di dalam kereta. Disebabkan terlalu mengikut perasaannya, Arman memecut laju keretanya.
Arman terkejut kerana keretanya hampir belanggar dengan sebuah kereta di hadapannya. Arman cuba mengelak dan akhirnya melanggar besi penghadang jalan. Keretanya kemek di bahagian depan dan Arman mengalami cedera ringan. Namun begitu, keretanya dilanggar oleh sebuah treler yang pemandunya tidak sempat untuk menekan pedal brek.
Kereta Arman terpelanting sebelum tergolek beberapa meter. Dalam keadaan yang lemah, Arman merangkak keluar daripada kereta dan cuba untuk berdiri. Belum sempat Arman menyelamatkan dirinya, keretanya meletup dan terbakar. Sebahagian tubuh Arman juga turut terbakar. Arman meninggal dunia dalam keadaan yang amat menyeksakan.
Share this novel