Bab 1

Crime Completed 2612

Idham tersedar sebaik saja dia merasakan tubuhnya ditendang oleh seseorang. Tendangan bertubi-tubi tersebut membuatkan tubuhnya terasa pedih. Tulang-tulangnya juga seperti ada yang patah.

" Aku kat mana ni? Macam mana aku ada dekat sini? " Idham langsung tidak ingat bagaimana dia boleh berada di tempat tersebut. Yang dia ingat cuma dia dalam perjalanan pulang ke rumah. sebelum dipukul hingga pengsan oleh seorang lelaki.

" Kau siapa? "

Idham melihat ke arah lelaki yang memukulnya. Lelaki itulah yang memukulnya sewaktu dia hendak pulang ke rumah. Namun Idham tidak dapat mengenali lelaki tersebut disebabkan wajahnya ditutup dengan solekan badut seperti watak Joker.

" Kau tak perlu tahu pun siapa aku. Sekarang ni aku tanya kau. Macam mana rasanya orang pukul kau tapi kau tak boleh nak lawan? Sedap tak? " Sebab aku tengok kau dengan kawan-kawan kau bukan main seronok lagi buat macam ni dekat orang lain. " Lelaki tersebut tenang berhadapan dengan mangsanya. Sepertinya lelaki tersebut berdendam dengan Idham.

" Kau tak payah banyak cakap la! Kalau kau berani, buka ikatan ni! Kau tu pengecut! Lepas tu tak berani nak tunjuk muka kau! " Idham mula mencabar lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum dan tertawa apabila mendengar Idham mencabarnya. Idham tidak menyangka kata-katanya langsung tidak memberikan kesan terhadap lelaki tersebut.

" Kau tu pun pengecut jugak. Kau cuma berani bila kau dengan kawan-kawan kau. " Lelaki tersebut membalas kata-kata Idham sambil menendangnya. Kemudian lelaki tersebut membuka ikatan yang mengikat tangan dan kakinya.

Idham mengambil kesempatan untuk bangun dan menyerang lelaki itu. Namun lelaki tersebut menendang kepalanya dengan kuat menyebabkan kepalanya seperti bergegar. Lelaki itu memijak kakinya bertubi-tubi menyebabkan kakinya patah. Namun lelaki itu belum puas menyeksanya. Dia mengeluarkan sebilah pisau lipat lalu menoreh pipi Idham. Idham menjerit kesakitan sebelum pitam di situ. Lelaki tersebut meninggalkan Idham setelah puas menyeksanya.

" Dina mana? " Wani bertanya kepada Dhia dan Miza menyedari Dina tidak bersama mereka.

" Dina pergi tengok boyfriend dia, Idham dekat hospital. Idham kena pukul semalam. " Dhia menerangkan kepada Wani.

" Takpe la. Kita pergi je tanpa dia. " Miza mengarahkan mereka pergi tanpa kehadiran Dina.

Ketika mereka berjalan, mereka terserempak dengan seorang gadis. Gadis yang amat dibenci oleh Dhia. Dhia membencinya kerana teman lelakinya, Arman sering mendekatinya. Malah gadis itu juga sering didekati ramai lelaki. Perkara itu yang membuatkan Dhia bertambah sakit hati. Banyak kali gadis itu dimalukan depan orang ramai oleh Dhia dan rakan-rakannya.

" Hoi perempuan! boleh pulak kau kat sini eh? "

" Tak boleh ke aku kat sini? " gadis itu, Aisya kehairanan apabila Dhia menegurnya dengan kasar.

" Sebab kitorang meluat tengok muka kau. Kau tu dah banyak lelaki kau goda. Arman, pakwe Dhia pun kau nak sailang. Dasar perempuan murah! " Wani menjawab mewakili mereka sementara Miza merakam menggunakan telefon pintarnya.

Aisya menundukkan mukanya lalu menangis. Dia langsung tidak mengerti mengapa dia diperlakukan seperti itu. Kehadiran pelajar yang ramai di situ membuatkan Aisya bertambah malu. Aisya hanya mampu menangis semahu-mahunya.

" Kau tak payah nak berdrama la perempuan! Kau ingat ada orang kesiankan kau ke? Kau tu bukannya baik sangat? " Miza mengherdik Aisya sambil tangannya memegang telefon pintar yang sedang merakam kejadian tersebut. Dhia pula menyimbah air ke arah Aisya. Dhia menarik tudung Aisya dengan kuat. Namun Aisya melawan dengan memegang tangan Dhia dengan kuat.

" Kau lepaskan dia! " Adrian yang lalu di situ mengarahkan Dhia melepaskan Aisya. Dhia melepaskan Aisya dan memandang ke arah Adrian.

" Adrian. Kau tak puas lagi ke kena dengan kitorang? Mentang-mentang Arman takde, tiba-tiba kau jadi berani pulak hari ni. Ataupun kau suka dekat perempuan ni? "

" Kau tak payah banyak cakap la. Kau lepaskan dia. " sikap Adrian membuatkan Dhia bertambah geram lalu cuba untuk menampar Adrian. Tiba-tiba Hariz menepis tangan Dhia.

" Kau jangan sebab lelaki tak boleh pukul perempuan, kau nak buat sesuka hati kau pulak. Korang pergi dari sini. " Dhia dan rakan-rakannya beredar selepas diarahkan oleh Hariz. Namun mereka meraka masih tidak berpuas hati dengan Adrian dan Hariz.

" Korang ramai-ramai kat sini tadi buat apa? Tengok je ke? " Hariz memarahi pelajar lain yang berkumpul di situ disebabkan mereka langsung tidak membantu Aisya. Namun mereka tidak mengendahkan Hariz dan beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience