Bab 3

Crime Completed 2612

" Farah, macam mana dengan budak tu? " Ariana membawa Aisya berjumpa dengan sahabatnya, Farah yang merupakan seorang Kaunselor.

" Aku dah berbual dengan dia tadi, dia berkemungkinan mengalami depression. Aku cadangkan kau bawak dia pergi jumpa pakar. " Farah menjelaskan keadaan Aisya.

" Saya belum kenalkan diri saya lagi kan? " Ariana berpaling kepada Adrian, Hariz dan Jannah.

" Saya Inspektor Ariana dan abang sebelah awak tu, Koperal Imran. Kami dari IPD Shah Alam. Awak semua boleh panggil saya Cik Ariana je. "

" Kitorang sebenarnya datang ke Universiti korang dengan tujuan nak buat siasatan. " Imran pula menjelaskan tujuan mereka datang ke Universiti tempat Adrian, Hariz, dan Jannah belajar.

" Sebelum tu saya nak tanya tentang masalah kawan awak tu? " Ariana ingin bertanya mengenai Aisya. Ariana bersimpati dengan nasibnya.

" Sebenarnya, Aisya ada masalah dengan keluarga dia. Lepas tu, dia selalu sangat kene buli dengan Dhia dan kawan-kawan dia " Jannah memberitahu situasi yang dialami Aisya.

" Dhia tu siapa? "

" Dhia Qarina. Anak kepada Tan Sri Danial. Ahli perniagaan yang terkenal. Dia sama universiti dengan kitorang. " Hariz menjelaskan mengenai Dhia kepada Ariana.

" Dhia Qarina yang model dan pelakon tu ke? " Imran cuba mendapatkan kepastian daripada mereka bertiga. Mereka mengganguk serentak.

" Dia tu pelakon ke? Saya tak kenal pun. " Ariana nampaknya tidak mengenali Dhia.

" Pelakon baru Cik Ariana. Takde la famous sangat. Saya kenal pun sebab adik saudara saya follow dia dekat Instagram. " Imran menjelaskan lebih lanjut mengenai Dhia.

" Apa yang Dhia dah buat? " Ariana cuba mengorek perbuatan Dhia terhadap Aisya.

" Mengikut apa yang Aisya cakap, Dhia selalu buli dia, maki hamun dia tanpa sebab, even pukul dia tanpa sebab. Macam-macam cara lagi Dhia buat untuk malukan Aisya. Semua benda Dhia dan kawan-kawan dia buat kat Aisyah diorang buat depan orang ramai. " Farah mencelah setelah terdengar perbuatan mereka.

" Seriously? Dia buat sampai macam tu. For What? " Ariana kehairanan dengan tindakan Dhia.

" Sebab Aisya selalu dapat banyak attention daripada orang lain especially student lelaki. Dhia dengki sebab Aisya lagi cantik dari dia. " Jannah menjelaskan sebab Aisya diperlakukan seperti itu.

" Dhia pun buat macam tu dekat pelajar perempuan yang lain, semua sebab diorang lagi cantik daripada dia dan dapat attention yang lebih daripada pelajar lelaki. Even boyfriend Dhia pun selalu sangat mengorat diorang sampai Dhia sakit hati dengan diorang. " giliran Hariz pula menceritakan tentang perangai Dhia.

" Kenapa dia nak buat macam tu? " Imran juga hairan dengan sikap Dhia.

" Dhia tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Kalau boleh, dia nak orang pandang dia je. Dia je la paling cantik dan paling bagus. " Jannah menjelaskan kepada Imran.

" Awak nak cakap yang Dhia tu Narcissistic ke? " giliran Ariana pula mencelah. Adrian, Hariz, Jannah dan Imran sepertinya tidak faham istilah yang disebut oleh Ariana.

" Apa yang Cik Ariana cakap ialah berkemungkinan Dhia ni menghidap Narcissistic Personality Disorder. " Farah menjelaskan maksud Ariana. Mereka masih tidak faham.

" Orang yang ada Narcissistic Personality Disorder ni, dia cuma berminat dengan diri sendiri je. Dia rasa dia sorang je paling bagus. Sampai satu tahap dia tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Senang cerita, orang macam ni rasa dia perfect. " Ariana menjelaskan. Akhirnya, mereka faham apa yang dimaksudkan oleh Ariana dan Farah.

" Boleh abang tahu siapa kawan-kawan Dhia yang terlibat masa buli kawan korang dengan pelajar lain. " Imran bertanya mengenai kawan-kawan Dhia.

" Miza, Wani, Dina, Arman, dengan Idham " Adrian menjawab pertanyaan Imran.

" Kejap. Idham yang awak maksudkan tu, Mohd Idham bin Dato' Azman ke? " Ariana terkejut mendengar nama Idham.

" Ya, Idham yang tu. Kenapa Cik Ariana. " Adrian menjawab soalan Ariana.

" Dua hari lepas Idham kena pukul. Saya dengan Koperal Imran tengah siasat kes dia. " Nampaknya Adrian dan kawan-kawannya telah memberikan petunjuk kepada Ariana dalam siasatannya.

" Athira, kau sihat? " Adrian bertanya mengenai keadaan sahabatnya. Athira hanya mengangguk.

" Tadi kawan aku, Aisya hampir bunuh diri. Dia pun mangsa macam kau jugak. Mangsa Dhia. "

Adrian memberitahu mengenai Aisya yang turut menerima nasib yang sama seperti Athira.
Sejak apa yang dilakukan oleh Dhia dan kawan-kawannya terhadapnya, Athira lebih suka duduk di rumah dan tidak mahu keluar bertemu sesiapa. Athira juga tidak mahu menghadiri kuliah sehingga dia terpaksa menangguhkan pengajiannya.

" Adrian, kau nak makan apa? Abang order GrabFood. " Farish, abang kandung Athira bertanya kepada Adrian.

" Tak payah malu-malu, Abang belanja "

" Bagi yang sama dengan Abang dan Athira la " Farish terus membuat pesanan makanan.

" Kau borak la dengan Athira. Abang buat air kejap. " Farish meninggalkan mereka berdua dan menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience