Dhia dalam keadaan yang lemah. Seketika tadi, dia telah diculik oleh seseorang yang tidak dikenali. Setelah dia sedar, tubuhnya di pukul dengan sebatang kayu menyebabkan sebahagian tulang-tulangnya patah. Dhia pitam akibat pukulan yang kuat dikepalanya.
" Nadia, kau dah settle ke? " Edy berdiri di belakang Nadia yang selesai membelasah Dhia.
" Dah settle dah. Thanks tau Edy? Aku puas hari ni "
" Dah, kau pergi tukar baju lepas tu balik sebelum perempuan ni bangun. "
Nadia menukar pakaiannya lalu beredar dari situ meninggalkan Edy bersama Dhia yang masih pitam. Edy memakai pakaian yang dipakai oleh Nadia ketika memukul Dhia tadi lalu mengejutkan Dhia masih pengsan. Dhia bangun dengan kepalanya masih pening. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.
" Adrian, kau rupanya. "
" Sekarang kau tahu kan siapa yang selalu kerjakan kawan-kawan kau? " Edy tersenyum sambil memandang ke arah Dhia.
" Apa masalah kau ni sebenarnya? Sampai sanggup buat macam ni! " Dhia mula menengking Edy. Edy kemudian menendang badan Dhia.
" Aku ke kau yang ada masalah? Kau dah lupa ke apa kau dengan kawan-kawan kau buat dekat aku dengan budak-budak lain. Kitorang ni datang universiti nak belajar, bukannya nak melayan perangai korang yang entah apa-apa tu! " Edy terus membelasah Dhia hingga pitam. Kali ni kecederaan Dhia lebih teruk. Edy duduk di tepi dinding dan melelapkan matanya. Dengan spontan Edy terbaring di lantai.
Pintu dipecahkan. Ariana, Imran, Athira, Aisya, Hariz, dan Jannah masuk kedalam rumah Adrian. mereka menjumpai Dhia yang tebaring di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mereka juga menjumpai Adrian yang dalam keadaan bingung di tepi dinding.
" Kenapa Dhia kat rumah aku? "
" Adrian, maafkan saya. Saya terpaksa tahan awak " Adrian terkejut mendengar kata-kata Ariana. Dia betambah bingung namun dia tidak melawan.
Adrian dibawa oleh Imran dan seorang anggota polis lelaki masuk dalam kereta polis. Athira , Aisya, Jannah, dan Hariz sedih melihat keadaan sahabat mereka.
" Awak semua jangan risau. Kalau betul apa yang Athira cakap pasal penyakit Adrian, Adrian cuma akan diarahkan untuk dapatkan rawatan dekat wad psikiatri je. " Ariana memujuk mereka berempat.
" Nadia, kau dah tahu ke pasal orang yang serang Dhia dengan kawan-kawan dia? " Sophia dapat tahu mengenai Adrian dari rakan-rakanya.
" Dah, budak tu Adrian. Student kat sini jugak. "
Sophia kemudian menunjuk gambar Adrian yang diberika rakannya kepada Nadia.
" Kau tak rasa Adrian ni muka macam Ian ke? Ke diorang ni kembar? " Sophia meluahkan kemusykilannya.
" Sebenarnya diorang berdua orang yang sama. Adrian tu ada Dissociative Identity Disorder. dia ada tiga personaliti yang berbeza. Ian salah satu personaliti yang ada pada Adrian. " Nadia menerangkan kepada Sofia tentang keadaan Adrian.
" Macam mana kau tau? " Sofia merasakan sesuatu yang aneh apabila Nadia mengetahui tentang Adrian.
" Aku dah lama kenal dia. Cuma masa Ian take over badan Adrian, dia pesan kat aku supaya jangan bagitau pasal penyakit dia. "
" Ooh macam tu. Jadi kau rasa siapa yang serang Dhia dangan kawan-kawan dia Nadia ? "
" Yang tu kerja Edy, personaliti Adrian yang lagi satu. "
" Jadi Adrian tak salah la? Kesian dia " Sofia bersimpati dengan keadaan Adrian. Walaupun perbuatan yang dilakukan adalah salah, perkara tersebut adalah di luar kawalan Adrian.
Share this novel