" Babe, esok aku dengan lusa aku takde tau? Aku pergi kenduri sepupu aku. Kau boleh jaga diri kau kan? " Jannah memberitahu Aisya mengenai ketiadaannya selama dua hari.
" Aku boleh jaga diri aku. Lagipun Adrian dengan Hariz kan ada kat sini. "
" Kau jangan risau la Jannah. Aku dengan Adrian boleh jaga dia. " Hariz memberi jaminan bahawa dia dan Adrian akan menjaga Aisya sepanjang ketiadaannya.
" OK la kalau macam tu. Korang jaga dia elok-elok. Aisya, don't do anything stupid until I get back. " Jannah mengingatkan sahabatnya.
" Don't worry babe. If I gonna do something stupid, I wouldn't do it without you. " Aisya membalas dengan senyuman.
" Hoi perempuan! Dah lama aku tak nampak kau. Pergi mana? " Dhia tiba-tiba menegur Aisya.
" Kau nak apa Dhia? cukup-cukup la dengan apa kau buat selama ni. " Adrian menengking Dhia.
" Kau apahal nak sibuk pulak? Tak cukup lagi ke kau kena dengan aku? " Arman tiba-tiba mencelah. Tanpa amaran, Arman menumbuk muka Adrian. Adrian terjatuh akibat tumbukan Arman yang kuat.
" Macam mana rasa penumbuk aku? Kau nak lagi ke? "
Adrian bangun dan merenung Arman dengan tajam. Tiada ekspresi yang ditunjukkan pada wajah Adrian.
" Apahal kau pandang aku macam tu? " Arman menengking namun Adrian tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Sikap Adrian yang dingin membuatkan Arman geram dan cuba menumbuk Adrian. Adrian mengelak dan menumbuk muka Arman sehingga hidungnya berdarah.
" Kau ni takde la kuat sangat sebenarnya kalau kawan kau yang lagi sorang tu takde. " Kata-kata Adrian menyebabkan hati Arman lebih sakit. Hariz, Jannah, dan Aisya hairan melihat Adrian yang tiba-tiba berubah menjadi seorang yang dingin dan agresif.
Arman cuba menyerang Adrian sekali lagi namun Adrian mengelak dengan tenang. Arman masih tidak berpuas hati. Dia cuba menumbuk Adrian namun Adrian menangkap tangannya lalu menumbuk perutnya. Adrian menumbuk muka Arman sekali lagi menyebabkan Arman tidak mampu bangun akibat terlalu pening. Adrian beredar dari situ. Hariz, Aisya, dan Jannah turut beredar meninggalkan Arman dengan Dhia.
" Babe, kau ada dengar tak pasal Idham dengan Miza? " Nadia bertanya kepada Sofia sebagai membuka topik perbualan antara.
" Diorang kena serang. Aku tahu. Kenapa kau nak cakap dengan aku pasal benda ni? " Sofia sepertinya sudah tahu apa yang berlaku.
" Takde babe. Aku rasa orang yang serang diorang tu berdendam dengan diorang la. Kau tau kan perangai diorang tu macam mana? Kau tak rasa ke orang yang serang diorang tu mungkin student dekat sini jugak? " Nadia seperti ingin tahu mengenai kes Idham dan Miza.
" Mungkin jugak. Tengok la perangai diorang tu. Siapa je tak suka dengan diorang. Lagi-lagi Dhia tu. Memang tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Abang aku pernah berlakon dengan dia. Dia ada cerita sikit perangai Dhia tu. Dekat set memang teruk perangai dia. Berlagak mengalahkan pelakon-pelakon yang dah popular. Baru berlakon dua tiga drama. Tu pun watak sampingan je. Bukan setakat student kat sini je, pelakon-pelakon yang pernah kerja dengan dia pun dah muak dah dengan dia. " Sofia menceritakan apa yang didengarinya mengenai Dhia.
" Babe. Setakat ni, Miza kena paling teruk. Kau cuba tengok ni. Ni orang yang serang dia yang Upload. Gambar dengan video ni pun memang dah ada dekat phone dia. Miza malu sampai tak datang kuliah. Keluar rumah pun taknak. " Nadia menunjukkan gambar dan video Miza yang telah tular di media sosial
" Aku kesian jugak dekat dia. Tapi mungkin tu balasan dia. Dulu, dia dengan kawan-kawan dia pun buat benda yang sama dekat Athira Amin. " Sofia tiba-tiba mengungkit semula malang yang menimpa Athira Amin.
" Kan? Kesian Athira tu. Dia tu dah la pandai. Setiap kali exam, pointer dia mesti lebih 3.0. Tapi dengki punya pasal, habis rosak masa depan dia. Entah apa jadi dekat dia sekarang. " Nadia bersimpati dengan nasib Athira Amin.
" Tu la. Aku harap sangat Athira tu tak apa-apa. Kesian dia. " seperti Nadia, Sofia turut bersimpati dengan nasib Athira.
" Athira, aku ada bawak makanan untuk kau. Kau makan tau? " Athira hanya mengangguk faham. Sepanjang Adrian melawat Athira, Athira tidak banyak bercakap. Sikapnya berubah menjadi pendiam semenjak perbuatan Dhia dan kawan-kawannya dahulu.
" Esok Aisya tidur rumah kau boleh tak? Sebab housemate dia balik kampung dua hari. " Adrian meminta izin Athira tinggal di rumahnya sementara ketiadaan Jannah. Adrian risau jika Aisya ditinggalkan berseorangan.
" Boleh. Sekurang-kurangnya ada orang teman aku masa Abang Farish pergi kerja. Nanti aku bagitau Abang Farish. " Athira gembira apabila mengetahui ada orang yang akan menemaninya.
Share this novel