Edy sedang menanti mangsanya untuk bangun daripada pengsan. Selepas apa yang dilakukannya kepada Idham dua hari yang lalu, dia meneruskan terhadap Miza. Miza tersedar daripada pengsan dan memandang ke arah Edy yang memakai solekan badut. Kemudian dia teringat apa yang diceritakan Dina mengenai penyerang Idham. Dia tidak sangka akan menemuinya.
" Dah bangun dah? Lama aku tunggu kau. "
" Apa kau nak. " Miza mula bertanya tentang tujuan Edy.
" Aku nak password phone kau. " Edy yang memegang telefon Miza meminta kata laluan untuk membuka telefon tersebut namun Miza tidak mahu memberikannya.
Edy kemudian menampar Miza yang masih diikat kaki dan tangannya. Akhirnya, Miza memberikan kata laluan telefonnya selepas diacukan sebilah pisau lipat.
" Kalau kau bagi dari tadi kan bagus? tak payah aku nak berkasar dengan kau. "
Edy memasukkan kata laluan yang diberikan Miza dan terus membuka gallery. Edy melihat banyak video yang dirakam Miza ketika dia dan rakan-rakannya membuli dan mempermalukan pelajar lain. Kemudian Edy terlihat gambar dan video Miza yang boleh dimanfaatkannya.
" Wow! Kau ada jugak gambar dengan video yang macam ni eh? "
Edy menunjukkan penemuannya kepada Miza. Miza mula mengelabah dengan apa yang dilihatnya. Apa yang ditunjukkan kepadanya ialah gambar dan Videonya dalam keadaan tanpa seurat benang. Miza tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangan dan kakinya telah diikat. Kemudian Edy mendapati gambar seorang gadis yang sedang tidur hanya memakai seluar dan bahagian atas tubuhnya terdedah.
" Ni bukan Athira Amin yang viral hari tu ke? Tak sangka ni kerja kau rupanya. "
" Tu plan Dhia, aku ikut je. " Miza yang dalam keadaan ketakutan mula memberitahu bahawa Dhia yang merancang untuk mempermalukan Athira Amin.
" Siapa upload gambar dia dekat internet? "
" Aku " Miza akhirnya mengakui bahawa dia yang menyebarkan gambar tersebut. Miza juga memberitahu akaun Instagram yang digunakan untuk menyebarkan kesemua gambar tersebut. Akaun tersebut turut mengandungi video-video Miza dan rakan-rakannya mempermalukan pelajar lain.
" Kau buat satu lagi akaun untuk buat benda keji ni je? Kau tau tak apa akan jadi dengan budak-budak yang kau viralkan ni? " Edy tidak menyangka ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu. Edy kemudiannya mengoyakkan baju Miza dan memotong baju dalamnya menggunakan pisau lipat ditangannya.
" Apa kau nak buat? Tolong la jangan rogol aku. " Miza mengelabah dan ketakutan dengan tindakan Edy.
" Kau ingat aku selera dengan kau ke? Aku cuma nak tambah koleksi gambar 'hot' kau ni je. Lepas tu aku upload semua gambar dengan video kau dekat ig kau ni. " Miza terkejut dengan apa yang dikatakan Edy.
" Tolong la. Jangan. " Miza merayu kepada Edy untuk tidak melakukannya.
Edy pula tidak mempedulikan rayuan Miza. Edy terus memuat naik gambar dan video Miza termasuk yang diambilnya tadi. Edy juga memadam semua gambar Athira Amin di akaun Instagram tersebut dan gallery telefon Miza.
Setelah selesai, Edy mendapatkan Miza dan menoreh kulit pipinya. Miza menjerit kesakitan setelah diperlakukan begitu. Edy membuka ikatan Miza dan mengheretnya keluar.
Imran terkejut apabila seorang lelaki yang memakai solekan badut mengheret seorang gadis yang dikoyakkan bajunya. Kemudian lelaki tersebut melepaskan gadis itu dan melarikan diri. Imran cuba mengejar lelaki itu, namun lelaki tersebut berjaya melepaskan diri. Imran mendapatkan gadis tadi yang sedang menangis dikelilingi orang ramai.
Miza masih menangis dan tidak mampu menjawab sebarang pertanyaan daripada orang ramai. Miza hanya mampu menutup bahagian tubuhnya yang terdedah daripada dilihat orang ramai. Kelibat beberapa orang yang sedang merakam kejadian tersebut membuatkan Miza bertambah malu.
Sofia masih menangis di meja makan. Nadia yang menemaninya berasa kasihan melihat keadaannya. Sofia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi. Teman lelakinya, Haziq ditangkap sedang berpelukan dengan perempuan lain di depan matanya. Haziq pula tidak mempedulikan Sofia berada di depan matanya. Pada saat itu Haziq memutuskan hubungannya dengan Sofia.
" Babe, kau tak payah fikir pasal dia lagi dah. Kau sekarang fokus dengan study kau. " Nadia memujuk Sofia. Dia tidak mahu sahabatnya mengabaikan pelajarannya disebabkan lelaki seperti Haziq.
" Nadia! Sofia! " mereka kemudian disapa oleh seorang pemuda yang berpewatakan agak lembut.
" Ian! Sini la. " Nadia mempelawa Ian duduk bersama mereka.
" Babe, kenapa dengan Sofia? " Ian mula bertanya apabila melihat Sofia yang sedang menangis.
" Haziq curang dengan dia. Dah break dah diorang ni. " Nadia menjelaskan kepada Ian tentang keadaan Sofia.
" Jom tengok wayang. Aku belanja. " Ian kemudian mengajak mereka berdua menonton wayang.
" Serius la? "
" Aku kesian dengan Sofia. Jom la Sofia. Nanti kau pilih nak tengok cerita apa. " Ian juga kesian melihat keadaan Sofia. Ian sanggup membuat apa sahaja untuk melihat sahabatnya ceria.
Share this novel