Bab 18

Crime Completed 2612

Adrian didapati bersalah atas serangan terhadap Dhia dan rakan-rakannya. Disebabkan penyakitnya, Adrian diarahkan untuk mendapatkan rawatan di wad psikiatri. Adrian dibenarkan bebas dengan pengawasan. Adrian tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya yang bertanggungjawab untuk memantau keadaannya. Kini, Adrian perlu bergantung kepada ubat dan hidup dengan keadaanya sekarang.

Ibu Adrian meninggal dunia ketika usianya tiga tahun akibat kemalangan. Adrian dibesarkan oleh ayahnya dan mempunyai seorang kakak bernama Sarah yang lima tahun lebih tua darinya. Namun begitu ayahnya berubah menjadi panas baran setelah setahun kematian ibunya. Ayahnya sering melepaskan kemarahan dengan memukul Adrian dan kakaknya.

Keadaan menjadi lebih teruk ketika ayah Adrian berkahwin dengan ibu tirinya. Pada ketika itu, Adrian berumur 10 tahun. Ayah dan ibu tirinya sering menderanya dan Sarah yang pada ketika itu berusia 15 tahun.
Ketika Adrian menangis selepas dipukul, Sarah yang sentiasa memujuk.

" Adrian jangan nangis tau? Kakak ada dengan Adrian. "

" Kakak jangan tinggalkan Adrian tau? Adrian ada kakak je. "

Kasih sayang antara Adrian dan Sarah begitu kuat . Namun begitu, satu tragedi telah mengubah hidup Adrian. Disebabkan merosakkan barang kemas ibu tirinya, Adrian telah dipukul dengan teruk oleh ayah dan ibu tirinya sehingga tulang-tulang Adrian patah. Menyedari keadaan Adrian, Sarah melindungi adiknya walaupun dia juga cedera akibat dipukul. Sarah dipukul dan ditendang sehingga tidak bernyawa di depan mata Adrian.

Pada ketika itu, polis tiba di rumah mereka selepas mendapat laporan daripada jiran mereka. Polis menemui sarah dalam keadaan yang tidak bernyawa dan Adrian yang cedera parah menangis meratapi kematian kakak kesayangan nya. Ayah dan ibu tiri Adrian telah didakwa atas tuduhan mendera dan membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Adrian diserahkan kepada ibu dan bapa saudaranya. Akibat trauma dengan kematian Sarah, personaliti Adrian berpecah kepada tiga. Edy merupakan personaliti yang agresif dan panas baran sama seperti ayahnya manakala Ian mempunyai personaliti yang lemah lembut , ceria, dan penyayang seperti Sarah.

Athira mengetahui keadaan Adrian setelah tiga bulan mengenalinya di sekolah menengah. Adrian rapat dengan Athira kerana gadis itu mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan arwah kakaknya.

Adrian sering ditemani oleh rakan-rakannya Hariz, Jannah, Aisya dan Athira. mereka sentiasa memberikan sokongan moral kepada Adrian dan berkenalan dengan Edy dan Ian. Namun begitu, Edy yang panas baran dan menjengkelkan sentiasa memberikan masalah kepada mereka. Hariz dan Edy sering bergaduh kerana sikap Edy.

Ibu bapa Athira pula sudah berbaik dengannya dan kini Athira pulang ke rumah bersama ibu bapanya. Dhia pula telah dikecam teruk oleh netizen semenjak kesnya dengan Adrian tular. Ramai yang menjadi mangsa buli Dhia dan yang mempunyai kaitan dengan mereka menceritakan kelakuan buruk Dhia di media sosial. Hal tersebut menyebabkan kariernya sebagai model dan pelakon musnah.

Idham, Dina, Wany, dan Miza telah bertemu dengan Adrian untuk meminta maaf sekali gus mewakili Dhia dan arwah Arman. Mereka amat menyesali dengan tindakan mereka. Adrian memberikan senyuman yang manis yang menyebabkan sesiapa sahaja tenang melihatnya. Hati mereka tersentuh melihat kebaikan hati Adrian yang sudi memaafkan mereka.

Nadia dan Sofia juga sering melawat Adrian mereka juga menjadi rapat. Edy dan Nadia telah bersepakat untuk merahsiakan mengenai Nadia yang bersubahat dengan Edy. Edy juga menjelaskan bahawa dia tahu yang Athira melaporkan mengenai perbuatannya kepada polis. Ariana dan Imran tidak terkecuali mengambil tahu mengenai perkembangan Adrian dan memantaunya agar Edy tidak bertindak mencederakan orang lain.

- TAMAT -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience