" Ian, thanks tau teman kitorang karaoke tadi. "
" It's nothing babe. Lagipun aku seronok tadi. " Ian tidak kisah untuk menemani sahabatnya. Dia sentiasa ada ketika sahabatnya memerlukannya.
" Ian, Sofia, korang tengok ni. Dhia buat live dekat ig. " Nadia menunjukkan telefonnya kepada Sofia dan Ian. Mereka bertiga sedang asyik menonton Video live di Instagram milik Dhia.
" Hello guys. Sekarang ni dekat tempat belajar I dah kecoh pasal sorang mamat psycho ni yang asyik serang student kat sini. Mangsa dia pulak kawan-kawan I. " Dhia menyebarkan berita tentang apa yang berlaku terhadap rakan-rakannya.
" Dhia kenal ke orang tu? " salah seorang pengikutnya mula mengajukan soalan.
" I didn't know him. Yang I tau dia pakai make up badut macam Joker. I pun tak tau kenapa dia buat macam ni. I dengan kawan-kawan I pun tak pernah kacau orang kot. Yang dia nak sakit hati buat apa? "
" Kepala hotak dia la tak kacau orang! " Sofia mula menyumpah Dhia. Ian dan Nadia juga geram dengan kenyataan Dhia.
" Now, I ada satu pesanan untuk orang tu. You're coward. Muka kau pun kau tak berani tunjuk. Kau jangan ingat aku takut dengan pengecut macam kau. " Dhia seakan mencabar orang yang menyerang rakan-rakannya.
" Girls, aku balik dulu tau? Bye. " Ian bergegas meminta diri untuk pulang.
" Ok Ian. Take care. " Sofia menyedari perubahan pada Ian yang tiba-tiba bertukar daripada seorang lelaki lembut kepada serius.
" Cik Ariana, rasanya apa motif Dhia buat macam ni? " Imran dengan Ariana juga telah menonton live Instagram Dhia melalui telefon bimbit Jannah. Hariz, Aisya, dan Athira juga bersama mereka.
" Rasanya dia cuba untuk trigger suspek. Imran, sekarang ni awak perhatikan Dhia. Mungkin suspek akan serang Dhia. "
" Bila saya boleh mula? "
" Awak pergi sekarang. Risau suspek dah mula bertindak. " Ariana mengarahkan Imran bertindak secepat mungkin. Imran akur dengan arahan ketuanya.
" Sekarang ni Adrian mana? " Ariana bertanya mengenai Adrian.
" Entah la Cik Ariana. Kitorang dari tadi call dia. Adrian memang selalu macam ni. " Hariz menjawab pertanyaan Cik Ariana.
" Takpe la, saya akan jumpa Adrian lain kali. Terima kasih sebab tolong saya. " Ariana meminta diri untuk beredar.
" Athira, kau rasa apa kaitan kau dengan kes ni? " Aisya mula musykil.
" Entah la, aku pun tak tau. Sebab apa yang jadi dekat Miza hari tu lebih kurang dengan apa yang diorang buat kat aku dulu. " Athira keliru. Hatinya mulai tak tenteram.
" Maknanya, orang tu sebenarnya nak balas dendam untuk kau? " Jannah mula melontar soalan yang bermain di fikirannya.
" Mungkin orang tu mangsa diorang jugak. Dia buat semua tu sebab nak ajar Dhia dengan gang dia. " Hariz mula mengeluarkan teorinya. Jannah, Athira, dan Aisya juga bersetuju dengan pendapat Hariz. Bagi mereka, pendapat Hariz ada logiknya.
" Perempuan ni memang sengaja nak cabar aku. Takpe, nanti aku ajar dia. Dhia, you're the last one. Aku nak main dengan Arman dengan Dina dulu. " Edy bengang apabila dicabar oleh Dhia.
Ingin sahaja dia mengajar Dhia secepat mungkin. Namun dia merancang untuk mensasarkan Arman dengan Dina dahulu. Telefon Edy berbunyi. Panggilan tersebut daripada orang yang amat dikenalinya.
" Hello, Edy's here. "
" Apa yang jadi dekat Idham, Miza, dengan Wani tu kerja kau kan? " Suara seorang gadis kedengaran di talian. Suaranya kedengaran agak marah bercampur sedih.
" Yes, aku yang buat. Diorang tu memang kene ajar. " Edy akhirnya mengakui perbuatannya.
" Edy, please stop. Kau tak kesian dekat dia ke? " gadis tersebut merayu kepada Edy.
" Aku buat benda ni untuk korang jugak. Kau jangan risau. Diorang tak nampak pun muka aku. Diorang takkan kenal aku. " Edy tidak mahu mendengar kata-kata gadis tersebut. Selagi dendamnya tidak habis, selagi itu dia tidak akan berhenti.
Share this novel